Friday, February 26, 2010

Kisah Breastfeeding di Nona TV3

Siapa yang menonton Nona di TV3 pasti menonton sama fokus tentang ibu bekerja tapi masih menyusukan baby. Paparan ini mudah-mudahan membuka mata ramai ibu-ibu yang bekerja untuk menyusukan baby mereka. Dimulakan dengan penerangan ringkas oleh Datuk Dr. Nor Ashikin Mokhtar, Pakar Sakit Puan tentang kebaikan susu ibu dan bagimana ibu yang bekerja masih boleh menyusukan anak mereka.




Saya ada sebuah buku karya Datuk Dr. Nor Ashikin ni iaitu Sentuhan Kasih. Beliau merupakan antara orang kuat yang mempromosikan susu ibu di Malaysia.

Paparan mengenai breastfeeding di dalam rancangan Nona juga memuatkan pengalaman personaliti TV3 iaitu Irin Putri Azmi yang masih menyusukan babynya. Kagum tau tengok stok EBM dia.





Nota: Rasa macam nak racun je dia try babywearing..hahahaha...

Tips Lebatkan Rambut Anak

Ada yang kagum dengan rambut Hana Alesya yang lebat. Sampai tanya saya apa yang saya pakaikan di rambutnya. Maaf ya, rambut Hana Alesya memang semulajadi lebat. Lepas saya botakkan dia, tumbuhnya memang lebat macam tu. Diwarisi dari Huzein.


Tapi saya nak share dengan semua. Rambut Haziq Fahmi dan Hadif Syahmi takla selebat rambut Hana Alesya. Saya gunakan minyak zaitun jenama Ginvera untuk mereka. Rupanya macam ni (ini botol baru).



Minyak zaitun Ginvera ni ada dua jenis, satu yang biasa (warna jernih) dan satu lagi yang berwarna kuning macam ni. Dua-dua pun elok sebab saya pernah guna kedua-duanya. Tapi saya prefer yang warna kuning ni sebab baunya wangi.

Cara guna senang saja. Sapu saja di kepala anak tiap kali selepas mandi. Insyallah rambut akan tumbuh cepat. Selamat mencuba!

Terima Kasih Kawan-Kawan

Hasil derma kawan-kawan saya (Kak Roziah, Lis, Suzana, Juliana) cukuplah setem Giant saya. Jadi dapatlah saya tukar dengan periuk Italy ni. Seronoknya!


Hana Alesya bakal mencecah usia 6 bulan. Saya bercita-cita nak guna periuk ni untuk masakkan bubur untuk dia.

Terima kasih ya kawan-kawan. Jasamu di kenang!

Saya Sudah Jatuh Miskin!

Saya dah jadi miskin. EBM saya makin susut. Tuntutan kerja dan malas menyebabkan saya mengepam sehari sekali ditempat kerja. Akibatnya EBM tinggal banyak ni saja.


Saya bercita-cita nak beli electric BP. Nak yang double biar masa saya mengepam sekejap saja. Jadi tak adalah alasan nak bermalas-malasan mengepam lagi.

Saya dah cuba FS. Hasilnya 7oz lebih dalam masa 8 minit. Bestkan? Tapi harganya boleh tahan jugakla. Fikir lagi, fikir lagi... Kalau saya sayang duit saya beli Spektra. Tengokla nanti macamana. Yang pasti saya kena beli jugak, secepat yang mungkin. Ini hasil saya guna FS yang dipinjam dari kawan office. Macam berbaloi-baloi je beli.

Ececeh...Glemer La Tu?

Saya memang rajin (tak malu mengaku sendiri). Yalah, saya rajin hantar gambar anak ke majalah untuk contest. Kadang-kadang adalah habuan. Seronok tau bila menang.

Ini gambar Hadif Syahmi yang saya hantar ke majalah Mami Baby, ruangan Keletah Si Manja keluaran Februari 2010. Dah tak ingat bila hantar gambarnya. Bila dapat e-mel suruh claim hadiah barula terhegeh-hegeh pergi beli majalah tu. Simpan buat koleksi, bila besar nanti Hadif boleh tengok.


Hadiahnya, barangan Carrie Junior.

Ini gambar Haziq Fahmi dalam majalah Pa&Ma keluaran Mac 2010. Untungnya sebab dapat gak hadiah. Gambar yang bertanda saja akan dapat hadiah walaupun disiarkan dalam majalah. Dapat hadiah apa saya tak ingat, tunggula bila sampai nanti.


Syukur dengan rezeki yang saya dapat. Cubalah hantar, kot-kot ada rezeki. Manalah tahukan.....

Thursday, February 25, 2010

Gathering Susuibu.com & Ratuhati.com

Saya beria nak pergi gathering ni. Kali pertama gathering sebelah utara diadakan saya tengah mengandungkan Hana Alesya. Kalau tak silap masa tu Hana pun tengah mengandungkan baby keduanya, Firas.

Kami sekeluarga sampai lewat, seperti biasalah. Nak siapkan anak 3 orang termasuk barang-barang yang hendak dibawa sama memanglah mengambil masa. Masa saya sampai, sesi memperkenalkan diri. Sampai saja terus diminta memperkenalkan diri. Termengah-mengah saya.


Acara pertama adalah talk berkenaan babywearing dari Shida. Sambil kendong Asri Irfan, Shida memperkenalkan pouch kepada semua. Pada masa ni saya diminta demo cara-cara pemakaian pouch.


Shida kemudian memperkenalkan ring sling dan SSC. JumpSac Orbit SSC saya digunakan, yippe! Saya pasti sangat Dura suka dengan SSC saya tu. Lepas ni mesti beli.


Hana Alesya anak yang baik, duduk diam je. Cuaca hari tu memang panas, tapi dia lansung tak meragam.



Masa ni Huzein dan anak-anak menghilangkan diri. Rupa-rupanya main di taman mainan.



Talk seterusnya diberikan oleh husband Hana. Talk berkenaan kecederaan yang boleh berlaku di rumah especially pada anak-anak. Diterangkan juga bagimana nak hadapi detik-detik cemas. Kesian kat Abi Faris ni kena bagi talk dekat kawasan panas.


Saya sempat dengar sekejap, lepas tu terpaksa melayan anak-anak.

Sesi seterusnya bersama Dr. Balkees. Perbincangan mengenai Low Weight Gain for Breastfeeding Baby. Sempat saya semak berat Hana Alesya dengan Dr. Balkees sebab saya risau berat badan dia yang tak naik banyak sangat. Tapi, kata Dr. Balkees berat Hana Alesya ok saja. Lega hati ni.


Lepas celebrate birthday Hadif Syahmi, acara yang ditunggu-tunggu apa lagi, lucky drawla. Saya jadi tokei untuk lucky draw hari tu.


Hadiah banyak sangat sampai buat lucky draw 2 kali. Harap-harap semua berpuas hati dengan hadiah yang dapat dan cara pengendalian. Saya lebih sibuk dengan anak-anak dari buat kerja.


Harapnya gathering seperti ini boleh diadakan lagi pada masa akan datang. Saya happy walaupun penat dengan anak-anak dan cuaca agak panas pada petang tu.

Nota: Terima kasih pada kawan-kawan yang bagi saya cilok gambar.

Happy Birthday Hadif Syahmi

20 Februari 2010 merupakan ulangtahun Hadif Syahmi yang kedua. Memandangkan pada tarikh tersebut, kami sekeluarga menghadiri gathering susuibu.com dan ratuhati.com kami celebrate birthday Hadif di sana. Tak ada yang istimewa, cuma kek Ben 10 yang menjadi idamannya kami beli.


Budak-budak yang datang gathering seronok, beria meniup mainan yang kami beli.


Masa Hadif nak tiup dan potong kek, saya terpaksa dukung dia dengan sebelah tangan memandangkan pada masa itu saya tengah mengendong Hana Alesya yang tengah tidur. Mejanya tinggi sangat!




Saya dan Huzein bercadang untuk belikan Hadif basikal. Tapi belum beli lagi. Insyallah, minggu ni akan dibelikan.

Wajah Hadif Syahmi diusianya 2 tahun. Cute!


Nota: Gambar ihsan kawan-kawan yang datang gathering. Kamera saya ada gambar skit je. Thanks semua.

Wednesday, February 17, 2010

Tips Travel Dengan Anak-Anak

Saya nak kongsi tips travel bersama anak-anak. Maklumlah anak dah 3, jadi adalah pengalaman skit. Ini tips untuk yang travel dengan kereta ya.....

1) Sediakan satu beg kecil untuk memuatkan sepersalinan baju anak, lampin, tuala kecil dan bedak. Bila tiba masa untuk menukar lampin, tak perlulah nak memunggah beg baju yang besar tu. Beg pilihan saya adalah jenis bag pack. Senang nak bawa. Di depan saya kendong Hana Alesya, di belakang saya kendong bag pack.

2) Saya tak memerlukan handbag. Barang keperluan saya (beg duit, handphone, kamera) saya masukkan sekali di dalam beg tersebut. Lecehkan kalau bawa banyak-banyak. Silap-silap boleh tertinggal.

3) Jangan lupa bawa MyKid anak-anak. Jika kecemasan berlaku, pengenalan anak-anak sudah ada. Lagi satu, kalau ditahan polis dan anda tiada pengenalan anak-anak, mungkin anda boleh dituduh menculik. Walaupun muka si anak sama je macam si abah, tapi dah tiada bukti, polis mungkin tak percaya itu anak anda.

4) Bila pek baju anak-anak, silala bawa lebih. Budak-budak seperti biasa mesti akan comot. Kadang-kadang belum pun sampai sehari, comotnya aduhai.... Lain-lain masalah seperti lampin terbocor dan terkena seluar adalah perkara biasa. Jadi, bawalah baju lebih. Pergi bercuti mana ada masa nak basuh-basuh ni. Tak syioklah!

5) Lampin anak saya bawa pek besar. Jangan berkira-kira nak bawa dalam jumlah tertentu. Bawa saja sepek besar. Senang. Nak masuk dalam hotel, ambil saja berapa banyak yang nak pakai (lebihkan skit lagi bagus) dan letak dalam beg. Jadi, tak perlulah bawa sepek besar tu ke dalam hotel, tinggal je dalam kereta.

6) Susu Haziq dan Hadif saya letak dalam bakul khas termasuk termos dan bekas air masak. Saya juga sukat susu siap-siap dan masukkan dalam container. Jadi, saya taklah terhegeh-hegeh nak sukat susu bila tiba masa nak membancuh. Senang dan cepat. Hana Alesya juga yang mudah. Main selak saja. Tak perlu termos, tak perlu air masak. Itulah untungnya breastfeeding.

7) Di dalam raga tersebut juga, saya sediakan satu botol air (botol berstraw jenama Anakku) khas untuk anak-anak minum. Bila anak nak minum bagi je botol ni. No cawan-cawan, susah. Silap-silap boleh tumpah.

8) Bawa juga biskut. Bila anak-anak melalak lapar ada juga benda yang boleh dikunyah.

9) Saya memang muka tak malu. Bila bersarapan di hotel, saya akan bawa tupperware bersama. Saya akan tapau makanan yang anak-anak boleh, suka dan senang makan macam nugget dan sosej. Budak-budak ni time makan, mereka nak main. Bila dah lapar, baru ingat nak makan. Jadi, makanan yang saya tapau pasti habis.

10) Saya bawa juga mainan untuk anak-anak bila travel. Jadi Mr. Bee, Pooh dan Giraffe saya bawa bersama. Bila anak-anak boring dalam kereta, masa tulah Mr. Bee, Pooh dan Giraffe boleh menghiburkan.

Sekian, tips dari saya. Kalau ada yang nak menambah silakan.

Day 3: Taman Rama-Rama

Ok, hari ni hari terakhir. Saya memang teringin nak bawa anak-anak ke sini. Saya pasti mereka pasti suka. Selain rama-rama, kat sini ada juga ulat, kala jengking, ikan, errr..biawak pun ada. Anak-anak memang seronokla.


Masa di sini, saya pakai Mei's Mei Tai. Saja nak cuba pakai lebih lama lagi nak tahu bagaimana rasanya kendong Hana Alesya lebih lama dalam Mei Tai. Saya memang kena praktis lagila. Lama-lama Mei Tai ni melandut. Tapi saya tetap mantain vougue. Jangan marah haaa...



Ini antara gambar babywearing yang saya suka. Hana Alesya berpeluh-peluh sebab dekat sini memang panas sangat.




Tapi last-last dia tertidur juga. Kesian....


Ini 3 hero di hati saya :D


Teror tak saya? Kendong anak, tapi masih mampu nak ambil gambar orang lain.

Sempat juga kami ambil gambar sekeluarga. Tapi seperti biasa, tak pernah perfect. Haziq Fahmi merajuk time ni, jadi dia tak nak pandang kamera. Alahai anak ibu.....


Keluar dari Taman Rama-Rama, Haziq Fahmi melalak nakkan ais krim. Jadi, Opah belanja. Saya pun dapat juga. Sedapla makan time panas-panas macam ni.




Habis makan ais krim, kami pulang ke rumah di Kulim. Memang penat tapi seronok. Yang paling penat, layan karenah anak-anak. Tapi saya happy!

Day 2: Pekan Rabu & Batu Feringgi

Lepas sarapan, kami semua ke Pekan Rabu. Ini adalah kali pertama saya ke sini. Kalau nak shopping kuih tradisional, barang-barang keperluan rumah (belacan, asam jawa dll), baju tradisional di sinilah tempatnya. Pendek kata, macam-macam ada.

Saya cuma beli sedikit makanan (kerepek, keropok, kuah rojak & dodol). Yang lain-lain malas nak beli. Lagipun kami tak lama di sini. Panas dan penuh sesak dengan orang ramai. Maklumlah cuti umum, ramailah yang datang shopping. Dan sekali lagi, saya sangat-sangat berterima kasih pada babywearing. Saya kendong Hana Alesya dalam JumpSac Orbit SSC seperti biasa. Ada yang memandang penuh minat, ada yang pandang buat muka pelik. Saya dah biasa. Ada yang menegur kata senang dukung anak dalam tu. Ya, memang senang makcik...hehehehehe. Bukan setakat anak saya dukung, siap bawa beg lagi kat belakang.


Habis shopping kami bertolak ke Pulau Pinang. Makan di Hameediyah yang sangat famous. Lepas tu shopping di Mydin (tempat shopping kegemaran bapa mertua saya).

Kami check-in di Tanjung Bungah Beach Resort. Lepas rehat sekejap Huzein bawa Haziq dan Hadif main dan mandi di bawah.


Saya malas nak ikut. Lepas mandikan Hana Alesya, tidurkan dia. Kesian dia letih.


Malamnya kami dinner di Restoran Tarbush. Sedap betul makanan di sini. Tapi anak-anak dah buat perangai sebab mengantuk. Lagipun orang ramai sebab cuti umum dan hari tu ramai yang sambut Valentine jadi restoran penuh. Makanan lambat sampai. Anak-anak meragam. Selera saya pun hilang.



Kami singgah di pasar malam Batu Feringgi. Saya memang suka jalan-jalan di sini. Boleh shopping! Tapi Hadif Syahmi dan Hana Alesya dah tertido. Malasla nak jalan lama-lama. Saya tak kisah, sebab saya boleh kendong Hana Alesya. Cuma saya takut Huzein bising sebab dia kena dukung Hadif yang terlentok lena. Tula, orang suruh bawa Angelpack tamau...huhuhuhu

Saya kata pada Huzein, saya teringin nak beli baju ni. Tapi mungkin dia tidur tak lena 3 malam kalau saya pakai baju ni. Bukan sebab saya seksi. Bukan, bukan.... Sebab dia terkejut bila ternampak lemak-lemak saya terbojol keluar kalau pakai baju ni...hahahahaha

Day 1: Padang Besar

Cuti Tahun Baru Cina saya sekeluarga bersama mertua dan adik ipar berjalan sakan. Dari Kulim kami check-in hotel di Alor Star. Kemudian kami ke Padang Besar. Dah lama rasanya saya tak ke sana. Borong sakan? Hm...tak juga. Yang pasti semua dapat bahagian masing-masing.


Bagi Haziq dan Hadif shopping tak penting. Yang penting dapat beli mainan. Dari awal sampai, nampak saja belon buih ni, bising suruh saya dan Huzein belikan. Last-last dapat juga mereka. Asyik benar main, dekat kawasan orang ramai pun sibuk nak tiup.


Saya seperti biasa, mengendong Hana Alesya. Saya pakai JumpSac Orbit SSC. Saya ada bawa Mei's Mei Tai tapi tak pakai sebab nak cepat. Saya sungguh beruntung sebab kenal dunia babywearing. Kalau tidak, mahunya lenguh tangan dukung Hana Alesya. Tempat macam kompleks membeli-belah di Padang Besar ni adalah sangat tidak sesuai bawa stroller. Siapa yang sanggup usung stroller ke tingkat dua? Kalau ada, gigih betulla orang tu.



Habis shopping kami singgah solat di masjid dan meneruskan perjalanan ke Kuala Perlis. Makan sedap dekat situ. Order ketam tak hingat dunia, penuh pinggan. Tapi bagi saya ketam masak cili di Juru, Pulau Pinang adalah paling sedap. Lain tempat tak boleh lawan.



Suka je si Hana Alesya ni. Perut kenyang, kami balik semula ke hotel di Alor Star. Anak-anak terbongkang tidur. Saya ingat nak nonton movie di TV. Tapi saya pun letih dan join anak-anak tidur sama. Termasuklah Huzein Fahmi.