Thursday, December 30, 2010

6 Tahun Penuh Gemilang

Pandang kiri.....



Pandang kanan.....




Kalau banyak kek macam ni haruslah kami sekeluarga berada di Secret Recipe. Makan-makan sempena menyambut ulangtahun ke-6 perkahwinan saya dan Huzein. Wah, tiba-tiba saja dah 6 tahun. Alhamdulillah, harapnya dapat bertahan sehingga 60 tahun lagi!

Gambar diambil oleh Hadif Syahmi. Bila kamera berada di tangan, habis semua dia ambil gambar termasuk gambar abahnya yang sibuk bersembang.


Kejayaan 6 tahun ini.....




Kira berjayalah tu! Mempunya 3 orang anak merupakan satu kebanggaan bagi saya. Kalau jumpa kawan-kawan lama tak malu nak cakap saya dah ada 3 orang anak dah. Sebabnya, tak adanya kawan-kawan nak tanya berapa banyak duit saya dalam bank. Soalan yang mesti ditanya dah berapa orang anak dah?

Ditambah dengan kehadiran suami yang baik, kehidupan saya sudah cukup sempurna.

Jangan tertipu dengan gambar-gambar ini.....



Lebih-lebih lagi yang ini.....


Sebab bukan itu yang kami order. Ini angkara Hadif Syahmi yang begitu rajin mengambil gambar.

Anak-anak mesti nak order yang ini.....


Lepas tu, bendera atas burger buat macam ni.....





Kreatif sungguh anak-anak saya. Sampaikan bila saya nak ambil gambar pun nak tunjuk kreatif.



Hana Alesya belum pandai lagi. Tapi penat juga mengejar dia ke sana ke mari. Nasiblah tak ada orang di Secret Recipe. Boleh buat macam rumah sendiri.

No comments: