Wednesday, January 5, 2011

Sorotan 2010

Hampir seminggu kita semua memasuki tahun 2011. Mesti ramai yang pasang azam baru. Azam saya? Entahlah rasanya macam yang dulu-dulu juga, nak berjimat, nak kuruskan badan, nak jadi anak, isteri & ibu yang baik..... sama saja. Jadi, tahun 2011 ni saya malas nak berazam.

Sebelum buat entry baru untuk tahun 2011 ni, saya nak listkan 10 perkara terbaik bagi saya pada tahun 2010.

1) Awal tahun saya sangat happy sebab dapat berita baik gred jawatan saya telah dinaikkan dan lagi happy sebab menang Snuggbaby Soft Structure Carrier (SSC). Permulaan tahun yang baik bukan?


Ada juga menang hadiah yang lain macam Wii, water filter tapi hadiah SSC ni paling saya suka.

2) Ahli keluarga saya bertambah bila adik ipar saya Yati melansungkan perkahwinan.


3) Saya berjaya menyusukan Hana Alesya secara ekslusif selama 6 bulan dan alhamdulillah sehingga sekarang masih lagi menyusukan dia.


4) Haziq Fahmi menjadi best student. Bangga ibu!


5) Berjaya potty train Hadif Syahmi. Anak ibu dah besar!


6) Pembelian terbaik 2010 jatuh kepada Medela Freestyle Breastpump dan Melkaj Mei Tai. Medela FS menjadi kesayangan sebab terlalu banyak membantu saya dalam usaha untuk breastfeeding. Sebelum ini saya cuma pakai Avent Manual sahaja.


Melkaj Mei Tai begitu susah nak dapatkan. Dari bulan Mei saya mula hantar emel untuk beli, sampailah bulan Ogos baru mei tai ini sampai ke tangan saya. Itu belum kes mei tai hilang dalam perjalanan. Bila sampai, lega dan bersyukur sebab sesuai dan best sekali. Rasa macam sayang nak jual bila dah tak pakai. Bolehkah diwariskan pada anak, buat macam harta pusaka...hahahahaha


7) Usia perkahwinan saya dan Huzein sudah menjangkau 6 tahun. Meh tengok kami 6 tahun dahulu. Slimkan?


8) Pertama kali mencuba baby wrap. Saya ingatkan susah sangat, tapi senang je.


Dulu saya hanya menggunakan pouch dan mei tai with buckle (buckle-tai). Tapi pada tahun 2010 saya telah mencuba semuanya termasuk SSC, ring sling dan wrap! Rasa sempurna sekali sebab dah cuba semua kategori babywearing. Walaubagaimanapun, saya rasa lebih selesa dengan ring sling dan mei tai.

9) Pertama kali bawa Haziq dan Hadif menonton wayang. Satu pengalaman baru bagi mereka dan pengalaman baru untuk saya juga.


10) Jalan-jalan paling best tahun 2010 masa pergi ke Lumut. Sebabnya anak-anak merasa mandi laut dan gelihati tengok gelagat mereka merasa air masin.


Mudah-mudahan 2011 menjanjikan lebih banyak perkara yang baik untuk saya dan keluarga.

2 comments:

AyuArjuna BiGoshh said...

alhamdulillah semuanya mmg terbaik..moga 2011 lebih baik... :)

Aishah Megahasz said...

Ayu: Thanks. Tahun ni macam nak gigih balik masuk contest. Harap2 boleh menang hadiah yang besar-besar..heheheheh