Thursday, May 5, 2011

Saya Menang Moto, Eh! Mei Tai

Ingat lagi tak iklan pemenang peraduan Power Root di TV tak lama dulu. Ada seorang pakcik yang menang Motosikal. Gayanya bercakap jadi ikutan "Saya menang Moto...." boleh ketawa bila ingat balik.

Tapi saya memang ketawa besar, happy sangat-sangat bila dapat tahu saya menang Mei Tai dalam contest The Cloth Diapers Change 2011. Entry saya boleh tengok di sini. Masa buat tu tak rasa macam nak menang sebab buat entry kalut-kalut dan hantar pun last minute. Bila baca entry Ruby lagilah saya rasa ketinggalan. Entry Ruby sangat-sangat bagus dan dia layak sangat untuk menang SSC dari Snuggbaby tu!

Tengah-tengah malam bila dengar SMS dekat handphone hati saya berdebar-debar. Saya dah rasa saya menang Mei Tai. Dan bila baca SMSnya, alhamdulillah saya menang! Happy tak terhingga.

Mei Tai ini menjadi milik saya.


Terima kasih pada penganjur, juri yang memilih saya dan Neeza Needles yang menaja hadiah best ini! Dan terima kasih juga pada Zah yang tolong ambilkan Mei Tai. Sampai sekarang saya tak ambil-ambil lagi Mei Tai ni dari Zah, busy punya pasal.

Saya suka!

No comments: