Thursday, May 5, 2011

Aduhai Anak-Anakku

Kadang-kadang marah pun tiada gunanya. Anak-anak apa yang mereka tahu. Tapi, itulah, kadang-kadang marahlah satu-satunya perkara yang saya boleh buat.

Siapa yang tak marah kalau tengok semua ni.....




Semua tu jadi pada hari yang sama. Tempat lain-lain. Maruku tertumpan di dapur. Air oren di ruang tamu. Hana Alesya memanjat kerusi untuk ambil magnet fridge di dapur.

Alangkah baiknya kalau semua boleh duduk diam-diam dan buat aktivti sendiri macam ni.....






Beria je mewarna (baca: menconteng). Hana Alesya sampai karpet menjadi mangsa untuk diconteng.

Aduhai, itulah anak-anak saya. Kadang-kadang umpama salju, sejuk mendinginkan hati. Kadang-kadang umpama tsunami, ganasnya merobek perasaan!

No comments: