Friday, February 25, 2011

Dino Trek 2

Teringin nak melawat Petrosains? Tapi rasa jauh sebab di KL. Saya dah pernah melawat Petrosains sebelum ini (baca di sini), tapi kalau nak pergi lagi tak tahulah bila dapat pergi.

Bagi yang tinggal di Pulau Pinang atau kawasan sekitarnya, boleh melawat Dino Trek 2 di Jusco Bandar Perda. Dino Trek 2 lebih kurang macam Petrosains mini.


Dino Trek 2 dibuka seperti berikut:-


Bayaran masuk pula adalah seperti berikut:-


Sebelum masuk Dino Trek 2, di sebelah kiri ada kedai menjual cenderamata. Saya malas nak singgah. Kalau singgah mesti habis duit. Biasalah anak dah 3, kalau beli barang mesti beli 3 juga.


Jom kita masuk tengok apa yang ada.


Baru jejak kaki di dalam Dino Trek, Hadif Syahmi dah meruntun kaki Huzein sebab takut dengar suara dinasour.


Tapi, takutnya sekejap saja. Hilang takut buat Dino Trek tu macam rumah sendiri. Mula-mula try Dino Quest. Kalau jawapan betul, lampu hijau akan menyala. Kalau jawapan salah, lampu merah akan menyala. Hadif tak takut nak cuba. Haziq Fahmi takut-takut pula.



Lepas tu kami masuk ke sini pula.



Dekat sini ada soalan dan kita akan pilih jawapan untuk masuk ke kiri atau ke kanan. Jawapan yang betul akan bawa kita ke jalan keluar.



Tak senonok sangat, sebab saya, Huzein dan anak-anak main hentam jalan tak baca pun soalan sebab nak tengok apa yang ada kat dalam tu.

Haziq dan Hadif suka permainan interaktif dekat sini. Asal komputer, boleh tekan-tekan memang mereka suka.






Saya paling suka Dino Dance. Di sini boleh ambil gambar dengan percuma. Dalam masa 5 saat, 5 keping gambar akan diambil. Buatlah aksi macam-macam dalam masa 5 saat tu. Lepas tu gambar akan dihantar ke emel kita. Masa ni Huzein tengah isi alamat emel saya.



Nama pun tempat dinasour, mestilah ada dinasour. Replika besar punya dan nampak real.




Ada juga aktiviti mencari tulang dinasour. Seronokla anak-anak mengorek cari.


Di sini juga ada aktiviti untuk keluarga. Kebetulan masa tu diadakan aktiviti untuk family. Kami pun join masuk. Semua family diminta membuat pelantar yang mampu menampung berat daripada straw. Gigih-gigih kami membuat sambil mengejar anak yang sibuk nak ke sana ke mari.




Hasil keras tangan kami, dinilai dengan meletakkan gula sekilo demi sekilo. Malangnya, baru letak 2 kilo pelantar kami sudah ranap. Tapi tak malu sangat sebab kumpulan lain pun macam tu juga. Memandangkan semuanya dah ranap, pemenang diadili berdasarkan rekabentuk pelantar. Kumpulan saya dapat nombor 2.


Selain aktiviti untuk keluarga macam ni, ada juga aktiviti mewarna untuk kanak-kanak. Saya dah penat, jadi saya malas nak suruh Haziq Fahmi masuk.

Sebelum balik, sempat bergambar di luar Dino Trek.


Memang seronok melawat Dino Trek 2. Lagi seronok bila balik tengok hadiah yang kami dapat. Anak-anaklah yang paling suka. Macam-macam yang ada termasuklah pen, pembaris, stiker, buku nota dan lain-lain lagi.



Menambahkan keseronokan, bila check emel dapat tengok gambar yang diambil di Dino Dance. Comel dan lucu!




Seronokkan? Jomla melawat Dino Trek 2. Memang berbaloi ke sana bawa anak-anak.

2 comments:

AyuArjuna BiGoshh said...

beshhhla...sesuai sgt utk ank2 mengekspolarasi...klu ada kat kl kan beshhh yg kat petrosains tu cam dah kureng sikit huhu

Aishah Megahasz said...

Ayu: Petrosains tu penat nak pusing sebab besar sangat. Dino Trek ni okla kecik skit.