Thursday, August 26, 2010

Wrap Conversion To Sling Bag

Ingat lagi entry saya pasal Wrap Conversion To Ring Sling? Kain lebihnya saya minta Liza Snuggbaby buatkan saya beg.

Tada... tengok hasilnya. Cantikkan?


Teruja bila dapat beg ni. Ini action picture dari model yang tak semengah.


Rasa tak rugi beli kain wrap ni. Ring Sling dapat, Sling Bag pun saya dapat. Seronok sangat!

Lukisan Buruk

Saya lukis ini untuk masuk contest. Berhasrat nak dapatkan voucher Nando's. Tapi rasa macam tak boleh memang sebab lukisannya buruk benar. Tapi, mana taukan, kalau ada rezeki, dapatlah makan Nando's free.

Tuesday, August 17, 2010

Megahasz Giveaway #3/2010

GIVEAWAY TELAH DITUTUP

Siapa nak menang buku Wardina: Mama Saya Lapar sila angkat tangan?


Jom join Megahasz Giveaway #3/2010.



Syarat-syaratnya:-

1) Buat entry mengenai giveaway ini dengan tajuk Megahasz Giveaway #3/2010 dan jangan lupa masukkan logo giveaway. Tak perlu tulis panjang-panjang. Cuma tulis:-

Saya nak menang buku Wardina: Mama Saya Lapar di http://megahasz.blogspot.com


2) Copy logo giveaway di sidebar blog anda dan link balik ke blog saya.
3) Tinggalkan komen di sini berserta link entry dan e-mel.

Hadiah adalah untuk seorang pemenang merupakan buku Mama Saya Lapar hasil karya Wardina. Pemenang dipilih secara cabutan. Tarikh tutup giveaway ini adalah pada 31 Ogos 2010.

Selamat mencuba!

Monday, August 16, 2010

Musim Buah

Sebelum Ramadhan hari tu kami sekeluarga balik ke kampung. Sekarangkan musim buah-buahan, pulun habisla makan durian dan rambutan.


Rambutan di depan rumah pun dah masak. Apa lagi, dengan gigihnya kami beramai-ramai memetik rambutan. Seronok tengok gelagat anak-anak. Semua kena kerahan tenaga.




Bertambah meriah bila Pakcu, Makcu, Achik dan Makcik datang berkunjung. Makan laksa di samping makan buah-buahan, tersangatlah sedap.

Hana Alesya bersama Pakcu.


Esoknya pula, bila anak saudaraku Imaan datang, lagilah meriah Haziq dan Hadif menolong Atuk memetik rambutan. Tapi, rasanya banyak main dari menolong budak-budak ni.





Hana Alesya tengok saja dari jauh gelagat abang-abang. Tahun depan mesti nak join sama ni.

Thursday, August 12, 2010

Sebelum Ramadhan

Sebelum Ramadhan hari tu, Huzien ajak saya dan anak-anak keluar berjalan. Kalau setakat pergi Giant atau Tesco atau Carrefour tidak dikira berjalan-jalan ya. Itu memang aktiviti wajib untuk beli keperluan rumah. Jadi, kami ke Sunway Carnival. Nama pun jalan-jalan. Jadi, pergi jalan-jalan saja tanpa aktiviti membeli-belah.

Biasanya bila keluar berjalan, Huzein akan memimpin tangan Hadif dan saya mengendong Hana Alesya. Haziq lepas bebas, cuma saya akan pegang tangannya bila melintas jalan atau waktu-waktu yang tertentu. Walaupun lepas bebas, tapi mata masih tak lekang daripada pandang anak. Bukan apa, takut dia buat perkara-perkara yang merbahaya.



Jalan punya jalan terjumpa tempat mainan. Beri peluang Haziq dan Hadif naik kereta mainan. Saya suruh mereka naik kereta sebab boleh share naik.


Iklan kejap. Nak tayang baju anak-anak yang saya beli dari SINI. Sengaja saya beli untuk bagi sedondon dengan baju abahnya.


Atas permintaan Haziq, kami semua makan di Manhattan Fish Market. Tengok Hana Alesya, sibuk nak korek logo tu dari kerusi.


Tengok anak-anak berselera makan, rasa tak rugi bawa mereka makan di sini. Makanan pun tak pedas, bagi saya sangat sesuailah bawa budak-budak makan di sini.




Meh tengok apa yang kami order.




Wah, nampak sedapkan? Bulan puasa ni macam tak sesuai je buat entry pasal makan-makan. Kalau terliur buka puasa hari ni silalah jengah ke Manhattan Fish Market yang berdekatan. Selamat menjamu selera!

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Datang Lagi


Saya dan keluarga mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa pada semua. Semoga Ramadhan kali ni lebih bermakna.

Harapnya saya masih dapat menyusukan Hana Alesya disamping menunaikan ibadah ini.

Monday, August 9, 2010

Wrap Conversion To Ring Sling

Ingat lagi kain Wrap yang saya beli untuk dijadikan Ring Sling? Ini kainnya sebelum jadi Ring Sling.


Dan hasilnya selepas jadi Ring Sling sangatlah cantik!


Saya minta Liza dari Snuggbaby juga untuk buatkan Ring Sling ini untuk saya. Lebihan kain, Liza akan buatkan beg. Saya minta dia buatkan beg yang boleh di pakai untuk jalan-jalan. Kalau buat beg untuk Ring Sling rasa macam rugi pula sebab fabriknya sangat lawa. Tapi, begnya belum siap lagi.

Dan ini action pictures dari saya dan Hana Alesya. Sehingga sekarang saya masih belum berkesempatan pakai Ring Sling ni keluar berjalan-jalan lagi.



Happy Birthday Abang!

Minggu lepas, kami sekeluarga celebrate birthday Huzein. Malam sebelum tu kami buat sambutan kecil-kecilan di rumah. Cuma order makanan dari Pizza Hut. Saja nak bagi anak-anak happy. Kami sekeluarga berkelah di rumah.



Esoknya kami ke Seoul Garden di Auto City, Juru.


Memandangkan hari tersebut hari bekerja, jadi tak ramailah. Bolehlah menikmati makanan sepuas-puasnya dengan tenang.


Makan di sini adalah secara buffet. Caranya pilih saja apa yang kita nak makan dan masak sendiri di meja makan. Memang best sebab dapat makan panas-panas. Makanan boleh pilih nak di masak secara barbeque atau steamboat (4 jenis sup tapi saya cuma ingat 2 jenis saja iaitu tomyam dan abalon).


Tengok, betapa banyaknya pilihan. Boleh makan sepuas-puasnya dan lepas tu badan pun naik macam dipam-pam!




Yang tak bestnya kat sini, makanan dihidangkan dalam pinggan plastik. Sungguh tak lawa, tapi mudah untuk kanak-kanak sebab tak mudah pecah.



Lepas makan ada bermacam-macam jenis pencuci mulut. Yang paling best ada ais krim, banyak pulak tu. 2 round saya makan.


Last sekali, bergambar dengan birthday boy. Kan saya dah cakap, makan dekat sini boleh menyebabkan gemuk. Tengok gambar terus merasakan diri sangat berisi hehehehe....


"Happy Birthday untuk suami tersayang Huzein Fahmi. Aishah doakan yang terbaik dalam segala hal untuk Abang"

Oh, tahun ini hadiah saya tiada yang istimewa. Saya cuma berikan Huzein 10 keping voucher spa yang boleh digunakan bila-bila masa. Harap dia enjoy!

Melkaj, Hanya Tinggal Kenangan?

Ini adalah hadiah daripada suami saya, Melkaj Mei-Tai.





Cantikkan?

Saya mula berkenan dengan Mei Tai ini lepas tengok kawan-kawan di Forum MBW membelinya. Tapi dari 1 Julai 2010 selepas Mei Tai ini diposkan kepada saya dari Poland, sehinggalah sekarang tak sampai-sampai lagi. Gundah gulana tau hati ni. Mungkinkah ia akan sampai juga, ataupun hanya tinggal kenangan saja?

Saya ditawarkan duit dikembalikan ataupun dapat Mei Tai lain sebagai ganti. Tapi, hati masih tak happy sebab gantinya mesti tak sebest Mei Tai yang patut saya dapat ni. Sedihkan? Sob....sob.....

Kalau ada rezeki, Mei Tai ini akan sampai juga ke tangan saya. Kalau tidak, adalah Mei Tai lain sebagai ganti. Tunggu sajalah......

Friday, August 6, 2010

Ultraman Cosmos

Tengok budak-budak ni asyik betul. Hana Alesya yang tak reti apa-apa pun join sekali menonton dengan abang-abangnya.


Nak tahu tengok cerita apa? Ultraman la apa lagi, Ultraman Cosmos.


Cerita Ultraman Cosmos telah menjadi antara cerita yang wajib ditonton setiap hari. Kalau tak tengok di TV, budak-budak ni suruh Huzein buka di internet. Aduh, pening Ibu! Tengok tu takpe, yang peningnya lepas tengok cerita tu adalah aksi-aksi Cosmos yang akan dibuat.

Hana Alesya yang girl pun terlibat juga. Teringat dulu bila Opahnya kata, "Tak ada ke anak patung bagi Alesya main. Ni main mainan abang, pistol, Ultraman. Kesian dia"

Alahai mak, bukan tak nak kasi Hana Alesya main. Patung Barbie ada 3 ketul kat rumah tu dapat hadiah dari masuk contest. Tapi, kalau bagi dia main sure patah kepala ataupun tercabut tangan hasil kerja Ultraman Cosmos Haziq dan Hadif. Tunggu Hana Alesya besar skit dan pandai jaga barang sendiri ya mak!