Thursday, April 29, 2010

Akibat Tidak Mendengar Cakap Ibu

Petang itu, Abah nak tidurkan saya dan abang Haziq. Kami semua naik ke tingkat atas rumah. Tapi, setelah beberapa minit, saya rasa susah sangat nak pejamkan mata. Lalu, saya membuat kacau di dalam bilik. Ini telah menyebabkan Abah naik angin dan menyuruh saya turun ke tingkat bawah.

Di tingkat bawah ada Ibu dan Adik Cha. Ibu tanya, "Ni kenapa tak tidur ni?". Saya jawab "Tamau!"

Bila dah turun di tingkat bawah, saya ingat ok. Tapi tak sangka boring juga. Ibu pula suka sangat marah saya bila saya kacau Adik Cha. Tiba-tiba saya teringatkan sepit makanan. Ibu sorokkan dari saya. Tapi saya tau di mana Ibu simpan. Jangkaan saya tidak salah....heheheheheh dapat juga sepit itu.

Sungguh seronok main dengan sepit ini. Saya sepit bola, lego, buku dan Adik Cha pun saya nak sepit juga. Dan seperti biasa Ibu akan marah lagi. Untuk mengalihkan perhatian saya, Ibu telah membuka cerita Dora di TV9. Oh, menarik juga. Saya pun menonton cerita Dora sambil berbaring. Sepit itu masih di tangan. Tak boleh lepas, sebab takut nanti Ibu sorokkan lagi.


Tiba-tiba saya rasa mata saya semakin berat. Cerita Dora masih kedengaran tapi tidak berapa jelas. Mata semakin berat, kabur dan gelap. Cerita saya berhenti setakat ini sebab lepas tu saya pun tak tahu apa yang terjadi.


Itulah akibat tidak mendengar cakap Ibu. Ibu suruh tidur tak nak tidur dan sekarang tertidur dengan sendirinya. Siapa nak jawab?

Wednesday, April 28, 2010

Hadiah Tambahan

Saya rasa macam malas pula nak buat contest untuk Hari Ibu. Sebabnya? Sibuk dengan kerja dan niat nak masuk contest Mei's Mei Tai pun tak terlaksana lagi.

Siapa dah beri nama untuk Megahasz Giveaway #1/2010? Jadi, hadiah untuk contest Hari Ibu saya nak masukkan dalam senarai hadiah untuk giveaway ni. Hadiahnya adalah buku ini.


Ada 5 buah buku untuk diberikan.

Bila keputusannya? Tunggulah minggu depan ya. Minggu ni saya sibuk.

Monday, April 26, 2010

Babywearing: Kata Orang & Kata Saya

ORANG KATA: Apa ni macam Indon?
SAYA KATA: Korang ni buka internet asyik baca pasal artis-artis saja. Korek cari gosip. Pasal dunia keibubapaan yang terkini tak nak baca. Lepas tu kata orang macam-macam, buat lawak bodoh. Apakah?

ORANG KATA: Anak saya tak naknya duduk dalam 'mende' tu.
SAYA KATA: Er... pernah try ke? Tak pernah cuba mana tau dia nak ke tak nak duduk dalam baby sling ni. Oh, untuk pengetahun 'mende' ini adalah baby sling. Silalah google.

ORANG KATA: Takutla kaki anak terpatah.
SAYA KATA: Selama pakai ni tak pernah la pulak kaki anak patah atau cedera.

ORANG KATA: Kesiannya baby tidur macam tu. Tak sakit ka?
SAYA KATA: Kalau sakit dia takkan tidur lena macam ni.

ORANG KATA: Mesti anak lambat berjalan, asyik kena kendong saja.
SAYA KATA: Ops, Hana Alesya dah nak masuk 8 bulan. Sekarang ni dah berdiri dan bertatih skit-skit. Insyallah, skit hari lagi bolehla berjalan.

ORANG KATA: Tak sakit bahu ke kendong lama-lama.
SAYA KATA: Kita kalau pergi jalan-jalan mesti ada limit masa jugakkan. Dah penat jalan mesti nak berhenti rehat, makan. Masa tu jugala berhenti kendong anak. Kalau dukung biasa, lenguh tak tangan?

ORANG KATA: Hish, kain macam ni je pun mahalnya. Stroller pun tak mahal macam ni.
SAYA KATA: Nak buat macamana, dah mampu. Beli sajalah. Anyway, stroller murah tu cap ayam kot?

ORANG KATA: Baik bawa stroller.
SAYA KATA: Lepas tu dukung anak dan tolak stroller. Sekian, terima kasih.

Saya suka babywearing anak saya. I LOVE BABYWEARING. Orang tak suka, tak apa. Saya tak kisah.

Saya babywearing Hana Alesya sambil ambil gambar dia dari atas. Korang pernah buat ke?

Saya babywearing Hana Alesya sambil makan ais krim dan tangan sebelah lagi pegang plastik bag. Korang pernah buat tak?

Sunday, April 25, 2010

Megahasz Giveaway #1/2010

SUDAH DITUTUP. NANTIKAN KEPUTUSANNYA

SEMAK SENARAI PESERTA DI SINI

Seperti yang dijanjikan, saya nak buat giveaway. Giveaway kecil-kecilan saja. Saya nak kongsi hadiah-hadiah yang saya dapat dari contest yang pernah saya masuk. Ada 3 hadiah dan 3 pemenang akan dipilih. Sebelum tu jom kita tengok hadiahnya.


1) Garnier Whitening Hydating UV Lotion (saya dapat dari contest majalah Jelita)
2) Carrie Junior Baby Oil (saya dapat dari contest majalah Mami & Baby)
3) Kotex Luxe Ultrathins limited edition (saya dapat dari contest online)

Syarat-syaratnya:-
1) Tinggalkan komen di entry ini bersama nama dan e-mel.
2) Pada yang nak masuk melalui facebook, addkan saya di facebook (id: Aishah Megahasz). Tinggalkan nama dan e-emel wall post berkenaan giveaway ini di facebook.
3) Seorang peserta hanya boleh beri nama sekali sahaja.
4) Pemenang akan dipilih secara cabutan. Anak-anak saya yang akan buat cabutan tersebut.
5) Tarikh tutup giveaway ini adalah pada 25 April 2010.

Itu saja syaratnya. Mudahkan? Jom masuk ramai-ramai.

Lepas ni saya akan buat contest sempena Hari Ibu pula. Hadiahnya dah ada. Sebagai tambahan, sesiapa yang sudi nak sponsor hadiah, dipersilakan. Boleh contact saya melalui emel megahasz@yahoo.com.

Friday, April 23, 2010

Untungnya Join Malaysian Babywearers

Tajuk kasi gempak skit. Patutnya saya letak tajuk Liza's Traveling Belgian Linen Ringsling. Tapi nanti orang tertanya-tanya pula apa benda tu? Kalau anda join forum di Malaysian Babywearers mesti tahu tentang ini.

Untungnya saya sebab dah lama join dan berpeluang test baby sling kepunyaan kawan-kawan di forum. Sebelum ni saya pernah berkesempatan mencuba Snuggbaby Ring Sling kepunyaa Shida dan Mei-Tai dari Mei's Mei Tai.



Kali ini saya dapat cuba Ring Sling kepunyaa Liza Snuggbaby. Saya adalah orang kedua dalam senarai Liza's Traveling Belgian Linen Ringsling. Sangat teruja bila Ring Sling tu sampai ke tangan saya.




Balik dari kerja, terus capai Ring Sling tu nak cuba. Hadif sibuk minta kendongkan dia. Jadi, dia yang test dulu dari Hana Alesya.



Malam tu saya ajak Huzein ke pasar malam. Sebelum tu cuba kendong Hana Alesya dulu. Masa ni dia dah mengantuk sebab tu muka masam je.



Di pasar malam Hana Alesya tertidur. Panas sangat dekat pasar malam, dahla ramai orang. Mulanya dia merengek-rengek juga, tapi akhirnya tertidur.


Balik dari pasar malam, keluar dari kereta dia terjaga. Masa tu hujan dah turun renyai-renyai. Saya tudung kepalanya dengan Ring Sling. Cutekan? Itulah gunanya selain mengendong baby.


Semua action picture tak berapa best. Tunggu weekend ni saya ambil gambar lagi.

Dalam pada tu saya menanti giliran untuk mencuba Comfy Joey Sling. Ada 4 Ring Sling yang boleh dicuba (pergh, banyaknya!). 2 antaranya adalah seperti gambar di bawah.



MALAYSIAN BABYWEARERS; TRAVELLING COMFY JOEY SLING

Oh, lupa pula. Selain tu saya dah beri nama untuk test OMT Shida. Baca berkenaan travelling OMT Shida DI SINI. Banyaknya saya nak cuba. Larat ke?

Kais Pagi Makan Pagi

Rasa macam dah lama sangat saya tak update pasal stok EBM saya. Bukan malas, tapi malu. Malu stok dah tinggal skit sangat. Setakat pagi tadi (23/04/10) ada 4 ketul ni saja stok saya.


Skit sajakan berbanding dulu yang penuh melimpah ruah dalam peti ais sampai terfikir nak beli deep freezer.

Tapi alhamdulillah sehingga hari ni, Hana Alesya dah berumur hampir 8 bulan dia masih lagi menyusu susu badan. Belum lagi dicampur dengan susu formula. Saya malas nak stress sangat bila tengok stok susu dah semakin kurang. Cuma saya pastikan susu mesti mencukupi untuk dia minum esok hari sebelum saya pulang dari kerja. Kira macam kais pagi makan pagila ni. Harapnya rezeki Hana Alesya terus ada. Rasa berbaloi beli Medela FS walaupun mahal. Sekurang-kurangnya saya ada motivasi untuk terus menyusukan Hana Alesya. Yalah, dah beli mahal-mahal takkan nak stop menyusu, rugilahkan?

Moga usaha saya dipermudahkan olehNya. Amin.

Thursday, April 22, 2010

Oh..Oh....

Pagi-pagi tadi masa saya buka blog, saya singgah ke blog Hanz. Perasaan keibuan saya sungguh tersentuh bila tengok gambar ni.


Sangat sedih, bergenang airmata. Saya terkenangkan anak-anak saya. 2 orang budak di dalam gambar ni lebih kurang macam Haziq & Hadif.

Fikir-fikir balik, adakah Haziq akan sayangkan (maksud saya, sangaatttt sayang) adiknya Hadif sama macam budak di dalam gambar ni? Haziq & Hadif sebenarnya tak boleh duduk dekat. Asyik nak buat drama swasta saja. Tapi dengan Hana Alesya, Haziq ok pulak.



Hana Alesya mengendeng masa Haziq buat puzzle, dia buat tak reti saja. Kalau Hadif, mesti dia tolak-tolak. Lepas tu adalah adegan yang tak ingin dilihat.

Apapun, saya tahu Haziq masih sayangkan Hadif. Mungkin ada masa-masa tertentu mereka tak boleh dekat. Dan ada masa-masa tertentu, mereka boleh bermain bersama. Kelmarin masa ke kedai dengan Tok (mereka panggil mak saya Tok) Hadif nak beli keropok, siap pesan pada Tok beli dekat abang sama. Bagusnya anak ibu ni. Harap-harap kekal sampai bila-bila.


Ops, berbalik pada gambar 2 budak lelaki di atas. Saya bergenang airmata melihatnya. Anda bagaimana?

Baju 3 Keturunan

Saya godek-godek gambar anak-anak. Terjumpa gambar Hadif dan Hana Alesya pakai baju yang sama. Sayangnya saya tak ada gambar Haziq pakai baju ni juga. Mungkin ada tapi dulu-dulu masa tak ada kamera digital, tangkap gambar pakai kamera cap ayam. Jadi, tak adalah soft copy gambarnya.



Baguskan macam ni? Sampai anak 3 pun baju masih elok dipakai. Nak belajar macamana saya simpan baju-baju anak. SILALAH KLIK DI SINI.

Hana Alesya nampak macam baby boy bila pakai baju abang. Jadi, tak nak nampak macam baby boy, saya belikan dia baju pink. Asyik beli pink, sampai 90% baju baru Hana Alesya warna pink. Lepas ni malas dah nak beli pink, tukar warna lain pula.

Monday, April 19, 2010

Sepetang Di Taman Mainan

Saya balik ke kampung Huzein minggu lepas. Petang tu anak-anak sibuk nak main di taman depan rumah Opahnya. Saya pula sibuk nak bergambar. Tak kiralah comot pun nak ambil gambar juga.







GAMBAR PENUH LIHAT DI FACEBOOK SAYA

Friday, April 16, 2010

Anak Lelaki @ Anak Perempuan

Masa saya mengandungkan Hana Alesya dulu, ada yang cakap pada saya, "lepas ni bolehlah dapat baby girl." Oh.... tensionnya saya. Saya tau, waktu tu saya dah ada 2 orang anak lelaki, tapi saya tak kisah kalau yang nombor 3 ni pun adalah lelaki. Memilih jantina anak (ok, memang ada kaedah tertentu bagi mendapatkan anak lelaki atau perempuan, tapi saya tak pandai) bukan semudah:-

Sila tekan
Butang A: Bagi mendapatkan anak lelaki
Butang B: Bagi mendapatkan anak perempuan


Kalau semudah itu, saya nak pilih berselang-seli lelaki dan perempuan. Agaknya semua orang pun happy kalau ada kaedah semudah ini.

Bila difikir-fikirkan balik, mulut orang memang suka bercakap. Lebih-lebih lagi perkara yang tak ada kaitan dengan diri mereka. Kalau tak kahwin lagi sibuk bertanya bila nak kahwin? Kalau dah kahwin, sibuk bertanya bila nak dapat anak? Kalau dah dapat anak, sibuk bertanya bila nak tambah lagi? Kalau dapat anak perempuan, sibuk bertanya bila pula nak dapat anak lelaki dan sebaliknya. Hm....kadang-kadang macam tak fikir perasaan orang lain.

Di sini saya nak berkongsi perasaan seorang ibu, Kak Faridah @ Dr. Faridah (kawan saya dia Malaysian Babywearers) yang menjadi ibu kepada 5 orang anak perempuan. Baca nukilannya tentang ALAHAI ANAK PEREMPUAN.

SAYA DAN ANAK-ANAK

Bagi saya anak lelaki atau perempuan tak penting. Memanglah dalam hati ada keinginan (saya manusia biasa ok). Bagi saya yang penting adalah doanya. Sangat menyedihkan kalau bila saya meninggal dunia nanti tak ada satupun anak-anak saya yang berdoa untuk saya. Janganlah memilih. Lelaki atau perempuan, itu semua rezeki. Bayangkan orang yang tiada anak, lagi sedihkan? Er...tapi yang lagi sedih ada orang dapat anak tapi buang-buang macam sampah. Apakah?

Haziq & Hadif

Meh tengok 2 orang anak bujang saya ni.

Ini yang sulung, Haziq Fahmi (nak masuk 5 tahun)


Ini yang nombor 2, Hadif Syahmi (2 tahun lebih)


Nampak apa-apa perbezaan?

Saya tak tahu nak komen apa. Tapi Hadif Syahmi memang lebih berdikari skit dari abangnya. Jangan haraplah nak buli dia.

Tuesday, April 13, 2010

Peserta Megahasz Giveaway #1/2010

Ini adalah senarai Peserta Megahasz Giveaway #1/2010. Senarai akan diupdate dari masa ke semasa. Kalau dah masuk, tapi nama tiada di sini mohon maklumkan pada saya. Nama saya akan masukkan sekali saja walaupun diberi melalu blog dan facebook.

BLOG
1) Nurul Aima - tsukinano@gmail.com
2) Hidayah - hyde_0810@yahoo.com
3) Nida - radinsah@gmail.com
4) Ammi Sara - sara07_amji@yahoo.com
5) Afne - noorafne@tsssb.com
6) Nigina - esmiera@yahoo.com
7) Ealyie - ealyie_14@yahoo.com
8) Rozy - Annarozy@yahoo.com
9) YanaNuar - mya_ariana@yahoo.com
10) Julia - fatin_akasyah@yahoo.com.my
11) Cik Wa - momluvyou@gmail.com
12) Anin - farhanin1984@gmail.com
13) Ira Kecik - ira_kecik@yahoo.com
14) Shila - ctnorshila85@gmail.com
15) Hana Seman - hanaseman@yahoo.com
16) Zai Kulim - zbintim@yahoo.com.my
17) Ayu Selalu - ayuayu101@yahoo.com
18) Sofiah - sofiahb@ymail.com
19) Usharapa - zalina50@yahoo.com
20) Rosilah - rosilahi@yahoo.com
21) Sarah - sarahghazali84@yahoo.com
22) Izan Cute - sarizancheamat@ymail.com
23) Segalanyer Kuterima - sakinahmohdghazali@yahoo.com
24) Ina Hasan - ina_hasan@yahoo.com
25) Ina Sepi - inasepi@ymail.com
26) Juniza - kjuniza@yahoo.com
27) Ogy - fauziahkamarudin@ymail.com
28) Syakila - noeill_11@yahoo.com.my
29) Taufidris - taufidris@yahoo.com
30) Lyana Rusli - lyanarusli@gmail.com
31) Rosnita Zulkifli - rosnita@tsssb.com
32) Nora - norazana78@gmail.com
33) Pertmuffin - snhawa@teac.com.my
34) AsmaWaty - asmawaty19@yahoo.co.uk
35) Ninarif - ninarif@yahoo.com
36) Mhafiz - bangbayan99@yahoo.com
37) Eirin - eirinambrose@gmail.com
38) Jude - jaymee4u2c@gmail.com
39) Maria - rieyanee_1125@yahoo.com

FACEBOOK
1) Normiza Zakaria - kakchik79@yahoo.com.my
2) Habibah Mohamed - habibahmohamed@yahoo.com.my
3) Nurshahida Zahari - nauzuha80@yahoo.com
4) Haslinda - hasurinde@gmail.com
5) Dura - zalira2428@yahoo.com
6) Aniza - anizadaud@yahoo.com
7) Ila - ila_ismail123@yahoo.com
8) Noor Aini - ainiash@yahoo.com
9) Nurul Aimi - lovelycutecrystal@gmail.com
10) Syuhada - syuhada@amdi.usm.edu.my
11) Najwa Mohd Adnan - adwawa3@yahoo.com
12) Noor Faizura - zura_hery@yahoo.com
13) Azlina Amil - eena_2012@yahoo.com
14) Lixa - justlixa@gmail.com
15) Jaja - jajagary@yahoo.com

10 Fakta Yang Anda Mungkin Tak Tahu

1) 8 is my lucky number.
> 18/10/78 - Tarikh lahir saya
> 04/08/76 - Tarikh lahir Huzein
> 18/12/04 - Tarikh saya dan Huzein disatukan
> 08/10/05 - Tarikh lahir Haziq Fahmi
> 20/02/08 - Tarikh lahir Hadif Syahmi
> 28/08/09 - Tarikh lahir Hana Alesya
..... dan nombor rumah saya adalah 81.

2) Sebelum berkahwin, panggilan saya kepada Huzein adalah 'PAKCIK' dan dia memanggil saya dengan panggilan 'MAKCIK'.

3) Hadiah pertama yang Huzein beri kepada saya adalah music box yang dia beli semasa outstation diUS.

4) Saya memang gila masuk contest (walaupun sekarang dah tak berapa aktif sebab busy). Hadiah yang pertama sekali saya dapat adalah compact powder jenama Maybelline.

5) Saya kadang-kadang jadi fobia dengan air sebab seumur hidup pernah lemas sebanyak 2 kali, masa umur 4 tahun dan 13 tahun.

6) Saya rasa saya dah tak pandai bawa kereta manual. Saya bukan pemandu yang cekap. Sekarang ni saya memandu kereta auto ke pejabat (ke pejabat saja ye, lain-lain tempat Huzein yang bawa).

7) Saya memang gila babywearing. Jumlah baby carrier yang saya ada adalah sebanyak 9 (3 pouch, 1 ring sling, 1 Mei-Tai with buckle (atau buckle-tai) & 4 SSC). Tupun berangan nak tambah lagi.

8) Bila saya tua nanti, Haziq Fahmi bakal jadi pendengar yang sedia (dia seorang yang sensitif dan memahami), Hadif Syahmi penghibur di kala duka (dia memang seorang yang lucu) dan Hana Alesya peneman ke mana-mana (shopping le apa lagi?)

9) Saya lebih rapat dengan arwah nenek (saya panggil tok) daripada emak saya sebab dari kecil saya tinggal dengan dia.

10) Saya minat dengan Amy Mastura. Bukan sebab dia pandai menyanyi atau lagu-lagunya tapi sebab dia cute dan peribadinya. Sampai sekarang saya masih minat dia lagi.


Gambar semasa gathering dengan fans Amy Mastura lama dulu. Cuba teka mana satu saya?

Monday, April 12, 2010

Hana Alesya: Selamat Disunatkan

Rasanya saya sudah terlambat. Yalah, Hana Alesya dah 7 bulan lebih, tapi saya baru terhegeh-hegeh nak sunatkan dia. Hm....itulah akibatnya tak ada pengalaman dan pengetahuan. Saya ada merujuk dengan mak dan orang-orang tua, jawapan yang diberi boleh sunatkan bila baby boleh bengkokkan kaki (melutut). Itu kata orang tua-tua. Ada juga kawan-kawan yang kata semasa dalam pantang lagi dah boleh sunatkan baby girl. Atas sebab-sebab yang saya kata tadi, tak ada pengalaman dan pengetahuan, saya lambat sunatkan Hana Alesya. Lepas tu asyik tertangguh-tangguh saja. Teruk betul ibu ni.

Mulanya plan nak sunatkan dengan bidan yang mengurut saya. Tapi bila fikir balik tentang kebersihan alatan yang digunakan, saya buat keputusan untuk sunatkan di klinik. Sunat dengan doktor saya rasa lebih selamat sebab peralatan yang digunakan lebih bersih.

Ini je gambar yang sempat diambil semasa proses bersunat. Saya ingatkan akan ada sesi meraung, melalak dan tendang-menendang. Rupa-rupanya Hana Alesya tenang saja dan masa yang diambil beberapa saat saja. Nak ambik gambar pun tak sempat. Dah selesai.


Alhamdulillah, mudah sangat prosesnya. Hana Alesya tak menangis. Sebenarnya saya yang melebih-lebih. Takut tak tentu pasal.

Balik rumah saya diberikan ini dan diminta untuk ditanam.



Di rumah Hana Alesya masih ok, cuma dia merengek-rengek sesekali. Saya rasa dia pedih bila buang air kecil. Masa tukar dypers dia, saya buangkan kapas ini. Ada sedikit darah.


Lepas dari tu, semuanya ok. Dia happy saja main-main dengan mainan abangnya. Yang saya tak suka, sibuk nak masukkan dalam mulut. Yang saya suka, semuanya dah selesai. Lega.


Sesi Menghabiskan Duit Abah

Lepas result Haziq Fahmi keluar dan keputusanya ok, Huzein ajak ke Jucso. Nak beri peluang Haziq main puas-puas dekat tempat mainan di situ. Sebelum ni ada juga Haziq minta nak main kat situ, memandangkan kena bayar selalunya kami mengelak. Bukan murah tau, walaupun RM5 tapi bagi saya dan Huzein tetap mahal. Dulu masa saya kecil, tempat mainan saya tak perlu pun kena bayar macam ni. Terjun bendang, main kat padang je...hehehehehe



Nama tempat tu BEEZKIDZ Zone. Bolehlah tempatnya. Kids Sport dekat Bangsar Village masa pergi show babywearing dulu lagi lawa bagi saya. Kalau seorang RM5, untuk Haziq & Hadif jadilah RM10. Nasib baik Hana Alesya tak terlibat sama.


(saya kendong Hana Alesya dalam Angelpack)
Mula-mula budak-budak ni excited sangat nak main kat sini. Tapi tiba-tiba angin apa entah melanda, Hadif menjerit takut dan nak keluar. Terpaksa Huzein masuk dan bawa dia keluar.


Pastu tiba-tiba pula, Haziq pun keluar dari tempat mainan tu dan bagitau dia pun takut jugak. Eh, apahal pulak ni? Mungkin sebab rasa bergoyang-goyang, Haziq & Hadif jadi takut. Muka orang yang kononnya ketakutan.



Tensen abahnya. Dah le bayar mahal-mahal, korang tak nak main pulak.


Malas nak fikir banyak, layan Hana Alesya lagi bagus.


Staf kat situ pun baik pula. Siap pujuk-pujuk Haziq & Hadif ajak main. Last-last main sampai lupa daratan, tak nak keluar.



Hana Alesya time tu pula merengek nak susu. Malas je nak cari tempat lain. Konon-konon nak pakai nursing cover, tapi dia macam tak selesa sebab tertutup. Nasib baik pakai baju menyusu, takla terselak banyak. Tapi sarung jugala nursing cover tu, boleh cover apa yang patut.


Habis minum, mengendeng dekat abah.


Cukup sejam, saya suruh Haziq & Hadif keluar. Tak kuasa nak tambah duit. Lagipun saya dan Hana Alesya boring tunggu lama. Bila keluar, nampak yang ni request nak main yang ni pula.



Huzein ikutkan saja. Camna duit tak habis?