Monday, January 10, 2011

Hadif Dan Kanggarunya

Sibuk-sibuk menonton TV di rumah, saya terperasan sesuatu.


Ok, saya tau ramai yang perasan Hadif Syahmi pakai seluar terbalik. Ni kes semua nak buat sendiri, tak nak orang lain tolong. Tapi saya bercakap tentang perkara lain.

Cuba tengok gambar ni pula?


Gigihkan, sibuk main komputer tapi kanggaru kesayangan tak lepas dari tangan.



Kanggaru ini dihadiahkan oleh maksunya yang sekarang tinggal jauh di Australia.


Dari secomel-comel si kanggaru ni sampailah dah jadi comot macam ni. Hidung kanggaru ni pun dah terkeluar. Bau tak payah nak cakaplah, baunya sungguh asyem tapi Hadif tetap sayang. Tidur malam mesti bertemankan kanggaru, kalau tak mesti melalak cari.


Nampak gayanya Hadif dan kanggaru dah jadi macam Haziq dan patung Poohnya.

Kalau kanggaru ni dah hilang camna ye?

6 comments:

Hidayah said...

tgk muncung khusyuk ngadap komputer hehhee..Jose ngan kain lampin putih..tp boleh tukar2 hehe

m@Ri@ said...

ni namanya kangaroo bucuk..hehe..

Mysunshine Gift Shop said...

salam Aishah,

u if sudi join/war2 my giveaway & bantuan tuk Rumah titian ashraful rohaniah...

more info http://mysunshine-cupcakes.blogspot.com or mysunshine2u.blogspot.com

zar

AyuArjuna BiGoshh said...

ala comey....mana beli kangaroo ni aishah :)

Hayati Azwin said...

ehehe siap ade link ke blog syer lg...time kasih2x... ni lg semangat nk tulis blog =P. Kangaroo ilang? jgn risau nnti maksu bwk lg utk hadif n alesya jgk

Aishah Megahasz said...

Hidayah: Anak-anak zaman sekarang. Kita dulu nak pegang komputer pun takut meletop!

Maria: Kangaroo tu memang bucuk tapi Hadif marah kalau kata kangaroo dia busuk :P

Zar: Aishah dah war-warkan :D

Ayu: Kangaroo tu beli dekat Australia. Maksu Hadif yang belikan.

Yati: Rajin2la cerita perkembangan di sana. Facebook Kak Aishah dah jarang boleh masuk..sob..sob... Kangaroo tu ada lagi, tapi dah busuk. Cuma takut hilang, mesti Hadif tak tido malam.