Wednesday, December 8, 2010

Panjangnya Rambut Rapunzel

Ini adalah kali kedua saya bawa Haziq Fahmi menonton wayang. Kali pertama dulu, tengok filem Upin dan Ipin (baca di sini). Dan untuk Hadif Syahmi, ini merupakan kali pertama. Hana Alesya kena tinggal.


Saya pilih untuk tengok movie RAPUNZEL: A TANGLED TALE, memandangkan cerita tu sajalah yang sesuai untuk anak-anak. Nak tengok Harry Potter atau Narnia takut Haziq dan Hadif tak minat. Pandai-pandai saja saya buat kesimpulan sendiri, padahal saya yang teringin nak tengok cerita Rapunzel ni.

Haziq dan Hadif bergambar comel di depan poster Rapunzel.


Dan aksi bertukar ganas seperti resaksa di dalam cerita Ultraman tiba-tiba sahaja.


Saya bagi bagi 3 bintang saja untuk movie ni.


Tak sebest cerita Shrek. 3 sebab kenapa Shrek best:-
1) Shrek comel.


Ha, tengok ni comelkan? Saya boring bila hero satu-satu cerita asyik gagah perkasa dan hensem saja. Saya lebih rela pilih Shrek.

2) Cerita Shrek memang lawak habis.
Dari awal cerita sampailah penghujungnya ada saja benda yang buat saya ketawa.

3) Shrek adalah babywearing daddy. Bukti? Silalah tengok gambar kat bawah ni.....


30 minit pertama menonton dengan anak-anak keadaan masih terkawal. Sebabnya air dan popcorn masih banyak lagi, jadi mulut pun tak boleh bertanya itu dan ini.

30 minit kemudian, Hadif mulai boring. Sekejap nak duduk dengan saya, sekejap nak duduk dengan Huzien. Haziq masih boleh mengawal diri. Tapi mulut sibuk bertanya kenapa itu? kenapa ini? Aduh.....

30 minit lagi selepas itu Hadif mula berjalan merata-rata. Dia pindah duduk di kerusi depan kami. Haziq mula mengikut jejak Hadif. Tak duduk diam. Bila ada part yang ada lagu dia mula menari-hari.

30 minit terakhir, Hadif sibuk bertanya "Abah bila kita nak balik ni?".

Nasib baiklah ada orang lain juga yang bawa anak-anak menonton. Dan anak-anak saya bukanlah orang yang paling bising. Nasib baik.... Kalau tak harus kena halau.

Oh, anak-anakku itulah sebabnya rambut ibu tak boleh panjang macam Rapunzel. Terbantut sebab asyik runsing saja.

Keluar dari panggung, sibuk nak main permainan di tempat game. Ajak beredar, tak nak. Runsing lagi ibu. Macamanalah rambut ibu nak panjang macam Rapunzel?




Kemudian, bila abah sibuk menghabiskan duit di kedai komputer, anak-anak ibu sibuk menghabiskan duit ibu naik kereta mainan. Oh, macamanalah rambut ibu nak panjang macam Rapunzel?


2 comments:

Naurah Napiha said...

Seronok nye anak dah besar2 boleh tengok wayang..nampak nye ibu & ayah kene tengok wayang time umur Fakhrul mcm ni la ye..

Aishah Megahasz said...

Naurah: Umur macam ni pun banyak ragam jugak ni. Tapi seronoklah buat aktiviti macam ni dengan family.