Monday, November 29, 2010

Wrappers Wannabe?

Hari ini ia tiba.....
Macam suspen saja. Biasalah barang baru. Tajuk pun tak boleh blah.


Jauh tu, dari Sabah bah. Wrapnya brand Amazonas - Manggo, asal dari Brazil kalau tak silap.


Tengok lagi, lawa tak?



Berjayakah saya menjadi wrappers yo yo yo, seperti ini?


...ataupun cuma yo yo ooo saja? Kita tunggu dan lihat.

Jom Tengok Upin & Ipin

Gigih betul anak-anak saya, pagi-pagi Sabtu bangun awal nak pergi tengok Upin & Ipin. Memandangkan Huzein bermalas-malasan, jadi kami semua sampai lewat (seperti biasalah) ke Family Day anjuran tempat kerja Huzein.

Sampai dekat sana, lepas register dan ambil goodie bag, kami tengok magic show.


Sebenarnya Haziq dan Hadif bukan minat sangat nak tengok. Tapi nak dapatkan belon daripada clown yang kebetulan ada dekat situ. Clown tu kata, tengok magic show dulu, nanti saya bagi belon.


Tunggu punya tunggu, ada pengumuman kata Upin & Ipin dah ada di pentas. Terus kami semua bergegas ke pentas utama.


Punyalah ramai orang berkerumun. Memandangkan panas, saya decide duduk dalam khemah tengok Upin & Ipin.


Masa ni Hana Alesya dah tertidur. Tak dapatlah dia tengok Upin & Ipin.


Lepas habis show, Upin & Ipin turun pentas untuk salam dan acara ambil gambar. Biasalah ramai peminat, semua kerumun sampai nak dekat pun susah. Haziq mengalah, duduk bawah khemah sambil makan makanan dari goodie bag yang dapat.



Huzein sambil dukung Hadif berhajat juga nak bergambar dekat Upin & Ipin. Saya sambil mengendong Hana Alesya menggigihkan diri jadi tukang ambil gambar. Dapatlah juga Huzien dan Hadif bergambar dekat dengan Upin & Ipin.



Kemudian kami sekeluarga lepak di bawah khemah sambil makan-makan. Masa ni ada acara cabutan bertuah yang dikendalikan oleh Harith Iskander. Memandangkan tak bertuah, tak dapat hadiah pun.



Saya kesiankan Haziq & Hadif sebab tak dapat salam dan bergambar betul-betul dengan Upin & Ipin.
Saya kesiankan Hana Alesya yang tertidur keletihan macam tak tahu apa berlaku hari tu.
Saya kesiankan Huzein sebab sakit gigi tapi terpaksa melayan kami semua.
Kesian.......

Friday, November 26, 2010

MY Bali RS

Gambar diupload atas permintan Norley yang nak tengok panjang Jumpsac Ring Sling - Bali saya.



Norley: Silalah beli memang lawa.

Yippie Esok Cuti!

Seronoknya esok cuti. Nak bawa anak-anak jumpa Upin & Ipin.


Minggu depanla kita cerita ye! Lupa nak bagitau minggu depan saya nak buat blog giveaway. Jangan lupa masuk ramai-ramai ok.

HAVE A NICE WEEKEND.

Thursday, November 25, 2010

Nakal, Tapi Masih Comel!

Nakal....
tapi masih comel? Siapa tu?


HAZIQ FAHMI, sebab gelakkan ibu yang tengah gigih melompat!


HADIF SYAHMI, sebab spoilkan gambar Abah & Hana Alesya!


HANA ALESYA, sebab tengok si kucing Moneeey macam nak terkam saja!

Tak sabar tunggu Sabtu. Malas kerja, nak duduk rumah dengan anak-anak! Eh, duduk rumah ke? Bukan pergi jalan-jalan ke? Hehehehehehe......

Tuesday, November 23, 2010

Babywearing Yang Selamat; Cara Saya



1) Ruang Udara
Pastikan ada ruang udara bagi membolehkan bayi bernafas dengan elok. Kedudukan muka bayi tidak terlalu rapat dengan dada ibu dan bayi boleh memalingkan muka ke kiri dan ke kanan. Pastikan juga kain tidak menutup muka dan kepala bayi.

2) Tudung
Pilih tudung yang ringkas dan tidak mempunyai terlalu banyak manik. Manik yang terlalu banyak berkemungkinan boleh mencederakan bayi.

3) Aksesori
Elakkan aksesori yang tajam. Sekiranya menggunakan pin atau keronsang pada tudung, pastikan kedudukannya tidak boleh terkena pada bayi. Memandangkan biasanya bayi akan meletakkan kepala mereka pada dada ibu, penggunaan rantai leher yang mepunyai buah rantai yang tajam tidak digalakkan.

4) Cara Pakai
Belajar cara pakai gendongan bayi dengan betul sama ada dari mereka yang lebih pandai ataupun dengan menonton video. Sekiranya gendongan dipakai dengan cara yang betul, ibu tidak akan ada masalah sakit bahu atau pinggang dan bayi juga selesa. Cara pemakaian yagn salah boleh menyebabkan bahagian pelipat kaki bayi sakit dan berbekas.

5) Pilihan fabrik
Pilih fabrik yang sesuai dengan cuaca. Sekiranya bayi di bawa ke luar pilih fabrik yang tidak panas dan boleh membuatkan bayi tidak selesa.

6) Ikatan Kendongan
Ikatan yang kemas akan mengelakkan bayi melandut dan selesa dikendong. Jadi, ibu tidak perlu risau bayi akan terjatuh dan cedera.

7) Pakaian ibu
Pilih pakaian yang selesa dan ringkas. Tidak terlalu banyak hiasan seperti manik dan beropol. Pakai yang selesa menjamin keselesaan ibu dan bayi yang dikendong.

8) Hands Free
Sekiranya gendongan dipakai dengan cara yang betul, pastinya ibu tidak perlu memegang lagi bayi. Tangan yang ada boleh memenuhi keperluan yang lain seperti memegang beg.

9) Kedudukan Bayi
Bayi perlu berada di kedudukan di mana punggungnya lebih tinggi daripada lutut.. Dengan ini, berat bayi akan ditampung di bahagian punggung. Bayi lebih selesa berada pada kedudukan ini. Jangan lupa juga sentiasa periksa kedudukan dan keadaan bayi dari semasa ke semasa.

10) Jenis Pengendong
Jenis gendongan juga perlu dipilih mengikut jenis yang bersesuaian dengan umur dan berat bayi. Bagi bayi yang kecil, lebih selesa menggunakan Pouch dan Ring Sling. Bila bayi semakin berat, Mei Tai dan SSC menjadi pilihan.

Friday, November 19, 2010

Kelab Susu Ibu Penang


Perjumpaan untuk Kelab Susu Ibu Penang akan dibuat minggu ke tiga setiap bulan
Perjumpaan pertama akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 20 November 2010 (Sabtu)
Masa : 9.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari
Tempat : Nursery Hadanah, Universiti Sains Malaysia

Sesiapa saja boleh hadir sama. Keterangan lanjut boleh hubungi Kelab Susu Ibu Penang.



Nota: Saya memang berminat nak hadir sama pada perjumpaan pertama ni. Tapi terpaksa dibatalkan sebab nak bawa mak ke hospital. Insyallah ada rezeki perjumpaan seterusnya saya akan turut serta.

Thursday, November 18, 2010

Percutian Di Damai Laut, Lumut

Sebelum Hari Raya Aidiladha, saya ambil cuti 2 hari untuk pergi jalan-jalan ke Lumut sebagai menunaikan hasrat yang tertangguh sebelum ini. Saya sekeluarga tinggal di Swiss Garden Damai Laut. Walaupun ramai yang kata tak ada apa yang menarik di sana, tapi bagi anak-anak saya dapat mandi kolam sudah cukup seronok, tak kisahlah tempatnya best ataupun tidak.

Hari pertama kami sampai di sana, seperti biasa acaranya adalah mandi kolam. Bukan saja anak-anak, saya pun terjun sama melayan Hana Alesya.



