Wednesday, May 25, 2011

Abang Haziq

Rasa macam sekejap saja, tiba-tiba Haziq Fahmi dah besar. Dah jadi abang dah pun. Dan ada sesetengah perkara sudah boleh diharap.

Mari tengok Abang Haziq yang gigih membuat roti bakar. Bukan untuk diri sendiri saja tapi untuk adik-adik juga.


Memandangkan roti tu panas, terfikir pula idea nak angkat roti dengan sudu.


Lepas tu buat untuk adik pula. Tengok muka tu pun tau gigih ke tak gigih. Sampai termuncung!


Semua pun nak menyibuk di dapur. Dapur dah la sempit.


Masa-masa nilah berangan nak buat dapur yang hebat-hebat macam ni. Konon macam rajin sangat memasak.



Tapi memandangkan sekarang adalah masa berjimat mungkin dapur impian ini boleh jadi kenyataan 2-3 tahun lagi. Insyallah!

Masa tu Haziq mungkin dah pandai masak sendiri. Nak lagi hebat lagi dah pandai bakar kek! Huh, berangan je kerja ibu ni.

No comments: