Thursday, May 5, 2011

Awas! Jangan Berangan Lebih-Lebih

Gambar-gambar ni saya ambil di Sunway Carnival, Seberang Jaya. Ada red carpet di situ untuk acara apa entah. Jadi berangan konon-konon macam artis yang nak pergi majlis anugerah.

Kami semua ke Sunway Carnival tanpa Hana Alesya. Dia tinggal di rumah mak saya sebab dia tengah tidur. Tengok gelagat Haziq Fahmi dan Hadif Syahmi.



Saya terpaksa ambil gambar sendiri. Rasa macam dan cun, tiba-tiba terpandang sesuatu di atas hidung besarku. Apakah itu? Itulah parut akibat dicakar Hana Alesya. Moral of the story: Sila ketip kuku anak anda selalu, jangan dibiarkan panjang.


Dari kejauhan itu.....


Nampak tak Huzein Fahmi buat muka boring sambil membebel, "Jom balik cepat. Nanti Hana Alesya bangun tidur"

Hilang mood berangan jadi artis. Simpan kamera dan bye-bye!

2 comments:

zaidah said...

jelas jugak cakaran harimau tu yerk....kekadang kita tak perasan kuku diorang nie panjang...yang perasan bila diorang cekau...

Aishah Megahasz said...

Zaidah: Sebab tulah kena rajin ketip kuku anak...hehehehe