Friday, March 26, 2010

Breastfed Baby Will Breastfeed

Pernahkan anda melihat poster ini?



Ini yang terjadi pada saya.

video
SAYA: Hadif buat apa tu?
HADIF: Senyum (sebab saya ambil gambar dia)
SAYA: Pooh buat apa?
HADIF: Amm (makan) t*t*k
SAYA: Pooh buat apa???

Saya pernah menyusukan Hadif Syahmi. Dan sekarang saya menyusukan adiknya Hana Alesya. Budak-budak biasanya mengikut perlakuan orang dewasa. Saya tak rasa perlakuan ini pelik. Dia cuma cuba meniru aksi saya menyusukan adiknya.




BREASTFED BABY WILL BREASTFEED. But not you la my dear. Hadif boy, suruh wife buat kerja tu ya sayang.

Ops... JumpSac Ring Sling Lagi

Jangan marah ha.... (baca style P. Ramlee). Saya nak tayang Ring Sling baru saya.


Tahukan beli kat mana? JumpSac Ring Sling. Meh nak tunjuk lagi.....


Dan lagi.....


Lagi sekali dengan muka budak kecik yang terpaksa mengikut kemahuan ibunya yang ciwi.


Sorry ye tak ada action picture yang lawa. Lain kali saya tayang lagi okeh.

Thursday, March 25, 2010

Contest Detik-Detik Berharga

CONTEST SUDAH DITUTUP. NANTIKAN KEPUTUSANNYA MINGGU DEPAN.

SEMAK SENARAI PESERTA DI SINI


Dengan sukacitanya, saya mempersembahkan (amboi ayat) contest DETIK-DETIK BERHARGA. Jom masuk ramai-ramai ye.....

PADA YANG ADA BLOG
1) Jadi follower blog saya supaya mudah menyemak sebarang makluman mengenai contest.
2) Buat entry mengenai contest ini dengan tajuk DETIK-DETIK BERHARGA.
3) Pilih satu gambar terbaik anak anda yang menepati tema DETIK-DETIK BERHARGA. Umur anak mestilah dari newborn sehingga 3 tahun semasa gambar diambil. Gambar anak boleh juga bersama ibu, bapa atau ahli keluarga yang lain.
4) Masukkan maklumat berikut di dalam entry tersebut:-
- Nama anak
- Tarikh lahir anak
- Umur anak (semasa gambar diambil)
- Terang serba sedikit apakah DETIK-DETIK BERHARGA tersebut
5) Letakkan banner contest di sidebar blog anda dan link balik ke blog saya untuk mewar-warkan mengenai contest ini.
6) Masukkan banner senarai penaja di dalam entry anda dan link balik ke kedai mereka.
7) Jadi follower penaja berikut: Ammar's Tree House, Coachandsuch, Umi dan JR Shoppe & TheHoneybunch Marketplace.
8) Tinggalkan komen di sini berserta link entry dan e-mel.

PADA YANG TIADA BLOG
1) Addkan saya di dalam facebook (ID: Aishah Megahasz).
2) Postkan link ini di wall anda untuk mewar-warkan mengenai contest DETIK-DETIK BERHARGA.
3) E-melkan kepada saya (megahasz@yahoo.com) satu gambar terbaik anak anda yang menepati tema DETIK-DETIK BERHARGA. Umur anak mestilah dari newborn sehingga 3 tahun semasa gambar diambil. Gambar anak boleh juga bersama ibu, bapa atau ahli keluarga yang lain.
4) E-melkan juga maklumat berikut:
- ID facebook anda
- Nama anak
- Tarikh lahir anak
- Umur anak (semasa gambar diambil)
- Terang serba sedikit apakah DETIK-DETIK BERHARGA tersebut.

SYARAT-SYARAT LAIN
1) Contest bermula pada 1 Mac 2010 dan berakhir pada 25 Mac 2010 (jam 5.00petang).
2) Sekiranya tidak menepati syarat, secara automatik penyertaan adalah terbatal.
3) Gambar diadili berdasarkan kreativiti dan menepati tema DETIK-DETIK BERHARGA.
4)Keputusan akan diadili oleh juri yang dilantik khas dan keputusan juri adalah muktamad.
5)Sebarang pertanyaan boleh diemelkan kepada megahasz@yahoo.com atau tinggalkan message di chatbox saya.

