Thursday, October 28, 2010

Cup Cakes Di Hari Lahir

Beberapa hari yang lepas saya menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 23 (hahahahaha....kena tipu). Biasalah dah berumur ni biasanya birthday ni tak semeriah masa budak-budak dulu. Tapi seingat saya, saya kecik-kecik dulu pun tak biasa celebrate birthday. Anak-anak saya juga yang beruntung, tiap tahun potong kek!

Atas ke'teror'an saya meneka, saya mendapat hadiah cup cakes daripada Zarina @ Mysunshine Cupcakes. Kek ini diposkan dari jauh. Bila dah sampai, walaupun rupanya dah tak begini, tapi rasanya tetap sedap.


Saya anggap itulah birthday kek saya sebab birthday kali ni tak ada acara potong kek pun. Yang ada cuma makan-makan yang sedap (Huzein belanja) dan hadiah (ini pun Huzein yang belanja).

Terima kasih semua!

Tidak Perlu Cuti Bersalin 90 Hari?

Semalam saya terbaca artikel ini di dalam Utusan Malaysia. Boleh BACA DI SINI juga.

TIDAK PERLU CUTI BERSALIN 90 HARI

Apabila Perdana Menteri mengumumkan 'hadiah' kerajaan kepada wanita-wanita bersalin percutian selama 90 hari atau tiga bulan, ramai yang menyambut baik dengan menyatakan ia hak wanita. Tidak kurang juga memandang sinis kerana kerajaan Persekutuan kini seperti mengikut jejak kerajaan negeri Kelantan.

Pada hemat saya, cuti bersalin selama 90 hari seharusnya ditolak oleh kebanyakan (atau semua) wanita.

Saya seorang lelaki. Saya tidak kisah jika kerajaan memberikan cuti 90 hari atau 900 hari sekalipun kepada wanita bersalin. Ia tidak merugikan saya atau mana-mana lelaki di Malaysia ini. Malah, ia menguntungkan kami.

Cuti bersalin selama 90 hari hanya merugikan syarikat tempat wanita tersebut bekerja. Tanpa bekerja selama tiga bulan, pihak syarikat terpaksa membayar gaji wanita tersebut dengan percuma. Malah tugasan wanita tersebut perlu ditanggung oleh orang lain. Siapakah yang berhati mulia dan begitu baik untuk menyudahkan kerja wanita bersalin tersebut selama tiga bulan tanpa sebarang ganjaran? Gaji mereka akan tetap sama walaupun beban kerja bertambah.

Atau jika syarikat tersebut berkemampuan, mereka terpaksa mengambil pekerja sampingan untuk menyudahkan kerja wanita bersalin tersebut. Bukankah itu suatu pembaziran kepada syarikat?

Selama 90 hari bercuti tanpa melakukan kerja seakan-akan mematikan sebuah enjin dan perlu menghidupkannya kembali. Ia akan mengambil masa yang lama untuk kembali 'panas'.

Sikap bersenang-lenang (walaupun mungkin ada yang mengatakan si ibu tidak akan bersenang lenang apabila terpaksa berjaga siang malam menjaga kerenah bayi) selama tiga bulan sedikit sebanyak akan terbawa-bawa setelah habis tempoh tersebut. Ia mengakibatkan produktiviti sesebuah syarikat menjadi lembap.

Maka, apakah impaknya? Mungkin ramai tidak melihatnya. Tetapi jika diteliti dan direnung secara mendalam, ia akan membawa kepada kerugian kepada wanita. Syarikat-syarikat akan menolak untuk mengupah seorang wanita bekerja dalam organisasi mereka.

Semakin ramailah golongan wanita yang menganggur dan seperti diperkatakan, ia menguntungkan pihak lelaki. Kami yang akan dicari untuk mengisi kekosongan di dalam sesebuah syarikat.

Pada waktu itu, mungkin pertubuhan-pertubuhan hak-hak wanita akan mendesak kerajaan membuat satu akta yang membabitkan hukuman terhadap syarikat yang tidak mahu mengupah wanita berkerja. Atau, menyarankan kerajaan meletak kuota supaya kedudukan wanita di dalam organisasi terjamin.

