Friday, December 10, 2010

Mari Belajar Pakai Mei Tai

Teruja melihat saya memakai Mei Tai sambil bergaya mengendong Hana Alesya, Lisa dengan gigihnya menghantar message pada saya minta nak cuba Mei Tai. Tergodakan? Lepas cuba Ring Sling, Mei Tai pulak. Lepas tu kalau kopak duit jangan marah akak ye....

Gigih-gigih dia datang ke pejabat saya untuk mengambil Mei Tai. Nasib baik ada tempat untuk saya buat demo.


Gigih-gigih pula saya mengajar dia macamana cara pakai Mei Tai.



Oh, walaupun tanpa baby, masih gigih menjalankan khidmat masyarat!


Bila balik ke rumah, setelah mencuba, inilah hasilnya.


Kagum tak?
Bukan, bukan... saya bukan tanya pasal kekaguman anda semua pada baby Misyaree yang bam bam ini. Kagum saya merujuk pada senang saja Lisa pakai dengan tunjuk ajar saya yang tak seberapa ni. Kalau kagum lepas ni boleh cuba Mei Tai pula ok.

Lepas habis demo, masa berjalan nak masuk semula ke pejabat, pak guard tegur saya. Kata dia, "jual apa pulak tu?". Saya jawab balik, "tak jualla, kawan mai ambil barang".
"Oh, ingatkan jual bengkung!"

La...mentang-mentangla Mei Tai ni kena lilit sana lilit sini, bengkung dikatanya. Aduhai......

6 comments:

Naurah Napiha said...

Macam susah je pakai nye??Boleh cerita lebih lanjut x ape tu mei Tai tu?ape beza nye dengan beg baby lain?

Aishah Megahasz said...

Naurah: Senang kalau praktis selalu. Cuba tengok cara pakai ni ...

http://www.youtube.com/watch?v=8ezuT6cVMMo

Mei Tai ni berbeza dengan baby carrier yang jual dekat supermarket sebab kalau pakai baby carrier, kaki baby akan tergantung dan berat baby ditampung di celah kangkang baby. Sakit tau especially baby boy.
Kalau pakai Mei Tai memang nampak baby macam katak tapi berat ditampung di punggung. Jadi tak sakit.

Maklumat lanjut bolehla join Malaysian Baby Wearers.

http://malaysianbabywearers.lefora.com/

Aleyn said...

Nampak berbelit...tapi senang jer ek rupanyer...

Norhada ibuhadifbiz said...

saya masa2 mula2 guna mei tai mg rasa susah.. dengantali nya lagi.. tapi alhamdulillah 2-3 hari saya praktis.. dh selesa.. baby saya klu dok dalam tu lena tros.. best heehee

Syazwani Mohd Noh said...

Saya ada satu mei tai....jarang pakai.sebab rasa susah nak ikat bila g shopping complex...Ada apa2 tip berguna untuk saya tak?

Aishah Megahasz said...

Syazwani:
Tips No 1: Buat bodoh je bila orang tengok, apalah minah ni dok membelit anak...hahahaha

Tips No. 2: Maybe boleh pre-tied Mei Tai dari rumah. Ikat yang bahagian pinggang dulu. Bila sampai dekat shopping mall baru letak baby dan ikat yang bahagian bahu.