Wednesday, May 11, 2011

Part 3: Under Water World Langkawi

Hari terakhir, selepas sarapan kami semua ke Under Water World Langkawi. Harga tiket untuk dewasa RM28.00 tapi saya dapat dengan separuh harga. Pemilik D'Baron Best Star Resort yang baik hati tolong belikan untuk saya, jadi dapat separuh harga. Terima kasih Kak Ros. Tiket untuk penduduk tetap di Langkawi adalah separuh harga. Kalau nak separuh harga boleh minta sesiapa yang anda kenal di sana untuk belikan.


Masuk saja sibuk nak berposing.


Haziq dan Hana Alesya memang enjoy datang ke sini. Tapi, Hadif seperti biasa mesti takut-takut. Asyik tarik tangan Abah dia saja.


Yang paling menarik di sini mestilah peguin. Ada macam-macam jenis.



Kesian pula saya tengok peguin kat sini. Macam lapar saja. Asal dilalukan kertas di cermin, sibuk dia nak menyudu makan. Ikut saja ke mana kami lalukan kertas itu.



Selain peguin, yang menarik di sini boleh tengok ikan yang saiznya sungguh besar. Seram pun ada tengok ikan besar-besar ni.



Ada juga ikan yang comel-comel macam dalam cerita Nemo tu.


Penat berjalan, saya turunkan Hana Alesya biar dia bebas tengok ikan-ikan di situ. Berhenti rehat sebentar. Rasa macam dah lama tak ambil gambar berdua. Selalunya mesti ada anak terselit.


Di dalam Under Water World juga ada satu ruang khas yang mempamerkan pelbagai jenis lukisan. Satu lukisan menarik perhatian saya adalah lukisan seorang ibu yang memegang anaknya sambil makan.


Kalau dah ibu tu, anak mesti jadi agenda utama walaupun tengah lapar.

Ada juga pawagam khas untuk menonton dokumentari mengenai hidupan laut. Masa tayangan ada dimaklumkan di hadapan pawagam. Tapi kami semua malas nak menonton sebab mengejar masa.


Last sekali seperti biasa kami nak ambil gambar sekeluarga. Memandangkan tak ada orang yang boleh ambil gambar, Haziq yang ambil gambar. Kesian Haziq tak ada dalam gambar.


Gambar di atas mengembalikan kenangan dulu-dulu. Saya dan Huzein berbulan madu di Langkawi. Ini gambar kami berdua di atas jambatan yang sama sebelum ada anak-anak.


Ok, saya tau ramai yang mesti nak kata saya dulu-dulu sangat kurus. Saya tau saya sekarang sudah gemuk. Saya tengah berusaha kuruskan badanlah ni.

Petang itu juga kami balik selepas shopping di kawasan Beras Terbakar dan Pekan Kuah. Singgah makan laksa di Kuala Perlis. Sampai di Kulim jam 11.00 malam. Memang penat tapi berbaloi. Lepas ni nak pergi ke Cameron Highlands pulak. Yippie!

5 comments:

Anonymous said...

cerita menarik.macam tak caya harga dpt separuh

Aishah Megahasz said...

Anon: Macam cerita saya ni tipula pulak. Cuba tanya orang yang tinggal di Langkawi. Memang boleh dapat separuh harga. Dengan syarat orang Langkawi sendiri yang beli.

nik nah said...

tp mmg senang ke nk dapatkan sape2 tuk tolong belikan tiket tu????

Aishah Megahasz said...

Nik Nah: Haruslah minta tolong orang yang kita kenal belikan. Masa saya pergi tu owner resort yang saya duduk tolong belikan.

Ada juga syarikat sewa kereta yang menawarkan perkhidmatan beli tiket. Kena rajin-rajin bertanyalah.

eyriqazz said...

Memang seronok datang sini..kalau datang dengan anak2, lebih menyeronokkan