Kira sahaja tempoh 90 hari itu. Terlalu sedap didengar kerana boleh merapatkan hubungan anak dan ibu. Anak yang baru lahir memerlukan kasih sayang dan perhatian seorang ibu. Mereka memerlukan susu ibu yang tiada tolok tanding dengan mana-mana susu di dunia ini. Namun, apakah selepas 90 hari anak itu akan dilupakan?

Ibu-ibu masih boleh menyusui anak mereka. Ibu-ibu masih boleh bermesra dengan anak-anak mereka walaupun tanpa cuti bersalin selama 90 hari kerana ia seharusnya berbalik kepada sikap ibu tersebut.

Adakah ibu tersebut mahu melakukannya atau tidak? Jika diberi 900 hari cuti bersalin sekali pun, tetapi ibu tersebut rela duduk di hadapan TV menonton sinetron, ia tetap tidak bermakna.

Jika berlaku fenomena-fenomena negatif ekoran kelulusan 90 hari cuti bersalin ini, saya bimbang nanti rakyat akan menyalahkan kerajaan juga. Saya tidak mahu ini terjadi.

AZRAI ABIDIN

Melaka


Tak perlu bagi dia; sebab dia lelaki.
Perlu bagi saya; sebab saya perempuan dan saya seorang ibu

Tak perlu bagi dia; mungkin sebab dia belum berkahwin dan kalau sudah pun mesti tak ambil kisah.
Perlu bagi saya; sebab saya yang mengandung, saya yang menanggung kesakitan, saya yang menyusukan anak, saya yang berjaga malam, sayalah semuanya..... (Eh, En. Huzein pun ada tolong juga!)

Lain-lain saya malas nak komen banyak-banyak. Paling saya tak suka dia gunakan ayat 'bersenang-lenang'. Ceh.....

Saya rasa dia patut baca artikel ini (Sumber: Berita Harian)

Isu produktiviti jadi senjata nafi hak wanita

Yang saya nak highlight di sini tentang cuti bersalin pelbagai negara:

> Brazil - 4 bulan bagi ibu, 7 hari bagi bapa. Gaji dibayar 100 peratus.

> Cameroon - 3 bulan bagi ibu, 10 hari bagi bapa. Gaji dibayar 100 peratus.

> China - 3 bulan, gaji dibayar 100 peratus.

> Itali - 5 bulan, 80 peratus gaji dibayar selepas bersalin.

> United Kingdom - 7 bulan, 90 peratus gaji dibayar untuk 6 minggu pertama dan baki 20 minggu gaji dibayar dengan bayaran yang ditetapkan.

> Sweden - peruntukan 450 hari cuti berbayar keibubapaan dan gaji berbayar ketika waktu penyusuan dibuat. Kemudahan disediakan untuk penyusuan.

> Perancis - 16 minggu (4 bulan) cuti bersalin pada 84 peratus gaji minimum harian bagi anak pertama dan kedua. Untuk anak yang berikutnya cuti adalah 24 minggu (6 bulan).

> Norway - cuti bersalin 42 minggu pada gaji penuh atau 52 minggu pada 80 peratus gaji. Negara itu juga mempertimbangkan pilihan cuti keibubapaan anjal dan waktu kerja anjal sehingga dua tahun mengikut keperluan pekerja.

> Belanda - menyediakan manfaat cuti bersalin 16 minggu dengan cuti berbayar penuh diikuti oleh cuti keibubapaan tidak berbayar sehingga enam bulan.

SAYA TIBA-TIBA RASA NAK PINDAH DUDUK SWEDEN!

Tuesday, October 26, 2010

Saya Yang Berseri Bukannya Aidilfitri

Saya memang suka minum susu UHT Dutch Lady. Konon-konon untuk tambahkan susu badan. Tapi dari sejak dulu lagi saya memang suka minum susu perisa coklat Dutch Lady.


Bila Dutch Lady buat promosi Serikan Aidilfitri Dengan Dutch Lady, saya gigihnya simpan barkod untuk redeem Crockery Set.


Dan apabila Aidilfitri berlalu, barulah Crockery Set ni sampai di rumah saya. Walaupun Aidilfitri saya tidak berseri dengan Crockery Set tapi bila sampai ke tangan mestilah muka saya yang berseri-seri. Yalah, barang percuma, siapa tak suka?



Bestkan?

Monday, October 25, 2010

Duit Raya 2010

Baru minggu ini saya berkesempatan untuk mengira duit raya Haziq, Hadif dan Hana Alesya. Malas sungguh mengira duit seringgit yang begitu banyak. Bayangkan duit seringgit saja jumlahnya RM200.00 lebih. Penat tau!

Duit seringgit yang ada saya simpan untuk raya tahun depan. Senang, tahun depan tak perlu bersusah payah tukar duit lagi di bank.


Setelah dikira, Haziq, Hadif dan Hana Alesya dapat dalam RM300.00 seorang. Lepas aktiviti mengira, akviti menyimpan di bank pula.

Seperti yang saya kisahkan sebelum ini (ceritanya di sini), saya akan simpan duit raya anak-anak di dalam Akaun Didik.


Harapnya bila mereka besar nanti, mereka akan terus rajin menyimpan.

Hadif Syahmi: Saya Dah Besar!

Hadif Syahmi dah menjangkau umur 2 tahun 8 bulan. Dan sebagai Ibu, dengan bangganya saya nak umumkan yang Hadif Syahmi sekarang dah tak pakai dypers! Seperti ibu-ibu yang lain, mula nak mengajar si kecik untuk 'potty training' bukanlah mudah. Alhamdulillah, bila dah berjaya rasa lega sangat.

Dalam usia ini, Hadif Syahmi anak yang berdikari. Kalau boleh, dia nak makan sendiri.


Kalau kena cara, dah boleh diharap untuk tolong buat kerja. Ataupun menambahkan kerja Ibu, itu terpulang pada keadaan...ahhahahahahaha


Hadif Syahmi juga suka mencuba perkara baru, asal tengok orang buat (contoh paling dekat Haziq Fahmi) dia pun nak buat juga.


Dan dia juga suka belajar perkara baru. Rajin bertanya juga.


Hadif Syahmi seorang yang berani. Tak takut ke hadapan. Tak suka menyorok di belakang.


Dia lansung tak takut dengan orang yang baru dikenali. Teringat baru-baru ni, saya, Haziq dan Hadif makan aiskrim di shopping mall. Dia terjatuhkan sikit aiskrim. bila cleaner Bangladesh datang sapu sampah, dia bagitau "Hadif yang bagi jatuh aiskrim tu." Lepas tu apa dia sembang entah dengan cleaner tu saya pun tak tahu.

Hadif Syahmi juga suka berkawan.


Animal pun dia suka juga. Tapi, yang besar-besar saja. Yang kecil-kecil macam lipas, spider dan ulat memang dia takut. Mesti terjerit-jerit ketakutan.


Hadif Syahmi anak yang manja. Kadang-kadang bila saya nak mengendong Hana Alesya, dia minta saya kendong dia juga.



Meh tengok gambar ni, Hadif Syahmi: budak nakal dan Hadif Syahmi: budak baik.



HAZIQ: Ibu, ibu, dekat scholl Haziq ada belajar lagu baru.
SAYA: Iye...lagu apa?
HAZIQ: 'menyanyi lagu yang saya tak tau lagu apa?'
HADIF: Sekolah Hadif pun ada lagu baru.
SAYA: Aik, lagu apa?
HADIF: Terus berlagu 'Si Capik....'
SAYA: Hahaha...(memang gelak gulingla dengar Hadif nyanyi)
Hai, sekolah apa yang ajar lagu macam tu Hadif??

HADIF: Ibu, Hadif nak k**ncing.
SAYA: Cepat-cepat, buka seluar pergi toilet.
HADIF: *buka seluar cepat-cepat dan mula nak berlari ke toilet*
SAYA: Ha...jangan lari nanti jatuh!
HADIF: Terus berjalan jengket-jengket ala Pink Panther
SAYA: *tersenyum tengok gelagat dia*

Hadif Syahmi ni memang lucu sikit orangnya. Bila tengok gambar di bawah ni, saya tertanya-tanya apa benda nakal yang dia buat sampai tergelak sorang-sorang?

Friday, October 15, 2010

MBW International Babywearing Week 2010 Giveaway Contest


Contest: MBW International Babywearing Week 2010 Giveaway Contest
Dateline: 7 November 2010
Anjuran: Malaysian Babywearers

Contest yang sungguh mudah! Hanya post gambar anda mengikut kategori yang telah diberi (ada 5 kategori yang boleh anda masuk). Hadiah merupakan 5 Chico sling bags bernilai RM30 ditaja oleh Tiny Tapir.

Penyertaan dari saya:-

Babywearing A Newborn (0-2 months)


Gambar Hana Alesya semasa baby dalam Ring Sling.

Babywearing An Older Child (1 year old and above)


Ok, tengok saya yang sangat tembam masa ni sebab tengah mengandungkan Hana Alesya (4 bulan lebih). Hadif Syahmi dah setahun lebih. Nasib baik masih lagi larat nak kendong dia. Kami sekeluarga berjalan kaki dari Hotel Nikko ke KLCC. Masa ni saya pakai Soft Structure Carrier.

Babywearing And Multitasking


Ini gambar saya di Lost World of Tambun. Gigih memanjat untuk ke kawasan air terjun. Pegang payung sebagai tongkat. Hana Alesya tidur nyenyak dalam Ring Sling.

Child Babywearer (can also be 'teddywearer' ^_^)


Haziq Fahmi mengendong Pooh kesayangan dia dalam Pouch sambil buat aksi Ultraman.

Harap-harap adalah rezeki saya. KLIK DI SINI untuk turut serta dalam contest. Good luck!

Monday, October 11, 2010

Ini Melkaj Mei Tai Saya

Selepas Melkaj Mei Tai idaman hati saya yang ini hilang tanpa dapat di kesan, saya ditawarkan pulangan wang ataupun digantikan Mei Tai yang lain. Saya pilih Mei Tai yang lain, tapi dalam 6 corak yang ditawarkan satupun tak menarik hati saya.

Jadi, owner Melkaj Mei Tai jahitkan satu yang baru untuk saya. Mengada betulkkan saya? Tapi, mengadaaan saya (ayat apakah ini?) berbaloi sebab saya dapat Mei Tai yang lawa (Oh, walaupun dalam hati masih menyatakan Mei Tai yang hilang dulu adalah yang paling lawa). Inilah Melkaj Mei Tai saya.





Coraknya sama, cuma warnanya berbeza. Ok lawakan? Ini action pic dari saya.


Sebelum apa-apa nak ucapkan TERIMA KASIH banyak-banyak pada Huzein Fahmi yang hadiahkan pada saya Mei Tai ini.

Bila dah depan mata, saya rasa saiznya besar. Takut juga Hana Alesya tenggelam. Bila dah pakai rasa ok dan tangan Alesya pun boleh dikeluarkan tanpa sangkut. Tali untuk ikat panjang berjela. Mulanya rasa susah nak handle. Bila 2-3 kali pakai dah rasa ok dan selesa di pakai.

Bagi saya Melkaj Mei Tai ni memang sesuai untuk baby dan todler. Cuma saya masih takut-takut lagi untuk back carry. Kalau tidak mesti lagi best mengendong Hana Alesya.

Next, saya memang teringin Melkaj Mei Tai - Wrap Conversion. Hish, memang lawa gila! Nak gila tengokla gambar ini.



Tapi, kali ni siapa pula nak hadiahkan?? (Kan saya dah cakap saya ni memang mengada!)

Happy Birthday Haziq


Balik kerja petang Jumaat, 8 Oktober lepas Maghrib kami sekeluarga celebrate secara kecil-kecilan birthday Haziq Fahmi.

Haziq seronok tak boleh nak cakap. Beria dia nak celebrate birthday. Tapi, Hadif yang dulu tiup lilin. Terus Haziq merajuk dan nak menangis. Spoil betulla Hadif ni.


Lepas pujuk-pujuk barulah Haziq ok skit. Penuh perasaan saya menyanyi lagu Happy Birthday supaya dia happy balik.


Belum sempat saya potong dan bahagikan kek, Hadif sibuk datang calit dan jilat kek.



Selesai makan kek, kami semua ke Jusco Bandar Perda. Memandangkan kami celebrate birthday Haziq, kami suruh Haziq pilih makan di mana. Haziq pilih makan di Nando's.


Makan di luar bersama dengan 3 orang anak memang mencabar. Sebelum makanan sampai, macam-macam aksi yang mereka buat.

Hana Alesya sibuk bergendang dengan sudu plastik.


Kalau makan di kedai, selalunya saya dan Huzein akan pesan minuman hantar selepas selesai makan. Kali ini kami terlupa. Anak-anak bila nampak air saja sibuk nak minum. Kenyang dengan air, mesti makan pun sedikit saja.


Hadif Syahmi sibuk minum air dengan sudu. Siap berdiri atas meja lagi.


Bila makanan sampai, lega rasanya sebab bila anak-anak makan tak ada lagila aksi lagak ngeri yang mereka buat. Sebelum makan, kita baca doa dulu. Birthday boy yang bacakan.


Doa dah baca, apa lagi? Seraaannnggggggg.....



Hanya Huzein Fahmi saja yang tenang dalam apa jua keadaan.


HAPPY BIRTHDAY HAZIQ FAHMI. Lepas exam ibu bawa jalan-jalan pergi hotel ok!

Friday, October 8, 2010

8 Oktober 2010

8 Oktober pada tahun ni, Haziq Fahmi dah mencecah usia 5 tahun. Bermakna dah 5 tahun saya bergelar ibu.


Saya dan Haziq berkongsi hari lahir pada bulan yang sama. Dia lahir pada 8 Oktober dan saya pada 18 Oktober. Kami sama-sama berbintang Libra, sama-sama sensitif dan kuat nangis (Huzein Fahmi jangan gelak ok!)

Saya teringat masa menonton filem Jacki Chan, Robin-B-Hood di TV. Ada satu babak di mana baby tu menangis panggil 'daddy' & 'mummy'. Haziq meleleh airmata dan dengan sebak-sebak tanya 'Ibu kenapa baby tu?". Wah, sifat sensitif yang ini memang menurun dari saya.

HAPPY BIRTHDAY HAZIQ FAHMI! Ada suprise menanti. Ibu balik nanti kita celebrate sama-sama.

Mainan Huggies Redemption Dah Sampai!


Saya ada menulis mengenai Huggies Redemption sebelum ini. Selepas sekian lama menunggu, akhirnya mainan yang saya redeem daripada Huggies sampai juga.


Memandangkan point yang saya ada banyak, saya dapat redeem kesemua list barang yang ada dalam senarai redemption. Bila di buka, ini antara yang saya dapat.




Tapi, saiznya besar sangat. Memang memerlukan ruang yang besar kalau nak pasang semuanya sekaligus.

Yang paling seronok, mestila anak-anak. Bukan setakat main, kalau boleh nak minum susu, makan dan tidur dalam tu.



Hadif siap buat 'best' bila saya ambil gambar dia. Memang seronok la tu!


Hana Alesya pun tak ketinggalan sama main. Tapi dia macam 'stress' dan nak nangis bila tak jumpa jalan keluar. Last-last malas nak main.



Kalau berminat nak dapatkan mainan free macam ni dari Huggies boleh KLIK DI SINI. Dahla free, tengok anak-anak happy lagila ibu suka.