Wednesday, May 25, 2011

CH: Healthy Strawberry Farm

Kami tiba di Cameron Highlands bila malam menjelma. Perjalanan mengambil masa yang panjang sebab cuaca hujan. Ditambah dengan keadaan gelap dan berkabus, Huzein terpaksa memandu perlahan-lahan. Sampai Haziq Fahmi kata "Kenapa susah sangat nak sampai Cameron ni?"

Saya dalam hati tak putus-putus berdoa supaya kami sekeluarga selamat sampai. Takut perkara tak diingini berlaku dalam perjalanan.

Alhamdulillah, walaupun bergerak macam kura-kura kami sampai dengan selamatnya. Kami menginap di Villa Dahlia Apartment. Senang duduk di apartment sebab boleh memasak. Habis periuk belanga kami angkut dari Kulim.

Esok paginya selepas sarapan, kami ke Healthy Strawberry Farm. Ini kebun strawberi yang paling dekat dengan penginapan kami. Kawasannya kecil saja. Masuk ke sini adalah percuma (sesetengah kebun/tempat di Cameron Highlands mengenakan bayaran masuk).




Macam-macam cenderahati berbentuk strawberi dijual di sini.



Memandangkan Huzein ada kamera baru, saya jadi malas nak ambil gambar banyak-banyak. Biar dia pula yang jadi jurukamera.


Percubaan pertama, ambil gambar bunga.


Hana Alesya nampaknya sangat serius nak melawat kebun strawberi.




Cubaan senyum untuk menjadikan gambar lebih cantik.


Haziq Fahmi dan Hadif Syahmi sampai-sampai saja di situ sibuk tengok seorang pekerja Bangladesh tengah mengisi pasu kecil dengan pasir untuk menanam kaktus. Bila pekerja Bangladesh tu tanya nak cuba buat tak? Apa lagi terus nak la. Tiba-tiba je buat part-time dekat situ. Haziq yang paling excited sekali. Saya biarkan saja. Seronok tengok mereka belajar perkara baru.




Kalau pergi ke Cameron Highlands tak makan strawberi memang tak sah. Boleh tahan juga strawberi dekat sini, tapi saya tak beli sebab Huzein kata boleh beli nanti-nanti.


Saya order aiskrim strawberi. Harganya RM5.00. Sambil satu saja untuk kongsi makan beramai-ramai. Teruja nak makan aiskrim, belum sempat Huzein nak ambil gambar semua sibuk serbu nak makan.




Habis makan aiskrim, Haziq Fahmi pergi sambung kerja. Gigih betul anakku ini!


Sementara tu, saya berjalan-jalan tengok kawasan sekeliling.


Huzein sibuk mengambil gambar. Antara gambar yang paling saya suka.....





Oh, yang ini pun saya suka juga! Babywearing and multitasking.


Nota: Saya pakai Snuggbaby Ring Sling

Saya beli 10 batang aiskrim stawberi. Malam tu sakan Haziq, Hadif dan Hana Alesya menghabiskan aiskrim. Cuaca sejuk yang terlampau sebab hujan pun dah tak kisah.




Memang sedap aiskrim strawberi ni. Makan satu memang tak cukup.

No comments: