Wednesday, February 16, 2011

Gathering

Petang Sabtu tu hujan turun sangat lebat. Rasa macam nak banjir saja Kulim. Tapi atas semangat gigih nak bergathering, hujan pun saya redah. Berbekalkan satu bekas apom comel yang sangat sedap (betul tak tipu memang sedap!), saya join gathering yang buat pertama kalinya diadakan di Kulim. Walaupun dah lama tinggal di Kulim, inilah kali pertama saya menjejakkan kaki ke Taman Tasik Bandaran.


Tengok bekas kuih apom ni habis kena hujan.

Memandangkan hujan turun lebat sangat, saya dengan Hana Alesya saja yang turun dari kereta. Huzein bawa Hadif dan Haziq makan KFC. Walaupun jaga Hana Alesya seorang saja, tapi penat. Boleh tahan juga anak dara seorang ni berlari ke sana ke mari.


Yang hadir cuma 6 orang. Tapi meriahnya macam 60 orang! Yalah dicampur dengan kaum bapa dan anak-anak yang lain, tak meriah dibuatnya.


Dari kiri: Die-yah, saya, Rozy, Yasmin, Aja & Hidayah

Dapat jumpa sekali-sekala macam ni, lupa orang di sekeliling.



Sempatlah demo cara-cara pakai Mei-Tai walaupun tak teror sangat sebenarnya :P



Selain dari seronok tengok baby carrier yang berlambak-lambak di depan mata masa gathering ni, saya seronok dapat jumpa Aja. Datang dari jauh tu. Kami ni kira macam jejak kasih dan ini merupakan kali ketiga kami berjumpa. Boleh baca kisah bagaimana kami kenal DI SINI.


DULU: gambar saya, Huzein, Faiz & Aja. Tak lupa juga Haziq Fahmi yang masa ni baru berusia 39 hari. Aja masa ni mengandung 4 bulan anak kedua.


SEKARANG: Aja & Faiz dah ada 4 orang anak dah pun.

Seronoknya lagi masa gathering ni ada yang kata saya nampak kurus.


Tengok gambar ni baru saya percaya. Ini yang lagi bersemangat nak menguruskan badan!

Insyallah, gathering akan diadakan lagi. Harapnya lebih ramai yang akan turut serta. Jumpa lagi!



* sebahagian gambar saya ambil dari facebook Yasmin

4 comments:

intonne said...

wahh, nmpk best jek gathering...sori sgt xdpt pegi, ada emergency....bila nak wat lg??

p/s : intan pon xpenah pegi taman tasik bandaran tuh...kuikuikui..

Aishah Megahasz said...

Intan: Nanti kalau jadi buat lagi Kak Aishah bagitau.

Naza Sulaiman a.k.a Ajasu said...

Wahhh...ada kisah lama2 *love*... Aishah mmg sgt kurus okeh..hehehe.. kena share rahsia nih ... *demand nk tahu*

Aishah Megahasz said...

Aja: Orang tanya makan apa Aishah kurus? Aishah jawab, tak makan sebab tu kurus...hahahahaha