Wednesday, May 25, 2011

Sedim

17 Mei yang lepas sempena cuti umum Hari Wesak, Tadika Minda Cerdas (TMC) buat program untuk semua parents. Program di adakan di Sedim yang merupakan sebuah kawasan air terjun. Sangat sesuai untuk berkelah. Ini merupakan kali pertama saya ke Sedim. Nama saja tinggal lama di Kulim tapi tak berkesempatan ke sana.

Seawal jam 8 pagi semua berkumpul di TMC. Sesak jugalah jadinya depan tadika dengan kereta. Semua pelajar berkumpul untuk ambil gambar.


Teacher semua sibuk ambil gambar semua pelajar. Saya dan parents yang lain ambil gambar dari luar pagar.


Selepas bergambar, semua pelajar diberi penerangan serba sedikit. Lepas tu terus masuk kereta parents masing-masing dan bertolak ke Sedim. Kami sekeluarga paling akhir bertolak.


Selepas mengharungi perjalanan dan dugaan, yalah sesat entah ke mana-mana akhirnya sampai juga ke tempat yang dituju.

Tugas ibu-ibu semua adalah menjaga anak-anak yang sibuk dengan aktiviti sendiri. Selain main bola, semua budak-budak seronok bermain pasir.


Hana Alesya mulanya sibuk berjalan ke sana ke mari. Tengok saja orang main pasir dan kawasan sekeliling.


Hadif Syahmi memang tak ada masalah untuk berkawan dengan sesiapa saja. Cepat saja dia join budak-budak main pasir.


Kaum bapa ditugaskan memasak. Saya tercari-cari Haziq Fahmi rupa-rupanya dia asyik tengok orang memasak.


Saya tau dia mesti teringin nak menolong. Tapi memandangkan semua tu kerja orang besar, duduk tepi sajalah. Last-last saya suruh dia duduk jauh sedikit sebab takut mengganggu orang buat kerja.


Wah, tengok tu Huzein beria-ria memasak.



Memasak di tepi sungai memang sempoi habis. Sejuk saja kawasan sekeliling. Sambil memasak boleh tengok permandangan di tepi sungai.


Anak-anak sibuk ajak mandi bila tengok ada budak lain yang mandi sungai. Tapi saya minta mereka semua tunggu Huzein habis memasak sebab saya tak bawa baju untuk mandi. Terpaksalah anak-anak bersabar dan sambung main.



Haziq main permainan yang sudah lama saya tak main. Saya tunjukkan cara bermain 'teng-teng' pada Haziq. