Monday, September 27, 2010

Nasi Kandar Line Clear

Ikut perancangan minggu lepas kami sekeluarga nak balik ke Ipoh. Tapi, tak jadi sebab mertua dan adik ipar datang ke rumah. Kami jalan-jalan ke Penang dan singgah makan di Nasi Kandar Line Clear.



Punyalah ramai orang beratur nak makan.



Kalau tengok dari depan, nampak macam sempit sangat kedainya. Tapi, kalau dah masuk dalam taklah sesempit mana. Bolehla muat dalam 30 orang dalam satu-satu masa.




Nasi Kandar Line Clear ni memang famous di Pulau Pinang. Siap ada sudut khas untuk tayang gambar-gambar artis yang pernah datang makan dekat sini.


Kami sekeluarga makan nasi beriani. Sedap tak? Tengok gambar pun boleh tau!


Tapi saya lagi suka makan di Hameediyah. Lagi sedap dari Nasi Kandar Line Clear.

Jom tengok muka-muka yang kekenyangan selepas makan sedap.

Monday, September 20, 2010

Wedding Wedding Shopping

Musim raya ni ramai juga yang buat kenduri kahwin. 18 September 2010 ada 3 kenduri tapi saya hanya dapat hadir 2 kenduri sahaja.

Mulanya saya ke kenduri kawan sepejabat Faisal di Permatang Pauh. Ada dewan/surau bersebelahan dengan rumahnya. Dengan tentera berderet, saya dan Huzein ambil keputusan makan dalam dewan. Lebih mudah nak handle anak-anak.



Bila pengantin sampai, baru saya pergi ke rumah Faisal.


Anak-anak seronok tengok pasukan kompang menyanyi untuk pengantin. Asyik betul sampai nak ajak balik pun tak nak.


Saya mengendong Hana Alesya dalam Jumpsacbaby Ring Sling - Bali.


Seterusnya saya ke kenduri kawan pejabat saya juga, Famie & Izni di Penang.


Kenduri dibuat di dewan. Saya makan ala kadar sahaja sebab masih kenyang lagi. Lagipun sibuk mengejar Hadif Syahmi yang sibuk berlari ke sana kemari. Sempat juga saya bergambar dengan pengantin.


Gambar saya dan anak-anak yang aktif dan tak reti duduk diam. Huru-hara dibuatnya.


Keluar dari dewan, ada taman permainan di luar. Haziq dan Hadif sibuk nak main. Kesian Hana Alesya dapat tengok dari jauh saja. Lagi kesian bila tengok pipi dia lebam sebab jatuh terkena meja sebelum ni nampak jelas.


Kami singgah di Queensbay Mall. FOS ada sales sehingga 3 Oktober ini. Murah-murah betul.


Huzein sibuk memborong. Saya sibuk mengejar anak-anak sambil mengendong Hana Alesya dalam Mei Tai. Pergh... memang penat!

Ini Melkaj Mei Tai saya. Baru sekali ambil gambar bateri kamera habis. Sedih betul sebab saya tak gambar dengan Melkaj ni yang elok. Isk....

Label


Mungkin ramai yang tidak tahu, sekarang ni botol dan puting susu yang dijual di pasaran perlu dilekatkan dengan label seperti ini. Saya pun baru perasan.

Rasanya sekarang semua syarikat pengeluar botol dan puting susu wajib letakkan label seperti ini di barang keluaran mereka.

Saya tak rasa label ini akan menggalakkan lebih ramai lagi ibu-ibu menyusukan baby mereka sebab kesedaran bermula dari ibu tu sendiri. Tapi sekurang-kurangnya ini salah satu usaha yang boleh dibuat selain mewajibkan semua syarikat pengeluar susu meletakkan ayat 'susu ibu adalah yang terbaik' di tin/pek susu keluaran mereka.

Label ini juga adalah sebagai ingatan bagi ibu-ibu supaya jangan introduce awal sangat botol/puting susu pada baby mereka sebab takut keliru puting.

Corat-Coret Raya 2010

1) Ini adalah gambar yang diambil pada awal pagi raya. Haziq Fahmi dan Hadif Syahmi tidur terbongkang. Letih main bunga api pada malam menjelang raya.


2) Gambar raya yang paling mahal tahun ini adalah gambar aksi bersalaman antara saya dan Huzein. Gambar diambil oleh Haziq Fahmi.


3) Saya sibuk nak bagi anak dara saya Hana Alesya melawa. Siap bagi pakai klip rambut, cekak dan topi. Boleh pakai sekejap saja, lepas tu sibuk nak buka.



4) Tudung raya saya pada tahun ini ditaja oleh Ariani.


5) Baby sling raya saya ditaja oleh Melkaj, Jumpsacbaby & Snuggbaby.


Tapi, action picture ada satu saja. Itupun kelabu asap.


6) Walaupun hari raya, budak-budak tetap budak-budak. Sibuk main tak kira masa.


7) Mak saya buat mee kuah pada hari raya pertama. Memang sedap. Hana Alesya pun suka mee!


8) Selain mee, Hana Alesya juga suka makan duit raya.


9) Acara main bunga api memang aktiviti wajib saya dan family di Ipoh. Kasi gempar satu taman.


10) Selain hari raya, kami juga celebrate birthday Hana Alesya bersama dengan anak saudara saya Imaan.


Gambar Raya 2010

Saya nak tayang gambar raya saya pada tahun 2010. Hari raya pertama saya beraya di Penang bersama dengan mak saya. Tahun ini merupakan tahun kedua saya beraya tanpa abah saya.


Hari raya kedua, saya dan family pulang ke Ipoh untuk beraya dengan mak dan bapa mertua.


Ok, ini gambar raya tahun ini dengan pelbagai aksi dari saya sekeluarga. Susah betul nak dapatkan gambar yang perfect.




Tuesday, September 7, 2010

SELAMAT HARI RAYA


Saya dan keluarga dikesempatan ini mengucapkan SELAMAT HARI RAYA pada semua. Mohon ampun dan maaf sekiranya terkasar bahasa ataupun ada apa-apa yang mengguris hati.

Tahun ini, saya akan beraya di Pulau Pinang. Hari raya kedua baru beraya di Ipoh, kampung Huzein. Kalau nak rasa kuih yang saya beli...hahahaha ataupun nak duit raya, silalah datang berkunjung ke rumah.

Monday, September 6, 2010

Gambar Raya

Dah jadi tradisi pula bila tiba Hari Raya, baju Raya mesti nak sedondon satu keluarga. Meh tengok baju raya saya sekeluarga tahun-tahun yang lepas.

Tahun 2006, warna biru menjadi pilihan. Masa ni baru ada Haziq Fahmi. Anak saudara saya Imaan pun baru je berumur sebulan lebih rasanya.


Tahun 2007, saya mengandungkan Hadif Syahmi. Baju raya tahun tu saya pakai baju mengandung. Warna tema adalah ungu pekat. Kami bergambar sekeluarga di depan rumah arwah Opah Huzein.


Tahun 2008, kami masih pakai baju tahun sebelumnya. Cuma saya dah tak pakai uniform sebab Hadif Syahmi sudah lahir.


Tahun 2009, kami sekeluarga menerima seorang lagi ahli keluarga baru iaitu Hana Alesya. Tahun tu kami sekeluarga pakai warna maroon.


Tahun ini? Kami akan recycle baju yang dibuat masa kenduri adik ipar saya. Gambar raya kami sekeluarga mungkin seperti ini.....


Tapi, saya ada belikan baju melayu yang lain untuk Haziq dan Hadif. Juga baju kurung untuk Hana Alesya yang sedondon dengan baju saya. Kita tengoklah nanti macamnana gambar raya saya tahun ini.

Ammmm

Hana Alesya kebelakangan ni sudah pandai nak makan sendiri. Rasanya banyak makanan jatuh dari masuk ke dalam mulut. Tapi, kadang-kadang saya biarkan saja. Seronok tengok gelagat dia sambil nak suapkan makanan dalam mulut dia sebut 'amm' yang bermaksud makan.



Habis makanan bersepah-sepah. Muka pun comot. Lepas habis makan haruslah kena tukar baju dan cuci badan.


Dalam comot-comot tu muka tetap maintain comel. Manis betul dia senyum sambil tayang gigi.