Hana Alesya seperti biasa, memang teruja main air. Sampai kadang-kadang lupa daratan. Takut pula terlepas dia di dalam air.


Lepas penat berenang terus lapar. Nasib baik bawa roti telur lebih sarapan pagi. Makan sampai licin.


Haziq Fahmi dan Hadif Syahmi tak payah cakapla. 2 orang tu memang hantu air. Bila dah start masuk kolam susah sangat nak ajak naik dan balik ke bilik.



Akibatnya malam tu terpaksa bungkus makanan makan dekat bilik. Ingatkan mulanya nak makan di luar. Tapi semua dah tertidur dalam kereta masa tengah cari kedai makan.


Esoknya bangun pagi-pagi kami semua bersiap ke pantai.


Memandangkan pagi masih awal lagi, dekat pantai ni tak ada ramai orang pun.


Saya siap berposing-posing dengan Melkaj Mei Tai.


"Cepat Ibu, jom kita pergi main air....."


Melkaj silalah berehat-rehat. Ibu dan Hana Alesya nak terjun laut ni!


Terus tukar baju nak berlari-lari ke laut. Ini adalah kali pertama Hana Alesya bermain-main di pantai. Sebelum ni dah pernah ke pantai, tapi masa tu belum boleh berjalan lagi, jadi tak adalah peluang nak main. Ini antara aktiviti yang kami buat di pantai.

Main pasir, Haziq sibuk nak lawan castle siapa yang paling tinggi.


Hadif Syahmi kutip kerang dan tanam balik dalam castle. Habih runtuh castle tu. Pastu dapat kawan sorang datang join dia.



Main tulis-tulis atas pasir. Saya pun mengada nak tulis juga..thehehehe



Saya berlumba lari dengan Hadif Syahmi. Penat tau!


Boring main pasir, semua terjun dalam air. Macam lawak pulak tengok reaksi muka anak-anak bila air laut termasuk dalam mulut. Haziq asyik tanya, "Kenapa air ni rasa macam ni?"


Lepas tu main aktiviti merepek. Lompat dalam air. Saya layankan saja. Cuba tengok reaksi Haziq bila turn saya melompat.



Cukup, cukup Ibu dah penat. Korang mainlah. Ibu nak berehat dengan Abah....


Saya memang seronok habiskan masa di sini. Penat, memanglah penat tapi bila tengok anak-anak gembira, hilang semua penat.





Tengahari tu kami sekeluarga keluar makan berdekatan dengan Jeti Feri ke Pulau Pangkor. Haziq Fahmi dan Hadif Syahmi bergambar ala-ala Ultraman di Terminal Feri.


Hana Aleysa tak dapat nak join sama sebab seperti biasa kena kendong.


Sebelum pulang ke hotel, kami singgah membeli produk hasil laut dari kedai berdekatan. Saya tak tahu mana satu yang murah. Main rembat beli saja.



Sebagai memenuhi permintaan Huzein, malam tu kami pergi cari kedai ikan bakar. Pusing punya pusing, restoran ini yang kami jumpa. Restoran Bakau 'D" Muara (Cawangan Lumut).


Ikannya boleh tahan, tengok fresh belaka.



Masa ni Hana Alesya dah tidur sebab keletihan. Tak dapat join kami semua makan.


Aksi Haziq dan Hadif tunggu makanan sampai. Macam boring je.


Order yang mula-mula sampai adalah kerang bakar. Haziq tak suka, jadi cuma saya, Huzein dan Hadif yang makan.


Lepas tu yang lain-lain pun menyusul. Rasa macam penuh saja meja.


Ikan bakar yang habis kami robek makan. Bagi saya sedap tapi tak boleh lawan dengan ikan bakar di Ismail Ikan Bakar di Penang.


Seperti biasa, bila dah habis makan baru saya akan order air. Sebab anak-anak ni kalau nampak air dulu mesti minum banyak dan tak selera nak makan. Saya order air special iaitu air amra/kedondong. Memang sedap rasa macam nak tambah lagi.


Esoknya, kami check-out dan pulang ke Ipoh untuk celebrate Hari Raya Aidiladha.