HADIAH-HADIAH UNTUK PEMENANG
Hadiah Pertama
- Voucher bernilai RM88.88 dari Mei’s Mei Tai
- Bracelet for Mama: Sweet Baby Charm dari Ammar’s Tree House
- Voucher bernilai RM10 dari TheHoneybunch Marketplace
- Leg Warmer

Hadiah Kedua
- Necklace for Mama: Pink Giraffe dari Ammar’s Tree House
- Wahmies Small Wetbag dari Umi dan JR Shoppe
- Voucher bernilai RM20.00 dari Coachandsuch
- Voucher bernilai RM10 dari TheHoneybounch Marketplace

Hadiah Ketiga
- Snuggbaby Wetbag dari Snuggbaby
- Voucher bernilai RM25.00 dari Ammar’s Tree House
- Voucher KFC bernilai RM10.00

Hadiah Saguhati (3 Pemenang)
- Leg Warmer dan Voucher KFC bernilai RM10.00

Cabutan Bertuah
(Layak untuk semua yang menyertai contest tetapi tidak layak untuk mereka yang telah memenagi hadiah pertama, kedua, ketiga dan saguhati)
- Hamper barangan Tupperware sumbangan sahabat saya Pn. Raudzah. Hubungi beliau untuk mendapatkan barangan Tupperware dengan harga istimewa (raudzahadnan@gmail.com)

Terima kasih kepada penaja-penaja contest DETIK-DETIK BERHARGA.

1) Mei's Mei Tai


2) Ammar's Tree House


3) Coachandsuch


4) Umi dan JR Shoppe


5) Snuggbaby


6) TheHoneybunch Marketplace


7) Pn. Raudzah Adnan

E-mel: raudzahadnan@gmail.com

Wednesday, March 24, 2010

Hana Alesya: Dah Merangkak Dia

Dah lama tak update tentang perkembangan Hana Alesya. Saya sibuk, banyak benda saya nak blogkan tapi tak ada masa. Hana Alesya sekarang sudah 6 bulan lebih dan bakal mencecah 7 bulan 28 Mac 2010 ni. Yang buat saya teruja, dia dah pandai merangkak dan duduk dengan sendirinya. Yey, saya yang teruja sebab Haziq & Hadif tak merangkak. Lepas menyulur mereka terus bangun berdiri.

video
Cutekan video ni. Bising betul mulut dia.

Ini gambar Hana Alesya duduk. Sibuk main remote TV.



Tapi dalam hati saya berdoa dia tak berjalan cepat. Kenapa? Sebab bila dah dapat kaki dia mesti tak nak dikendong lama-lama macam sekarang. Boleh gitu?

Tuesday, March 23, 2010

Aktiviti Di Hujung Minggu

Hujung minggu saya sentiasa sibuk. Kalau tak balik kampung mesti pergi kenduri, takpun shopping. Eh, bukan tiap minggu shopping baju tau, shopping barang dapur/rumah. Tupun kira shopping jugakan.

Selalunya kami sekeluarga shopping barang dapur dia hypermarket macam Giant, Tesco atau Carrefour. Bergantung pada di mana ada banyak barang keperluan yang buat offer murah. Minggu lepas kami ke Carrefour. Sambil shopping, layan anak bersilat. Tengok tu.....


Orang sibuk, Haziq & Hadif lagi sibuk. Supaya Haziq & Hadif tak kacau banyak, saya berikan mainan. Pinjam sekejap, time nak balik tinggalkan. Jangan harapla Ibu nak beli mainan merepek-repek macam tu.



Hana Alesya senang je, tidur dan kendongan. Memudahkan kerja saya pilih barang. Kalau tak dia pun sibuk nak mencapai barang.


Habis shopping barang rumah, kami ke Jusco Prai pula. Saya nak beli kasut di Vinci sebab dapat baucar dari Vinci.


Sampai-sampai saja, Haziq & Hadif ternampak tempat yang sungguh saya & Huzein malas nak singgah. Tapi, layan jugala.



Hana Alesya tengok sajalah abang-abangnya main. Belum dapat kaki lagi.


Ok, silalah keluar. Ibu dah letih. Bukan letih berjalan atau kendong Hana Alesya atau shopping lama sangat. Tapi letih kejar Haziq & Hadif.


Lepas beli kasut di Vinci, kami masuk ke Jusco. Nak carikan Haziq suar kecik. Dia memilih skit, suar kecik nak cap Ben 10, Batman, Superman dan segala Man lagila. Nasib baik tak request nak Cicakman. Mana saya nak cari?



Hadif pun nak juga. Belikan juga untuk dia.


Hana Alesya? Takpe kecik lagi. Tak payahla beli suar kecik. Hmm...saya kata nak try Cloth Diapers tapi tak try-try juga. Apalah ibu ni.....

My Snuggbaby SSC (Action Picture)

Selepas sesi test di rumah, saya berpeluang test di luar rumah pula Snuggbaby SSC saya ni. Best tau! Malasla nak cerita banyak-banyak hehehehehe. Tengokla action picturenya. Lagi sekali saya nak cakap. JANGAN JELES!

