Wednesday, May 11, 2011

Part 1: Langkawi Oh! Langkawi

Kali terakhir saya ke Langkawi adalah semasa umur Haziq Fahmi 11 bulan. Lama sungguh! Bila dah ada anak 3 malas nak berjalan ke tempat-tempat yang perlu naik kapalterbang atau bot. Rasa macam susah nak angkut barang banyak-banyak. Nak kejar anak lagi.

Tapi, kali ini bila ada kursus di Langkawi, saya rasa teringin nak pergi. Bukan pergi seorang, tapi termasuk anak-anak dan Huzein. Rasa tak sanggup tinggalkan Hana Alesya yang masih menyusu. Selepas Hadif Syahmi lahir, saya mesti mengelak kalau ada kursus yang memerlukan saya menginap di luar.

Di Langkawi, kami semua menginap di D' Baron Best Star Resort. Bestnya sebab terletak betul-betul sebelah pantai. Tapi yang tak bestnya sebab tak ada kolam renang. Terpaksa anak-anak mandi laut saja.



Malam tu kami semua keluar makan di kawasan Pantai Chenang. Sebenarnya makanan di sekitar kawasan Pantai Chenang memang mahal-mahal. Tapi nak makan sedap kononnya kami pergi ke kedai ikan bakar. Nama kedai tak ingat. Inilah kedainya.


Nak kata banyak pilihan pun tak juga. Pulak tu mahal tak boleh nak cakap. Kami makan saja di situ, air tak order pun. Minum air dari botol minuman anak-anak. Boleh gitu?



Habis makan, kami berjalan-jalan di kawasan Pantai Chenang. Dekat sini ada banyak gerai menjual barang-barang termasuk baju, cenderahati dan lain-lain. Tapi sebenarnya kat sini mahal harganya. Nak murah dekat Pantai Chenang ni hanyalah penginapan. Ada motel yang menawarkan penginapan semurah RM40 semalam. Yang lain-lain (makanan, barang-barang dan sewa kereta/motor) memanglah mahal.



Pertama kali bergambar dengan Ring Sling Wrap Conversion Girasol Symphuo. Dah banyak kali dah pakai cuma tak pernah ambil gambar. Haziq dan Hadif sibuk bergaya entah apa-apa.



Masa lalu dekat kedai cenderahati ni, Haziq dan Hadif asyik sangat tengok pakcik ni bekerja. Ada 2 orang pelancong dari Jepun tengah tunggu pakcik ni siapkan rantai kunci.

Esoknya bermulalah kursus saya. Jadi, esoknya juga bermulalah episod Huzein menjadi Mr. Mama. Jeles ibu bila Huzein dan anak-anak asyik turun ke pantai mandi laut dan main pasir.




Itulah aktiviti mereka selama 2 hari saya berkursus. Mandi pantai sampai terbakar kulit!

No comments: