Thursday, February 17, 2011

Saya Nak Kurus!

Saya sekarang tengah gigih menguruskan badan. Sangat jeles tengok orang yang tak perlu bersusah payah nak kuruskan badan, tapi badan menten je.

Masa saya belajar di UiTM, berat badan dalam 48/49kg (tak pernah lebih 50kg)


Sebelum berkahwin, 45kg. Ini mungkin sebab saya tidak tinggal bersama family. Duduk rumah sewa biasalah stok makanan terhad. Jadi berat badan makin menurun.


Ini gambar kahwin saya. Posing maut lagi. Memang kuruslah. Terliur tengok gambar ni, adakah boleh badanku slim begini lagi??


Selepas kahwin, berat badan saya still ok lagi.


Makan hati tengok gambar-gambar lama ni semua.

Mimpi ngeri saya bermula apabila saya mengandung anak pertama. Berat badan mencanak-canak naik apabila kandungan mencecah 5 bulan.


Pencapaian terbaik semasa mengandung anak pertama, 68kg. Tapi still ok bagi saya. Selepas bersalin, saya hanya dapat turunkan berat badan sehingga 55/56kg sahaja.

Pencapaian paling terbaik semasa mengandung anak kedua, 74kg. Memang berat gila ni. Tapi atas usaha gigih saya berdiet, berat badan saya turun sehingga 52kg.

Tapi baru saja mengecapi bahagia berbadan kurus, saya disahkan mengandung anak ketiga. Kali ini dalam berjaga-jaga pun berat badan saya naik sehingga 74kg. Memang nampak ketara pembesaran saya itu :P


Selepas bersalin, saya jadi malas nak diet. Berat badan selepas bersalin hanya turun sehingga 60kg sahaja. Lepas tu dah malas nak fikir, makan selagi daya. Kalau berat badan turun pun adalah pada bulan puasa sahaja.


Dalam 2 bulan ini, baru saya gigih berdiet semula. Itupun selepas rasa badan lemah, malas dan tak cantik. Bila kurus kita rasa cantik ok!
Selepas berdiet dengan bersungguh-sungguh, berat badan saya sekarang adalah 55kg.


Nampak kurus tak? Bila ramai yang mengatakan saya kurus (termasuk ibu mertuaku) saya jadi lagi gigih untuk menguruskan badan.

Sasaran saya sekarang adalah 50kg. Saya tak tetapkan masa, 4 bulan atau 7 bulan lagi baru boleh turun 5kg saya tak kisah. Tapi kalau boleh dalam tahun ini juga sasaran saya itu tercapai. Cayokk Aishah! 5kg more to go...hehehehehee
Wish me luck!!!!!!

9 comments:

AINA said...

hai aisah..jgn spai xmakan pulak, nnt badan yg sakit..org nk badan besar..dia pulak nk kurus..heheheh

nora said...

ish..x leh jadi nih..nora pun nak kurus gak..berat kita sama la k.aishah..skrg dok amal mkn oats utk breakfast...tgk cane ..kui2x

Zaidah said...

aishah bagilah petua atau cara2 macam mana aishah kuruskan badan tu....buat n3 khas tau....bleh akak ikut...berat akak pun dah mencanak2 naik nie...

intonne said...

go kak aisyah goo...mari kita sama2 berusaha...

Rozy said...

ahhh jeles tengok aishah dah slimm..

Aishah Megahasz said...

Ina: Dah gumuk mestilah nak kurus..hehehhe

Nora: Nora dah kurusla...

K. Zaidah: Baca taknakgemuk.com. Tapi Aishah tak ikut bulat-bulatla. Tipu-tipu gak.

Intan: Cayok!

Rozy: Takpe, nanti Husna dah setahun boleh gigih berdiet macam Aishah.

kesumahatiku said...

gambaq kelas kita ..rindu semuaa..huhuhu...

mikamusz said...

All the best Aisyah..

http://mikamusz.blogspot.com

Aishah Megahasz said...

mikamusz: Thanks