Thursday, February 17, 2011

Merempit Ke Konsert?

Rumah saya tak pernah sunyi. Sunyi bila anak-anak sudah tidur saja. Malam tu semua gila merempit di dalam rumah. Memang riuh-rendah!

video

Bila saya kata, "Jangan merempit laju-laju nanti jatuh!"
Hadif Syahmi kata pada saya, " Hadif bukan mat rempitlah. Hadif polis. Abang yang mat rempit." Siap tunjuk pistol lagi.


Haziq Fahmi bila nampak saya nak ambil gambar dia berhenti naik basikal dan buat 'peace'.


Hana Alesya nampak abangnya buat 'peace' sibuk nak buat juga.


Sekarang sudah pandai buat 'peace'. Tiada lagi aksi '1Malaysia'.


Lepas penat merempit, Haziq dan Hadif buat konsert percuma pula. Masa ni Hana Alesya dah tidur.

video

Meriahkan rumah saya?

2 comments:

Aleyn said...

Macam2 aksi anak2 ni kan...comel jer

Ps : cam biasa, i dah klik kat u nyer Nuff, jom klik2 kay

Aishah Megahasz said...

Aleyn: Ini baru 3 orang. Kalau 8 orang tak tahulah macamana??