Monday, November 1, 2010

Petang Sabtu Itu

Petang Sabtu itu, kami semua ke Yan, Kedah. Ada kenduri di sana. Perjalanan diiringi dengan hujan yang amat lebat.


Selesai kenduri, kami membeli ikan, udang dan sotong yang murah-murah di situ. Sempat juga singgah di jeti nelayan untuk ambil gambar permandangan.



Sebelum pulang kami singgah ambil gambar di tepi sawah padi. Permandangan sangat cantik, tak seperti sawah padi berdekatan rumah mak saya.




Jangan ditanya kenapa saya tidak bergambar di tepi sawah. Saya sibuk menyusu Hana Alesya yang akhirnya ketiduran. Jeles ok tengok Haziq Fahmi buat 'peace' sambil ambil gambar!



Takpe, ada rezeki nanti saya nak ambil babywearing picture dekat sawah padi berdekatan rumah mak saya.

Jom balik! Tapi bukan balik ke rumah saya di Kulim. Singgah dulu di rumah mak di Permatang Pauh.


Penatnya hari Sabtu tu. Ahad kami sekeluarga tak ke mana-mana. Duduk rumah sambil menikmati ikan masak stim, sayur sawi masak tumis, sotong dan udang goreng tepung yang dibeli di Yan, Kedah. Yummie! Sebab semuanya fresh-fresh belaka.

2 comments:

Aleyn said...

Wah balik kampung yer...nice

BTW, sudi2lah join contest I yer...hehe

Aishah Megahasz said...

Aleyn: Insyallah, akan join nanti.