Thursday, November 18, 2010

Salam Aidiladha


Saya harap tak terlewat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha pada semua. Saya beraya di Ipoh dahulu dan selepas itu terus pulang ke Penang.

Sebelum pulang saya dan anak-anak sempat singgah ke tempat orang buat korban. Memang ramai yang menolong. Seronok tengok orang ramai bergotong-royong macam ni.



Paling sadis tengok orang tengah melapah kepala lembu.


Anak-anak seronok sebab dapat gula-gula dan aiskrim. Tapi, kami tak dapat lama-lama di situ sebab kena bergegas pulang ke Penang pula.

PADA SEMUA SAYA UCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.

No comments: