Thursday, December 16, 2010

Hujan Dan Kenduri (Part 2)

Hari Sabtu, kami sekeluarga merancang untuk mandi-manda di Kulim Golf Club. Jadi, saya sebagai ibu mithali bangun awal-awal menggoreng ikan bilis.....


Sambil-sambil menumbuk bawang.....


Ceh, jangan berlagak ye Pn. Aishah sebab masak nasi goreng pun guna perencah Adabi.


Makan bermulalah acara masak-memasak.


Dan siaplah 2 jenis nasi goreng. Satu tak pedas untuk anak-anak dan satu lagi untuk saya dan suami.


Tapi sayang, memandangkan hujan turun dengan lebatnya, acara mandi-manda terpaksa dibatalkan. Makan nasi goreng dalam rumah saja. Lepas tu kami semua terus ke rumah mak saya sebab ada kenduri kawan saya yang tinggal berdekatan situ. Kesian dengan anak-anak yang beria-ria nak mandi kolam. Siap tukar pakai baju mandi lagi. Sampai rumah Tok, Tok pun pelik apasal cucu-cucu ni datang sini pakai baju mandi ni?

Masa pergi ke rumah kenduri, cuaca elok saja. Memandangkan cuaca elok, ramailah yang datang kenduri tu.


Paling best sebab ada kumpulan kompang. Anak-anak memang asyik tengok kalau ada kumpulan kompang menyanyi. Masa ni kumpulan kompang tengah tunggu pengantin sampai.


Elok saja pengantin sampai, hujan turun dengan lebatnya. Hujan rahmat! Selamat pengantin baru pada Salina dan pasangan. Adalah juga sekeping gambar. Terima kasih kepada babywearing. Saya mampu mengambil gambar pengantin sambil mendukung anak......hahahahahaha


Hana Alesya yang keletihan mengantuk dan sibuk minta nenen.


Saya yang masih maintain cun walaupun sebelum hujan tu panas dan berpeluh-peluh.


Hadif Syahmi yang sibuk berjalan ke sana ke mari lansung tak takut orang. Comel betul pakai topi abahnya.


Huzein Fahmi yang malas nak layan bila saya ambil gambar.


Haziq Fahmi? Tak ikut sama sebab malas. Dia lebih suka duduk rumah Tok sambil tengok kartun. Hish...anak-anak zaman sekarang!

Masa balik, hujan masih turun renyai-renyai. Nasib baik saya bawa Hana Alesya dalam Ring Sling. Sekali lagi, terima kasih kepada babywearing. Tali Ring Sling boleh dijadikan penutup kepala Hana Alesya.



Masuk dalam kereta terus Hana Alesya minta nenen lagi. Dapat saja nenen terus sampai London.

No comments: