Thursday, April 21, 2011

I Want to Win Babywearing Gears for Great Cloth Diaper Change – KL!

Al-kisahnya.....
Kalau jenguk ke blog saya
Cerita pasal babywearing saja-saja
Boleh dikatakan obses juga
Jangan ada yang menyampah sudah ya!

Sebagai ibu beranak tiga
Babywearing kemestian bagi saya
Bukan menyenangkan saya sahaja
Anak-anak turut terjaga

Nota: Saya bersama Haziq, Hadif & babywearing Hana Alesya

Saya ber'babywearing' dari tahun 2008
Masa Hadif Syahmi berumur 5 bulan
Gambar ini penuh kenangan
Dengan pouch saya mulakan

Nota: Pertama kali mencuba Pouch

"Hmm...selesa pakai Pouch ni ya"
Dalam hati saya berkata
Gigih-gigih dapatkan satu
Pakai betul belumlah tentu

Nota: Pertama kali memamai Pouch di luar, cara pakai saya salah

Pakai sendiri tak menjadi-jadi
Malaysian Babywearers saya lawati
Di sana ramai yang menasihati
Akhirnya saya tak kekok lagi

Nota: Yeay, dah pandai pakai!

Dari Pouch sehinggalah SSC
Kalau boleh semua saya nak beli
Akhirnya Mei Tai pilihan hati
Selesa untuk saya dan juga baby

Nota: Saya dan Mei Tai kesayangan

Ada yang kata lecehlah pakai Mei Tai
Talinya panjang mencecah lantai
Bukan saya nak tunjuk pandai
Malas cuci, hantarlah ke kedai


Nota: Khidmat masyarakat, sedang menunjukkan cara-cara pakai Mei Tai

Kalau ditakdirkan saya menang nanti
Mei Tai dari NeezaNeedles pilihan hati
Rekabentuknya cantik sekali
Dapatlah saya menambahkan koleksi

Contest ini diadakan bersempena The Great Cloth Diapers Change 2011.


Jangan lupa jenguk ke Great Cloth Diaper Change KL page dan GCDC’s Eco & Health Friendly Sales Bazaar untuk maklumat lanjut program ini.

KLIK DI SINI untuk turut serta dalam contest.

7 comments:

rubyhanie said...

cayalah aishah! gudluck! XD

Aishah Megahasz said...

Ruby: Harap-harap ada rezeki. Kalau dapat kita buat travelling bagi semua orang test..hehehehe

NEEZAneedles said...

Salam dari NeezaNeedles.. TAHNIAH :)

zaza said...

tahniah aishah atas kemenangan, klo ada yg nak letgo yg lelama tu, sudi-sudikanlah menginform ke saya. heee

Aishah Megahasz said...

Neeza: Thanks, tak sabar nak try pakai.

Zaza: Thanks. Kalau ada yang nak let go nanti Aishah iklan dekat blog. Buat masa sekarang ni tak ada lagi.

dd said...

hihi.. br kesempatan nak jengok blog n baca entry ni.. best2.. seronok baca.. congrates sbb menang. u deserved it.. :D

Aishah Megahasz said...

dd: Thanks ;D