Wednesday, December 8, 2010

Hujan Dan Kenduri

Wah, wah...berpayung bagai nak ke mana ni?


(Hm...kenapakah saya nampak lansing? Oh, jangan tertipu. Itu semua adalah ilusi optik)

Anak-anak pun gigih berjalan di depan dengan atuknya sambil berpayung. Bak pengantin lagaknya.


Ok, sebut pasal pengantin, sebenarnya kami semua pergi kenduri kahwin. Weekend yang lepas kami balik ke kampung suami (ecececeh...macam lama tak sebut perkataan ni). Pergi kenduri beramai-ramai. Memandangkan kendurinya dekat, pergi jalan kaki saja.

Hujung-hujung tahun macam ni, biasalah hari-hari hujan. Dan biasalah hujung-hujung tahun macam ni, time cuti sekolah, ada kenduri kahwin. Ada kaitan? Hujan dan kenduri ada kaitan ok. Harus hujung tahun depan ramai yang bakal menjadi Atuk dan Opah.


Ini salah seorang Opah yang sangat cepat mendapat title Opah. Saya dan suami berkahwin pada 18 Disember 2004 dan tahun depannya, mak mertua saya mendapat title Opah. Sungguh ekspress!


Kebetulan hari tu (4 Disember 2010) adalah birthday mak. Malam tu kami semua keluar makan chicken chop.
Nota untuk Yatie yang jauh di perantauan: Best tau! Jangan jeles......

Berbalik pada cerita hujan dan kenduri. Time-time hujan begini, makan nasi panas-panas adalah syok sekali. Jadi, anak-anak saya makan dengan penuh berselera nasi kenduri. Lega bila tengok anak-anak makan macam ni!



Ok, itu sajalah cerita saya pasal hujan dan kenduri.

No comments: