Friday, January 14, 2011

Tolong Abah Di Hujung Minggu

Kadang-kadang seronok juga menghabiskan masa hujung minggu di rumah. Asyik pergi ke Tesco ataupun Giant membeli barang keperluan rumah ataupun ke shopping mall menghabiskan duit, duduk di rumah dan buat aktiviti bersama anak-anak adalah pilihan yang paling bijak.

Selain menjimatkan, banyak kerja yang boleh dibuat. Weekend yang lepas, awal pagi Huzein sibuk memotong rumput yang semakin panjang. Sebelum menenggelamkan taman rumah kami yang sekangkang kera tu, baiklah dipotong. Jadi sebagai anak yang baik, Haziq, Hadif dan Hana Alesya sudi-sudikanlah membantu.


Sila abaikan muka sememeh yang belum mandi. Lepas Huzein habis potong rumput, saya minta anak-anak kutip rumput yang dipotong dan masukkan ke dalam plastik sampah.


Ok, kerahan tenaga bermula. Sila buat kerja masing-masing!




Sambil-sambil tu membuat pelbagai gaya bila saya nak ambil gambar. Ada-ada saja budak-budak ni.



Hana Alesya nak buat 'peace' tapi tak pandai. Jadilah aksi 1Malaysia.

Yang saya paling tak tahan tengok Haziq buat aksi 'kuat' ini.


Konon-konon je kuat tu. Bila suruh pegang siput ni, terus menjerit takut. Kuat ke gitu?

No comments: