Thursday, May 27, 2010

Selamat Bercuti


Esok Hari Wesak. Jadi semua orang bercuti selama 3 hari sehingga Ahad ini. Tapi saya bercuti sehingga hari Rabu ni. Nak balik kampung Ipoh dan pergi jalan-jalan. HAPPY HOLIDAY!

Kisah Anak-Anak

Saya ni sibuk memanjang. Rasa macam lama sangat tak update blog. Saya nak cerita sedikit tentang perkembangan anak-anak saya kebelakangan ni.

HAZIQ FAHMI


> Baru selesai exam. Harap-harap keputusan kali ni pun bagus juga macam exam sebelum ni.
> Bila berjalan di tempat sesak seperti pasar malam, saya nak pegang tangan dia. Tapi dia tak nak dan kata "Haziq dah besar". Kadang-kadang macam sedih juga, adakah sebab dia malu?
> Haziq kata "Ibu bila saya besar macam Isachi (betul ke? saya tak ingat sangat nama wataknya) saya nak jadi Ultraman Cosmos". Apa punya cita-cita ni?
> Saya rasa Haziq ni tak tabah hati sangat, terlebih manja. Lebih manja daripada Hadif.
> Sanggup tak nak main game sebab tak suka kalah. Boleh gitu?

HADIF SYAHMI


> Baru saja baik dari demam yang teruk, siap muntah-muntah sampai lembik lagi. Kesian dia. Dahla badan kurus kering, bertambah kering jadinya.
> Suka suruh saya menyanyikan dia lagu. Antara lagu kegemaran adalah lagu 'nenek-nenek', 'please plese please' dan 'twinkle twinkle little star'.
> Kalau nak itu, itulah. Tidak boleh tidak. Selagi tak dapat dia akan usaha dapatkan dengan apa cara sekalipun contohnya mengangis tak berhenti-henti.
> Suka sangat menggigit tak kira orang. Siapa tak pernah kena? Abah, Ibu, Haziq & Hana Alesya semua kena termasukla Tok dan kawan sepermainan dia Aleya.

HANA ALESYA


> Pun baru baik dari demam, tapi taklah seteruk Hadif.
> Sudah ada 2 batang gigi. Siaplah Ibu kena gigit.
> Kalau tak mahu sesuatu (contohnya makan ubat) dia akan geleng-geleng kepala.
> Dah pandai bye-bye!
> Kuat makan. Bagi je makan, tak pernah tolak.

Tuesday, May 18, 2010

Johnson Baby Workshop

Jonson Baby memang tiap-tiap tahun akan adakan massage workshop. Kalau tak silap, dah 2 tahun (2008 & 2009) diadakan pada bulan Ogos. Tapi kali ni diadakan lebih awal. Kalau nak turut serta boleh tengok jadual workshop yang diadakan berdekatan dengan tempat anda.


Bayaran yang dikenakan hanyalah RM20.00 (per couple) dan boleh dapat JOHNSON’S® baby starter kit. Hubungi 1-300-88-0566 atau email nama dan nombor telefon ke johnsonsbabytouch@bridgespr.com.my. Untuk maklumat lanjut boleh KLIK DI SINI.


KLIK DI SINI untuk mendapatkan tips dan teknik mengurut baby dengan penuh kasih sayang. Jom kita cuba.

Breastfeeding Support Group Meeting


> Adakah anda seorang ibu atau bakal ibu?
> Ingin mengetahui dan berkongsi pengalaman mengenai penyusuan susu ibu?
> Adakah susu saya mencukupi?
> Bagaimana saya boleh meneruskan penyusuan setelah kembali bekerja?
> Bolehkah saya boleh menyusukan bayi saya yang pramatang?

Pelbagai persoalan ada difikiran. Jom leraikannya. Anda semua dijemput untuk menghadiri Breastfeeding Support Group Meeting: Northen Region (Pulau Pinang,Perak,Kedah & Perlis)

TARIKH: 5 JUN 2010
TEMPAT: UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
MASA: 9.00 PAGI


Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi Izzah di izzahazfar@gmail.com atau telefon019-4142469. Jumpa di sana.

Monday, May 17, 2010

Good Luck Haziq Fahmi

Hari ni Haziq Fahmi ada exam dekat Tadika dia. Seperti biasa yang menjadi teacher dekat rumah adalah Huzein. Bermulalah minggu yang stress, bukan untuk Haziq tapi untuk Huzein. Saya bab-bab mengajar ni memang tak pandai. Jadi, tugas tu diserahkan kepada Huzein.



Sambil mengajar Haziq tolong mengasuh Hana Alesya sekali. Si kecik ni pun sibuk nak baca buku juga.



Harapnya Haziq dapat buat exam kali ni dengan mudah berkat hasil usaha abahnya mengajar. Ibu cuma mampu berdoa. Amin.

Thursday, May 13, 2010

NAK MENANG PHOTOBOOK?

Nak menang Photobook? Sila KLIK DI SINI


KedaiGambarKami menganjurkan contest "Be KedaiGambarKami Top Referrer". Dengan syarat yang begitu mudah (KLIK DI SINI untuk tengok syarat contest), anda bakal memenangi sebuah photobook SoftCover 20 laminated pages ,bersaiz 8 x 6 inci,with Hard Protective Sleeve box!


Best tak? Apa tunggu lagi? Jom terjah ke KedaiGambarKami.

Tuesday, May 11, 2010

Hari Ibu Tahun Ini

Nama saja Hari Ibu, tapi hari itu takkan berubah apa-apa. Jangan berangan si suami akan bangun awal menyediakan sarapan, menyiapkan anak-anak dan segala macam lagi kerja yang biasa dibuat.

Hari itu, semuanya macam biasa. Mandikan anak, pergi Klinik untuk check-up Hana Alesya, memasak, suapkan anak makan. Tengaharinya jemput Haziq balik dari Tadika. Dia ada buat kad untuk Hari Ibu. Lupa pula nak ambil gambar.

Petangnya Huzein ajak makan diluar. Anak-anak ni masa Ibu suruh tidur, tak layan. Masuk saja dalam kereta, semuanya terbongkang.




Huzein malas nak makan Western Food. Jadi, kami ke Kedai Kak Wan. Order ikan masak stim. Sedap tau. Anak-anak pun boleh makan sebab tak pedas.


Sekarang ni seronok sikit nak makan di luar sebab Hana Alesya dah boleh duduk sendiri. Jadi, boleh letak dia dalam baby chair. Tak perlu pangku dia lagi.


Habis makan kami pergi main bowling. Huzein yang cadangkan. Rasanya dia yang nak main sangat, bukan saya. Gian main lepas main hari tu di Ipoh.


Bapa mithali yang sibuk pakaikan anak-anak stokin. Saya? Ibu mithali yang sibuk mengendong anak. Saya kendong Hana Alesya pakai Mei-Tai dari Apootaern. Lawakan?


Tapi sayang, bukan saya punya. Saya cuma jadi tukang test saja. Insyallah, saya akan ada Mei-Tai sendiri nanti.

Anak-anak seronok sangat main bowling. Huzein layankan saja. Masuk longkang pun Haziq dan Hadif melompat happy.



Sebelum balik, saya dan Huzein ambil gambar bersama anak-anak. Seperti biasa, gambar tak pernah perfect.

Huzein dan anak-anak.
Percubaan, kali pertama.....


Percubaan, kali kedua.....


Saya dan anak-anak.
Percubaan kali pertama.....


Percubaan kali kedua.....


Susah betul nak dapat gambar perfect. Tak kisahlah janji kami semua happy!

Friday, May 7, 2010

Ring Sling Baru Saya

Menyampah saja orang baca tajuk kat atas. Tak habis-habis membeli baby sling baru. Jangan marah ha.


Yang penting Hana Alesya happy. Saya pun suke! Cutekan? Hana Alesya memang cute, er... Ring Sling baru saya pun cute jugak!

Mother's Day: Saya Nak Itu!


Mother's day tahun ni jatuh pada 9 Mei 2010, hari Ahad ni. Jadi saya nak ucapkan pada kawan-kawan semua HAPPY MOTHER'S DAY. Dapat hadiah apa ye tahun ni? Tahun ni merupakan tahun ke 5 saya celebrate Mother's Day.

Pagi-pagi tadi saya terpandang sesuatu yang menarik sangat dalam forum Malaysian Babywearers. Apakah itu?


Gambar kredit to Darfia.
Nyeh..nyeh...nyeh... Shrek pun babywearing tau. Boleh dapatkan di McDonalds dengan pembelian Happy Meal. Saya pun nak juga. Terus SMS pada En. Huzein yang sekarang berada di KL sebab hantar Abah nak pergi Umrah. Dia pergi dengan Haziq. Tinggal saya dengan Hadif dan Hana Alesya.


Tak dapat hadiah mahal-mahal, dapat ini pun jadilah.

Mari Kita Tengok Siapa Yang Kena?

Mesti ada yang tertunggu-tunggu keputusan Megahasz Giveaway #1/2010. Saya minta maaf banyak-banyak sebab lambat umumkan pemenangnya. Sibuk dengan kerja. Sebelum tengok siapa yang menang, jom kita tengok skit gambar semasa proses pemilihan pemenang.

Pemenang dipilih oleh Haziq dan Hadif. Hana Alesya sebagai pemerhati saja, sebab tak pandai lagi. Silap-silap kertas masuk mulut. Saya senaraikan semua nama peserta, gunting kertas dan gulungkan. Saya masukkan dalam bekas dan minta Haziq dan Hadif cabutkan.



Pilih jangan tak pilih.....


Dan dengan ini saya umumkan nama-nama mereka yang bertuah itu adalah:-

1) Garnier Whitening Hydating UV Lotion


2) Carrie Junior Baby Oil

3) Kotex Luxe Ultrathins limited edition


4) 5 pemenang Buku Penyusuan Susu Ibu dari Perspektif Islam






Pemenang harap dapat emelkan alamat dan nombor telefon kepada saya untuk urusan penghantaran hadiah di megahasz@yahoo.com.

Pada yang tidak menang jangan sedih. Ada rezeki saya akan buat giveaway/contest lagi.

Wednesday, May 5, 2010

Mari Belajar Solat

Kalau tanya Hadif Syahmi, bila besar nanti nak jadi apa? Dia jawab nak jadi Ustaz. Kalau betullah jadi Ustaz bila besar nanti, seronoknya saya.

Kalau Hadif nak jadi Ustaz, kena rajin solat. Huzein mengajar Hadif cara-cara bersolat. Beria dia ikut.


Berdiri tegak


Rukuk


Sujud


Lepas habis solat, berdoa

Doa kena doa yang baik-baik. Jangan asyik nak doa supaya Ibu & Abah sentiasa belikan mainan baru untuk Hadif saja.

Mesti ada yang bertanya kenapa Haziq Fahmi tak ikut sama belajar? Masa ni dia tengah merajuk. Merajuk benda kecil je, pasal susunan tikar sejadah.



Melalak tak ingat dunia. Tak pasal-pasal jiran semua ingat Abah & Ibu mendera anak. Padahal sentuh pun tidak.

Liza's Traveling Belgian Linen Ringsling

Ok Liza's Traveling Belgian Linen Ringsling berakhir sudah. Kelmarin saya dah post Ring Sling ni kepada Izahaz @ Salizah.

Minggu lepas saya balik Ipoh. Saya bawa Ring Sling ni ke Ipoh Parade sebab saya sekeluarga bersama keluarga yang lain pergi main bowling. Lama sangat tunggu lane kosong Hana Alesya sampai tertidur. Tapi si kecik ni asal masuk baby sling saja mesti tidur, asal tidur saja masuk baby sling...hehehehehe


Anak-anak sibuk di belakang Ibu & Umi (biras saya Nora) sibuk bergambar. Nora kendong Uwais pakai Hotsling yang lawa kaler merah menyala lagi.


Paling best masa saya ke Tesco Extra Ipoh saya berjumpa Liza Snuggbaby. Tak percayakah? Nasib baik Liza ambil gambar.


Terujakan? Rasa macam mimpi saja.

Hm... sekarang saya teringat-ingat pula Ring Sling ni. Rindu? Yalah 2 minggu bersama, sekarang terpaksa berpisah. Mungkinkah saya akan beli Snuggbaby Ring Sling? Lambat lagi boleh beli, kena tunggu Julai nanti.

Tapi, saya baru saja beli Ring Sling (Gisarol Fresh Grapes) dengan Shida. Opps, terbocor rahsia. Jangan marah ye En. Huzein. Meh tengok skit, lawa tak?


Gambar diambil dari facebook JumpSacbaby