Thursday, December 30, 2010

Mari Melawat Zoo Taiping


Ini merupakan kali kedua saya bawa anak-anak ke Zoo Taiping. Kali pertama ke sini (baca di sini), Hana Alesya belum lahir lagi dan Hadif Syahmi masih baby dan saya kendong.


Walaupun cuti sekolah, tak ramai orang yang datang ke sini. Mungkin sebab masa kami sampai dah petang ataupun mungkin sebab cuaca sekarang yang asyik hujan tak menentu buat ramai yang malas ke zoo. Hm....mungkin!


Tiket hanya dikenakan untuk kanak-kanan berusia 3 tahun ke bawah. Harganya saya tak tahu sebab Huzein yang belanja. Jadi, hanya saya, Huzein dan Haziq yang dikenakan bayaran masuk.

Sebelum masuk zoo, saya, Hana Alesya dan Haziq Fahmi sibuk berposing-posing.



Hadif Syahmi tak nak bergambar sebab sibuk minta abahnya belikan candy ni. Huh, malas nak layan.


Saya dan Huzein decide bawa anak-anak naik train dulu untuk pusing-pusing dalam zoo. Jadi, terpaksala beratur panjang. Memandangkan train memang banyak dan orang pun tak ramai sangat, masa menunggu taklah lama.


Sambil-sambil menunggu giliran naik train, Huzein suapkan waffle untuk anak-anak dan saya juga! Sungguh baik ini orang, sebab itu saya sayang!


Bila train sampai, saya rasa saya yang lebih-lebih teruja. Tengok tu sengih tak ingat dunia.



Seronok tengok gelagat anak-anak terutamanya Hana Alesya yang sudah mula kenal binatang.



Tapi, dalam gambar-gambar ni nampak saya pula yang terlebih seronok. Ops!



Habis buat satu pusingan dalam zoo, train akan berhenti di kawasan kandang gajah.


Masa ni terpaksalah berjalan kaki. Singgah tengok ikan. Lebihan waffle yang ada bagi ikan makan.


Berkerumun ikan berebut makan.


Nampak taman permainan, semua serbu nak main. Ish, ish, ish.....macamlah belakang rumah tak ada.



Sudah anak-anak. Ibu nak pergi melawat tiger, bear, orang utan, monkey dan crocodile pulak ni.



Masa depan rumah ular, Hadif sibuk baca, "ular jahat, pencuri". Aik, lain bacanya lain bunyinya.


Penat membaca minta air nak minum. Minum sampai kembung pipi.



Geram betul tengok budak sorang ni. Meh sini ibu nak sayang skit!


Apa motif bergaya manja ibu pun tak tahu? Mungkin rasa diri disayangi selepas kena sayang dengan ibu.


Sebelum bertolak balik, bergambar ramai-ramai depan Zoo Taiping.



Memandangkan perut dah lapar, kami pergi ke restoran Doli yang sangat famous di Taiping. Terkenal dengan koey teow gorengnya. Kami sekeluarga order koey teow goreng, nasi ayam dan mee rebus. Semuanya biasa-biasa saja kecuali mee rebusnya yang sedap bagi saya. Kalau ke Taiping, silalah singgah ye.

6 comments:

Nad @ MamaZakwan said...

wah, bestnye gi taiping!saya suke! :)
almaklum la tmpt jatuh lgkan dikenang, ni kan pulak tmpt belajar dolu2, hehe..skolah dpn zoo tu skolah saya dulu ;)

doli tu dh tak sesdap dulu..servis pun dh tak bape ok

time doli kt bawah pokok pastu mkn dlm dun pisang..tu yg best, huhu!

Aishah Megahasz said...

Nad: Husband pun sekolah dekat dengan Zoo tu. Sekolah apa entah dia bagitau haritu. Entah-entah sama sekolah tak?

Aleyn said...

Bestnyer dia berjimba di Zoo....dah lama rasa tak menejakkan kaki ke Zoo...anak2 mesti seronokkan...

Aishah Megahasz said...

Aleyn: Budak-budak memang suka zoo. Dari tengok gambar binatang dalam buku, boleh tengok real punya.

danish said...

best nya bole pergi bercuti...sy nak p bercuti pon kena pikir..x brapa nak cukup duit,,,huhuhu

Aishah Megahasz said...

Danish: Ala, pergi zoo je pun. Tak pakai banyak belanja..hehehehe.
Akak bagi tips camna boleh pergi bercuti nak ke?