Ini semasa di Carrefour. Tidur nyenyak masa saya sibuk-sibuk shopping barang rumah.


Dari Carrefour saya ke Jusco pula.






Syoknyeeee.....

Monday, March 22, 2010

Saya Yang Gigih

Saya tak sangka saya akan begitu bersungguh-sungguh untuk breastfeed Hana Alesya. Sebelum ni saya cuma pakai Avent ISIS dan saya ingat saya akan bertahan pakai Avent ISIS sampai bila-bila. Tapi apakan daya, selepas ditukarkan ke department baru, saya kena mengejar masa. Jadi selepas berfikir panjang, saya mengambil keputusan untuk membeli Medela Freestyle. Itupun selepas saya test Medela Freestyle kawan office saya Salmiah. Dah puashati baru saya beli. Kalau tidak, jangan haraplah. Harganya aduhai, mahal benar. Jumaat lepas Medela Freestyle ini saya dapat.


Saya beli dari My Breastpump Shop. Kawan-kawan yang selalu singgah di Susuibu.com mesti kenal dengan taukehnya Aja. Aja ni adalah geng yang sama-sama masuk contest Foto Impian Berganda tak lama dulu. Dia dan husbandnya Faiz dapat nombor dua. Tak sangka kami jumpa balik di alam maya. Ops, lari topik pulak.


Saya sangat teruja nak test pam baru ni. Tapi, keterujaan habis begitu saja. Memangla saya sangat teruja nak test pertama kalinya Medela Freestyle ni. Malangnya saya terlupa bawa botol susu ke pejabat. Adoi, geram betul! Tapi saya tak singkat akal. Saya tahu saya seorang yang gigih :D. Dengan kreatifnya saya pakai tupperware yang memang saya simpan di pejabat. Dapatlah saya mengepam dengan aman.


Tapi tak dapatlah nak buat double pumping. Kalau tupperwarenya ada dua pun saya tak mampu nak buat double pumping sebab susah nak kontrol.


Habis pam, tutup kemas-kemas dan simpan dalam cooler bag.


Berapa OZ dapat hari tu saya tak pasti. Yang pasti, saya tahu saya seorang yang gigih dalam usaha untuk breastfeed anak saya. Gigih tak saya?

Friday, March 19, 2010

Saya Ciwi Dapat Wii

Ok, semua orang boleh kata saya ni peghak, jakun atau apa saja saya tak kisah. Tapi saya memang ciwi bila dapat Wii. Saya tak sangka Wii ni best sangat!. Mula-mula dapat, yang excited Huzein saja. Tapi bila dia tunjuk cara-cara nak main, bukan kata anak-anak, saya pun teruja.

Dengan Wii macam-macam boleh. Main boling, golf, tenis dan macam-macam lagila. Masa ni kami test main boling.




Haziq Fahmi memang cepat belajar. Sekejap saja dia dah tahu macamana nak main Wii ni.


Hadif Syahmi pun nak cuba juga walaupun tak reti. Orang nak ajar dia kata "Tak mau!". Macam pandai sangat.




Akhirannya berebut-rebut Haziq & Hadif. Last-last kena simpan. Tak sempat nak test lama-lama. Aduhai anak-anakku.

Wednesday, March 17, 2010

My Snuggbaby SSC

Sebenarnya dah lama juga saya dapat Snuggbaby SSC ni. Tapi sibuk tak sempat nak snap gambar nak buat entry.

Mula-mula sekali meh kita tengok gambar yang saya ambil dari website Snuggbaby.


Amacam? Cun tak? Jangan jeles ya. Menambahkan kejelesan (ayat apa ni?) anda, SSC ni saya dapat secara percuma. Yippie! Thanks Liza sebab buat giveaway ni. Alhamdulillah ia menjadi rezeki saya dan Hana Alesya. Saya ni semua baby carrier saya nak, tapi duitnya tak banyak. Dapat free macam ni memang saya bersyukur sangat-sangat!

Corak pilihan saya adalah FLOWER SHOWER. Dah lama berkenan dengan corak ni sebab cantik.


Jom tengok dengan lebih detail lagi.


Ini bahagian luar SSC.


Ini bahagian dalamnya.


Saya malas nak minta sleeping hood sebab saya jarang pakai. Jadila SSC saya yang simple begini.

Ok, last sekali action picture. Gambar ambil sendiri, tak ada orang nak layan ambil gambar (Huzein la tu). Haziq tolong ambil tapi tak clear. Nantila saya post gambar pakai Snuggbaby SSC yang lebih lawa, pakai keluar jalan-jalan. Ini adalah gambar saya test SSC ni saja.



Bestkan? Sampai sekarang saya masih lagi senyum sampai ke telinga. Happy punya pasal!