Wednesday, May 11, 2011

Part 2: Di Pantai Langkawi

Hari ketiga di Langkawi, Yahoo! akhirnya kursus pun berakhir. Petang tu dengan terujanya saya ajak Huzein dan anak-anak pergi main-main di pantai.


Haziq, Hadif dan Hana Alesya memang seronok sangat!




Eh, Huzein pun seronok!


Saya pun seronok juga!


Tapi saya tak dapat berendam. Terpaksa jadi tukang jaga barang-barang sebab tak ada tempat untuk letak barang. Lagipun rasa macam tak selamat nak tinggal macam tu saja. Segala topi, botol minuman, tuala saya pegang.

Huzein yang layan anak-anak main air.




Penat main air, main pasir pula.




Tengah sibuk dengan aktiviti di pantai, ada seorang Minah Arab datang bersama pasangannya. Waduh, waduh, dia pakai bikini yang sangat seksi. Terlupa pula nak ambil gambar. Hadif Syahmi asyik tanya saya 2-3 kali kenapa orang tu tak malu pakai spender saja. Gelak besar saya dibuatnya.


Oh, ini bukan Minah Arab yang seksi itu ye!

Di sini juga kalau nak cuba-cuba naik payung terjun (yang ditarik dengan bot) bolehlah cuba. Bagi RM1 juta pun saya akan fikir 100 kali. Setakat tengok sajalah.



Seronok bermain hingga matahari hampir terbenam.


Sebelum balik ke bilik, kami ambil gambar sekeluarga sebagai kenangan.



Semua muka comot dan keletihan. Biarlah comot asal semua ada dalam gambar. Yang penting happy!

Malam tu selepas Maghrib, kami ke berjalan-jalan di pasar malam. Barangan dan makanan yang dijual di sini memang murah-murah. Haziq, Hadif & Hana Alesya dapat makan aiskrim yang besar lagi sedap yang harganya RM1.00 saja. Kalau dekat sini, maunya RM2.00.


Pasar malam ni dipenuhi ramai pelancong luar. Seronok tengok gelagat pelancong Mat Saleh, Jepun, China yang mencuba makanan Malaysia. Siap test makan dulu, sedap baru beli.


Malam itu, kami semua tidur nyenyak keletihan.

2 comments:

flyowie said...

salam akk..... pasar malm ni ari apa ek? or tiap2 mlm ada... teringin jgak nk pegi... :)

Aishah Megahasz said...

Flyowie: Salam. Akak pun tak sure ada hari-hari. Tapi kalau tak silap akak hari yang akak pergi tu hari Khamis malam. Pasar malam tu tak besar sangat tapi seronok tengok gelagat pelancong.