Friday, March 4, 2011

TMC Family Day 2011

Awal-awal tahun biasanya tadika Haziq, Tadika Minda Cerdas (TMC) akan adakan family day.



Tahun ini, Haziq Fahmi berada dalam pasukan biru. Tahun lepas dia pasukan Merah (baca di sini). Kami sekeluarga pun pakai baju biru sebagai tanda sokongan.


Haziq Fahmi memang seronok hari tu. Bangun awal suruh mandi pun tak ada masalah. Tengoklah wajah-wajah ceria dia.



Hadif Syahmi dan Hana Alesya pun menyibuk sama. Penat saya mengejar Hana Alesya ke sana ke mari.


Pasukan Biru dijaga oleh Teacher Jamnah. Haziq memang bersemangat nak main game. Bersungguh-sungguh dia. Kalah atau menang belakang kira. Yang penting happy!




Habis main dia duduk berehat dengan kawan-kawan. Sambil-sambil tu Teacher Jamnah bagi minum air.



Bila turn game untuk parents, saya pun join juga. Saya masuk 1 game saja, Huzein masuk 2 game. Hadif turut menyibuk masa orang lain main game. Seronok agaknya tengok orang makan apple.


Penat mengejar Hana Alesya saya dukung dia dalam ring sling. Terus duduk diam dalam tu.



Habis semua permainan, tibalah acara yang paling disukai ramai. Acara penyampaian hadiah.





Seronok Haziq dapat hadiah tu. Lagi seronok sebab dibalut dengan pembalut Mickey Mouse. Padahal hadiahnya sama saja dengan apa yang budak-budak lain dapat. Cuma pembalut saja yang lain.

Sebelum balik ke rumah, bergambar dengan abah dan ibu.



Masa ni Hana Alesya dah terperasan akan Mickey Mouse itu. Terus bising nak Mickey Mouse juga.


Hadif Syahmi? Sibuk main game dari iPhone Huzein lansung tak ambil tahu hal sekeliling.


Tapi bila dia perasan Haziq dapat hadiah Mickey Mouse itu, dia terus melalak nak hadiah Mickey Mouse juga. Balik rumah saya minta Haziq share dengan Hadif dan Hana Alesya hadiah yang dia dapat. Nasib baik hadiahnya ada 3 benda. Selamat.....

2 comments:

Aleyn said...

Wah...meriah dah macam sekolah kebangsaan nyer hari sukan....

Tahniah kat Haziq!!

Ps : Cam biasa, i dah klik kat u nyer Nuff, jom klik2 kay

Aishah Megahasz said...

Aleyn: Meriah sebab parents kot...hahahaha