Wednesday, June 23, 2010

Baju Cute


1st time tengok baju ni terus suka dan beli. Itulah padahnya bila rajin shopping online. Asal suka je beli. Terus dapat surat warning dari En. Huzein.

Tapi baju ni memang cute! Bila Hana Alesya pakai dan saya mengendong dia, memang cute sangat.

Nak juga? Belila DI SINI. Cepat-cepat tau, nanti kehabisan.

Celebrate Father's Day Di Penang (Part 2)

Hari kedua di Penang, lepas breakfast acara mandi kolam lagi. Anak-anak memang tak puas mandi kolam. Kalau boleh seharian nak berendam.

Lepas check-out, kami semua ke Toys Museum. Tempat yang sangat best bagi budak-budak dan juga bapa budak. Macam-macam karakter kartun ada di sini. Bayaran untuk masuk ke sini adalah RM10 untuk dewasa dan untuk kanak-kanak RM6 (bergantung pada ketinggian). Haziq dan Hadif (termasuk abahnya juga) terpegun tengok segala macam 'man' kat sini. Tapi bukan semua yang best. Sebab ada juga karakter yang menakutkan. Seram tau!




Ini yang Haziq suka, Spiderman.


Hana Alesya menunjukkan muka boring. Maybe sebab tak pandai lagi nak minat kartun-kartun ni. Ataupun maybe sebab dia mengantuk sebab masa tu adalah masa tidurnya.


Terjumpa dengan Boo yang sungguh cute, macam Hana Alesya. Mata bulat!



Akhirnya Hana Alesya tertidur.


Seronok tengok anak-anak happy. Teruja bila tengok karakter kartun yang mereka kenal sibuk bercerita antara satu sama lain.



Last sebelum keluar, saya terjumpa babywearing doll. Ok, giliran saya pula nak teruja!



Penat meronda di Toys Museum, kami semua ke Queensbay Mall. Belanja anak-anak makan ais krim dan beli hadiah jam untuk Huzein sempena Father's Day. Gambarnya tak sempat nak ambil sebab sibuk mengejar anak-anak masa Huzein memilih jam.



Syoknya dapat hadiah Father's Day. Hadiah Mother's Day saya tak siap-siap lagi. Takpe, saya masih setia dan sabar menanti.

Monday, June 21, 2010

Celebrate Father's Day Di Penang (Part 1)

Happy tau hari Sabtu tu dapat jumpa Haziq Fahmi. Terkejut tengok anak sulungku ini. Seminggu duduk rumah Opah badan terus berisi. Mesti hari-hari Opah masak sedap.


Terus kami sekeluarga bertolak ke Penang. Saya dan Huzein saja nak bawa anak jalan-jalan. Percutian hari tu terpaksa dibatalkan bila Haziq masuk hospital. Jadi, kali ni kami ambil keputusan ke Penang saja. Naik feri lagi.



Hadif tertidur masa kami semua dalam feri. Jadi, tinggal Haziq dan Hana Alesya berposing-posing.


Sampai di hotel, tengok permandangannya cantik sungguh! Tapi hotelnya, malas nak cerita. Biasa-biasa saja.


Haziq dan Hadif sibuk nak mandi kolam. Terus tukar baju dan buat senaman dulu di atas katil. Lompat tak ingat dunia. Hana Alesya tengok, dia pun rasa macam nak join sama.



Ok, sebelum katil runtuh dan abah terpaksa bayar extra charge, silalah turun pergi ke kolam mandi.


Saya malas nak turun dalam kolam. Jadi tukang ambil gambar saja. Huzein melayan anak-anak mandi. Jangan tak percaya, Hana Alesya pun turut serta. Mula-mula saya pegang saja dia, tapi dia excited sambil menjerit-jerit tengok Haziq dan Hadif mandi. Saya beri Hana Alesya pada Huzein. Syok betul dia main air. Lansung tak takut.



Malamnya kami join acara makan durian di hotel. Sedap tak boleh nak cakap. Tapi, saya tak dapat makan banyak, sebab masih kenyang.



Haziq dan Hadif jamah sikit saja. Mungkin sebab kenyang makan di bilik.


Hana Alesya tengok saya makan sibuk nak juga.


Saya bagi dia rasa sikit. Dia suka!


Lepas acara makan durian, kami bergerak ke pasar malam Batu Feringgi. Cuti sekolah, ramai sungguh orang. Saya kendong Hana Alesya dengan Snuggbaby SSC.


Tak banyak yang kami borong. Saja suka nak jalan-jalan saja. Untuk anak-anak saya beli pensel di gerai ni. Comel-comel penselnya.


Ada juga bubur kacang dan lai chee kang di jual di sini.


Balik hotel semua terbongkang tidur keletihan.

Senarai Peserta Megahasz Giveaway


Ini adalah senarai peserta yang menyertai Vemma: Megahasz Giveaway #2/2010. Good luck pada semua.

BLOG
1) syakila - noeill_11@yahoo.com.my
2) ayuarjuna - ayuarjuna@gmail.com
3) zaikulim(zainab) - zbintim@yahoo.com.my
4) anin - farhanin1984@gmail.com
5) rosilah - rosilahi@yahoo.com
6) cicakgirls - cahaya.nor@gmail.com
7) anje a.k.a mama balqis - damia_nurin@yahoo.com
8) izancute(sarizan) - sarizancheamat@ymail.com
9) fauziah - fauziahkamarudin@ymail.com
10) rohayu - ayuayu101@yahoo.com
11) sarah - sarahghazali84@yahoo.com
12) juniza - kjuniza@yahoo.com
13) nida - radinsah@gmail.com
14) YanaNuar - mya_ariana@yahoo.com
15) sue - su2609@yahoo.com
16) Kak Yong - kakyong72@gmail.com
17) masturah - mas2rah_yaya25@yahoo.com
18) mummyalesya - budakbaling@yahoo.com
19) Arol DSHW - adikhensem44@yahoo.com.my
20) Nil - flerida_haliza@yahoo.com
21) Sue - suzz80@gmail.com
22) Nurhayati - yatie_pkn@yahoo.com
23) Asya - lya_afrina@yahoo.com
24) Sarazaqea - sarazaqea@gmail.com
25) Bunga - mirza23@gmail.com
26) Norizan (MamaLyna) - ejan8113@yahoo.com
27) Amira - mummymer@gmail.com
28) ummuabdullahsyaakir - kolekacanghijau2@gmail.com
29) Aishah - zwjhmegat@gmail.com
30) PiNk - fifaemi@yahoo.com

FACEBOOK
1) normiza - kakchik79@yahoo.com.my
2) suhana - suhanasulaiman@amdi.usm.edu.my
3) Arifah Fahira - arifahira@gmail.com

Friday, June 18, 2010

Happy Father's Day


Tak sabar tunggu hari Sabtu. Seronok sebab hari Sabtu Haziq Fahmi akan balik dan kami sekeluarga akan pergi bergembira untuk celebrate Father's Day pada hari Ahad.

Happy Father's day buat En. Huzein, bapa mertua saya, Haji Hawari, semua ayah dan bakal ayah.

p/s: Alfatihah untuk arwah abah saya, Ahmad bin Hashim.

Anak Dara Saya

Thursday, June 17, 2010

HUGGIES® Playtime Is Back!


Seronok betul bila jenguk-jenguk website Huggies tengok redemption program Huggies ada balik. Redemption sebelum ni dapat redeem Huggies Play Mat saja sebab yang lainnya dah habis stok. Kali ni memandangkan saki-baki point memang ada banyak, saya nak redeem habis-habisan. Mesti anak-anak seronok dapat mainan baru. Tengok banyak tak point saya?


Nak redeem, boleh dapatkan borang di kedai/supermarket ataupun boleh redeem online. KLIK DI SINI. Selamat mengumpul point!

Wednesday, June 16, 2010

Ibu Rindukan Haziq Fahmi

Sekarang Haziq ada di rumah Atuk dan Opah di Ipoh. Semalam Ibu telefon, Haziq macam happy tinggal di sana. Ibu seronok dengar suara Haziq yang happy. Tapi dalam masa yang sama Ibu sedih juga sebab rasa lama sangat berpisah dengan Haziq. Tak pernah Ibu berpisah lama-lama dengan Haziq tau.


Ini gambar Haziq masa di hospital. Masa ni Haziq dah ok lepas masuk air dalam badan. Ibu seronok tengok Haziq dah sihat seperti sedia kala. Lepas keluar dari hospital, selera makan Haziq bertambah-tambah. Elokla tu sebab Haziq nampak cengkung sangat. Duduk di kampung mesti Haziq makan banyak. Opah rajin masak yang sedap-sedap.

Duduk dekat kampung jangan lupa tengok buku juga. Ibu tak mahu nanti buka sekolah balik, semua dah lupa. Banyakkan kita beli buku hari tu masa Popular buat sales. Jalan lupa ok!


Hari Jumaat ni Abah akan ambil Haziq. Tak sabar nak jumpa Haziq balik. Abah kata nak bawa kita semua pergi jalan-jalan. Ibu dah book hotel. Haziq boleh mandi kolam. Haziqkan suka mandi kolam.


Nanti Haziq boleh main dekat pantai dengan Hadif. Hadif hari-hari tanya, "Mana abang Haziq?". Kesian pula Ibu dekat Hadif sebab dia tak ada kawan bermain. Kalau tidak, tiap-tiap hari dia main bola dengan Haziq.


Ibu rasa macam lambat sangat hari Sabtu. Dah tak sabar nak jumpa Haziq. Haziq, cepatlah balik, Ibu rindu!

TMC Mama & Papa Day

Huh...entry basi sebab busy.

4 Jun 2010 lepas tadika Haziq Fahmi buat Mama & Papa Day. Buat malam sebab ada BBQ. Best tau!


Anak-anak Tadika Minda Cerdas (TMC) yang hadir pada malam tu. Haziq dan kawan-kawannya. Ee..Haziq nampak kurus dan cengkung. Kesan dari sakit dan masuk hospital hari tu.


Ini gambar pasukan merah dengan semua mama & papa yang hadir. Tengok saya tak bersedia, tapi gambarnya dah snap. Itulah sibuk memberi arahan dekat Haziq.


Aktiviti malam tu bakar, bakar, bakar dan bakar. Tapi bukan saya yang bakar. Semua abah, ayah, daddy, papa dan sewaktu dengannya yang bakar. Saya dan mama semua tukang makan saja. Bestla.....


Saya gigih kendong Hana Alesya dalam Ring Sling. Ingatkan dia nak tidur. Dekat waktu nak balik baru dia tertidur. Seronok tengok orang ramai.


Balik rumah semua terbongkang kekenyangan dan kepenatan. Saya rasa, saya semakin gemuk.