Thursday, January 28, 2010

Di Sebalik Tadbir

Semua kena kerahan tenaga bagi memastikan kenduri adik ipar saya berjalan lancar. Gigih betul kami sekeluarga bekerja. Saya selitkan gambar-gambar di sebalik tadbir, just for fun. Enjoy!

Bukan setakat orang dewasa yang bertungkus lumus buat kerja, anak-anak saya dan anak saudara saya, Imaan pun turut serta.


Habis aktiviti dalam rumah, Haziq, Hadif & Imaan sibuk melompat di luar rumah. Saya tak tahu motif mereka. Yang pastinya memang kena marahla.


Masa hari kenduri Hadif Syahmi sibuk sepahkan bunga di atas katil pengantin. Ini pun adalah cubaan mengundang kemarahan.


Uwais walaupun tak sihat tetap ceria. Kesian dia diserang demam campak. Alesya pun tak sihat jugak, cirit-birit. Maybe sebab badan panas.


Budak-budak dari pagi sampaila ke malam asyik dengan lolipop. Tak pernah lekang. Habis bersepah-sepah lolipop di dalam rumah. Orang kenduri makan nasi, mereka kenduri lolipop.


Tengok Hadif Syahmi dengkikan Alesya. Kesian Alesya.


Malamnya ada acara potong kek. Hadif menangis nak potong sama. Oh Hadif ini bukan celebrate birthday. Bulan depan kita potong kek birthday Hadif yang betul-betul punya ok.


Patung shark Yati antara props yang selalu digunakan untuk acara bergambar. Sekejap ada di pelamin, sekejap di depan akuarium. Budak-budak ni suka benar.


Ini adalah wajah orang yang kepenatan bekerja sepanjang hari. Kesian dia, takpela anak sulong macam tula.


Selepas kenduri di rumah Izwan, kami semua nak pulang. Haziq Fahmi sedih tinggalkan maksunya. Dia kata 'Kenapa Maksu kena tinggal? Haziq risaula...." Anak ibu ni memang sensitif. Tak payah nak risaukan maksu kamu tu. Pepandaila paksu Izwan tu jaga.


Lepas tu ada pula satu soalan dari Haziq, "kenapa dia nak kena kahwin dengan maksu?" Part ni saya serahkan pada paksu Izwan kamu untuk menjawab ye Haziq. Ibu tak pandai baca hati dan perasaan orang lain.

Selamat Pengantin Baru

Selamat Pengantin Baru untuk adik ipar saya Yati dan pasangannya Izwan. Selamat menempuh alam rumahtangga. Untuk Izwan, welcome to our family. Tahun ni gambar raya bertambah lagi sorang. Er...balik ke raya ni? Orang tak sampai seminggu jadi penganti saya sibuk fikir pasal raya.



Saya pernah diajak jadi pengapit. Ampun, saya tak mampu sebab Hana Alesya perlu dikendong. Hilang glemer pengantin nanti.

Tuesday, January 26, 2010

Gambar Family

Susahkan nak ambil gambar family yang perfect? Saya rasa sangat susah. Sebab budak-budak kecik ni tak reti nak duduk diam dan kadang-kadang masih dengan dunia sendiri masa orang sibuk-sibuk nak ambil gambar mereka. Jadilah gambar family yang tak berapa perfect. Tapi, okla janji kelima-lima kami ada di dalam gambar. Apa yang Haziq Fahmi, Hadif Syahmi & Hana Alesya buat tak penting. Yang penting, kami ada ada bersama.




Wednesday, January 20, 2010

Apple Song

Haziq Fahmi belajar Apple Song ni di tadikanya.

video

Hadif Syahmi dengar abangnya menyanyi dia pun minta saya rekodkan dia menyanyi pula. Beria dia nak menyanyi, lucunya dia tak tahu pun lagu tu. Last-last ketawa sendiri. Sila abaikan suara saya yang kuat bangat tengah ketawa gelihati.

video

Redemption

Ini bukan sampah ye.....


Beria saya mengumpul plastik Huggies ni sebab nak tukarkan dengan mainan anak-anak. Dengan 75 points saya dapat tukarkan plastik Huggies dengan Play Mat.


Dapatlah satu, saya tukar di Jusco Ipoh. Susah betul nak tukar sebab selalu habis stok. Dari saya belum bersalin sampai Hana Alesya umur 4 bulan baru dapat tukar. Saya suka Play mat ni sebab kualtinya bagus.


Satu lagi boleh tukar Huggies Play Train dengan 100 point. Saya berhajat nak tukarkan dengan 2 Play Train. Tapi stok tak ada. Promoter Huggies berjanji nak contact saya bila stok dah ada. Sampai sekarang tak contact pun. Maybe saya yang patut contact dia dan tanya.

Ni pun bukan sampah.....


Saya kumpulkan sudu susu Hadif Syahmi untuk ditukarkan dengan baucer Anakku dari Wyeth. Jumlahnya dah cukup tapi saya belum ada masa nak hantar. Mungkin minggu depan. Saya suka tukarkan dengan baucer Anakku sebab boleh shopping baju baru untuk anak-anak.

Huzein rajin kumpul setem dari Caltex. Setakat ni kami dah tukarkan dengan minyak masak dan sabun pencuci pinggan. Ada lagi yang belum ditukar.


Oh...ada lagi. Saya tengah kumpul setem dari Giant. Saya nak tukar dengan periuk dari Italy. Siapa-siapa yang tak nak setem tu dermalah pada saya. Terima kasih.

Tuesday, January 19, 2010

Potong!

Rambut Hana Alesya cepat benar tumbuh (BACA DI SINI)

Saya kesian tengok dia kadang-kadang rimas dengan rambutnya yang panjang hingga cecah ke telinga Jadi saya dan Huzein ambil keputusan untuk gunting sedikit rambut Hana Alesya. Hm...seawal 4 bulan lebih kami dah potong rambut dia, tak seperti abang-abangnya.




Mudah sangat nak potong rambut Hana Alesya. Baik je dia. Macam masa kami berdua potong rambut Hadif Syahmi (BACA DI SINI).

Tiba-tiba saya terasa, cepatnya masa berlalu. Baru saja saya dan Huzein sibuk-sibuk potong rambut Hadif Syahmi, sekarang kami ada Hana Alesya pula. Rupanya saya semakin tua dan anak pun bertambah-tambah.

Alahai Cutenya Dia Ketawa

Sukanya saya tengok Hana Alesya ketawa sambil melawak dengan abahnya. Cute sangat!

video

Ahli Keluarga Baru

Saya sibuk mengumpul setem Guardian sebab nak redeem patung Big Headz. Akhirnya dapat juga tukar satu.


Mari saya perkenalkan dengan ahli keluarga baru kami, si Giraffe.


Mulanya saya bercadang untuk simpan Giraffe ni untuk Hana Alesya. Tapi, Hadif Syahmi nampak minat sangat dengan si Giraffe, jadi saya biar Giraffe ni menjadi hak rasmi Hadif Syahmi. Haziq Fahmi sudah ada Pooh. (Baca kisah Haziq Fahmi dan Poohnya)



Suka betul dia dengan Giraffe ni. Siap bawa ronda naik basikal lagi.


Tapi, saya harap Hadif Syahmi tak jadi macam abangnya Haziq Fahmi. Tak boleh nak tidur lena kalau Poohnya tak ada. Runsing ibu......

Monday, January 18, 2010

Nursing Room

Saya tak suka dan kadang-kadang stress juga kalau mengepam di dalam surau. Ada yang faham kenapa saya terpaksa mengepam susu. Tapi bila ada yang tidak paham, memandang saya dengan muka yang pelik, ditambah dengan gelak-gelak kecil, oh.... geram ada, sedih ada dan kadang-kadang malu pun ada. Jadi, production saya pun malu-malu nak keluar.

Bila difikir-fikirkan balik, saya bernasib baik kerana masih boleh mengepam susu di surau. Bayangkan mereka yang terpaksa bersusah payah mencari tempat untuk mengepam & lebih menyedihkan lagi terpaksa mengepam di dalam toilet.

Bila keluar membawa Hana Alesya, saya mesti mencari tempat untuk menyusukan dia. Kalau terdesak sangat, saya boleh saja *NIP. Tapi, kalau ada nursing room, alangkah bagusnya. Dapat menyusu di surau pun sudah cukup bagus. Tapi ada sesetengah tempat, nama saja gah, nursing room tak ada dan suraunya di hujung alam. Lagi menyedihkan kalau surau pun tiada. Tension makcik.

Di tempat kerja saya pun tiada nursing room. (Saya nak komen banyak tapi.....)
Saya pernah tulis entry berkenaan Nurul Izzah yang menyusukan anaknya. Bagusnya kalau saya Nurul Izzah. Boleh request nursing room. BACA DI SINI.


Simply the breast: Nurul Izzah carrying her fivemonth- old baby Raja Ahmad while Rosnah is getting the baby’s attention after feeding in Parliament


Katanya.....
“I used to feel bad to have the place for myself."

Tolonglah jangan rasa bersalah. Mereka di sekeliling yang tahu tentang kebaikan breastfeeding akan faham. Tapi, mereka yang tidak paham mesti mengeji. Walaupun dia bekerja, dia masih seorang ibu, macam saya!

Sekali lagi, saya nak kata 'Bagusnya kalau saya Nurul Izzah'. Request saya mesti tak dilayan. Saya orang 'kecil'. Tapi saya kena bersyukur, sekurang-kurangnya saya ada surau tempat menumpang kasih.

* NIP = Nursing In Public

Thursday, January 14, 2010

EBM (14/01/10)

Disebabkan kesibukan kerja dan tahap kemalasan yang naik mencanak-canak, stok EBM saya semakin berkurang. Rasa macam tak best pun ada.


Kalau dulu banyaknya sampai tepi peti ais pun kena simpan. Sekarang kosong je.....


Nampak gayanya saya memerlukan motivasi untuk buat stok EBM. Tak boleh malas-malas. Kalau stok dah tak ada siapa yang susah, saya jugak. Bukan orang lain ye!

Relax


Rasanya tiada istilah RELAX dalam hidup saya. Kerja pejabat yang bertimbun ditambah dengan kerja rumah yang tak pernah selesai. Letih!

Saya rasa macam lama tak update blog sedangkan banyak benda yang ingin saya ceritakan. 24 jam tidak cukup bagi saya. Kalau boleh nak lebih lagi. Tapi biasalah manusia, banyak mana pun tak pernah cukup.

Monday, January 4, 2010

Terjebakkah?

Saya suka babywearing. Dan, selalu ajak mereka di sekeliling untuk babywearing baby mereka juga. Ada yang terjebak sama.....

Nora & baby Uwais
> Hotsling Pouch



Norazana & baby Umar Zafri
> Littlepods Pouch



Asmah & baby Afiq
> JumpSacBaby Soft Structure Carrier



Ada lagi yang bakal terjebak. Saya tahulah.....

Nota: Gambar diambil dari Facebook

Saya Menang Ini Juga

Saya happy, sebab saya menang lagi. Alhamdulillah.....

Permulaan Yang Baik

Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU. Hm... mesti ada yang pelik, kenapa saya menggunakan kata ganti diri sebagai 'saya' dan bukannya 'aku' seperti biasa. Tahun ini tahun baru dan saya mahu melakukan sesuatu yang baru. Lagipun, insyallah tahun ni Haziq Fahmi bakal pandai membaca. Saya selalu melarang dia bercakap membahasakan dirinya 'aku'. Saya selalu tunjukkan dia blog saya. Dulu mungkin dia tak pandai membaca, cuma melihat-lihat gambar saja. Tapi akan datang, mesti dia akan komplen kenapa ibu cakap 'aku'? Saya harap ini adalah permulaan yang baik untuk saya berubah.

Menjelang tahun baru,saya mendapat khabar yang sangat gembira. Gred jawatan saya telah dinaikkan. Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t. Saya anggap ini adalah rezeki anak-anak. Dah lama sangat saya tunggu sampaikan dah malas mengharap. 2010 tertunai juga impian saya tu.

Dan.... sesuatu yang tak disangka. Saya menang Snuggbaby 1st Anniversary Blog Giveaway. Pengsan, sebab rasa tak percaya. Happy sangat! Selalu mengidam nak beli produk Snuggbaby, tapi tak terbeli-beli. Akhirnya saya dapat free. Thanks to Liza.

Permulaan tahun baru yang baik bukan? 2009 ada yang menyedihkan (saya kehilangan abah. Alfatihah...), ada yang menggembirakan (saya dikurniakan baby girl, Hana Alesya) dan ada yang membahagiakan (perkahwinan saya sudah mencecah 5 tahun). Saya harap 2010 lebih menceriakan hidup saya. Azam tahun baru? Maaf, saya tak berazam apa-apa untuk tahun ini. Cuma mengharapkan yang lebih baik dalam segala hal. Doakan untuk saya.