Tuesday, February 8, 2011

Saya Nak Bawa Anak-Anak Ke Sini

Sebelum ini, saya teringin bawa anak-anak saya main pasir dan mandi air laut. Seronoknya dapat bercuti ke Lumut hari tu. Dapatlah anak-anak main pasir dan merasa masin air laut.


Bila anak-anak semakin membesar, saya teringin sekali lagi bawa mereka ke zoo. Sudah pun saya bawa ke Zoo Taiping pada tahun lepas.


Tahun ini, saya merancang-rancang untuk bawa mereka semua ke Cameron Highlands. Saya cemburu tengok adik saya, Yati kutip strawberry yang merah menyala. Walaupun strawberry di Cameron Highlands tak seperti ini, tapi asal ada, jadilah.



Ini yang Yati kutip. Mengiurkan bukan?

Saya dapat kiriman emel dari kawan saya tentang Ladang Anggur Tasik Beris di Sik, Kedah. Terus saya teruja nak ke sana. Kalau bawa anak-anak mesti seronok. Insyallah, saya akan sampai ke sana satu hati nanti.


Next, saya teringin nak bawa anak-anak ke Bukit Larut @ Maxwell Hill. Saya pernah ke sana masa belum kahwin lagi. Kalau nak naik ke atas tu sama ada berjalan kaki (tak larat makcik aih) ataupun dengan menaiki trak. Satu pengalaman yang baru untuk anak-anak. Mesti best!


(gambar dari google)
Dan akhir sekali saya nak bawa anak-anak ke sawah padi. Ada sawah padi berdekatan rumah emak saya tapi tak berkesempatan nak bawa anak-anak berjalan-jalan ke situ lagi. Sekarang ni padi tengah menguning dan ada yang sudah dimesin. Mesti anak-anak teruja tengok mesin padi.


Gambar Haziq dan Hadif di tepi sawah padi ni diambil di Yan, Kedah. Berhenti ambil gambar saja. Kalau saya bawa mereka ke sawah padi saya nak biar mereka main selut. Jangan ada pacat sudahla, geli!

Harap-harap impian saya tercapai.

No comments: