Monday, February 7, 2011

Scooter

Rasa macam lama tak tulis blog. Sibuk memanjang ditambah dengan cuti lagi.

Saya nak tayang scooter baru Hana Alesya. Hadiah sempena birthday dia. Terlambat beli sebab ada saja halangan bila nak ke kedai basikal kegemaran saya di Kulim (sebab harganya murah, eh murah ke??)

Comel tak scooter ni?


Saya dah suka dengan scooter ni dulu masa belikan basikal untuk Hadif Syahmi sebelum ini. Masa ke kedai basikal , terus saya minta turunkan scooter ini untuk Hana Alesya cuba. Bila suruh cuba basikal yang lain, dia tak nak. Jadi, terus saya dan Huzein setuju untuk beli scooter ni untuk dia.

Dalam kereta dia melalak tak nak turun juga dari scooter. Ikut sajalah. Mesti orang pelik tengok budak kecik ni duduk atas scooter dalam kereta. Entah apa-apalah anak dara saya yang seorang ni!

Balik rumah duduk atas scooter dengan muka masam. Tak boleh buat camna dah, muka tu memang setiasa serius (ikut muka abahnya ye....hahahahahaah).


Sempat pula tu termenung. Macam ada masalah besar.


Takpe, Hana Alesya jangan risau. Scooter tu tak mahal pun, murah je. Abah yang bayarkan!

2 comments:

Rozy said...

Wahhh!! Hana dah ada scooter...

Aishah Megahasz said...

Rozy: Pasni boleh beli dekat Husna pulak.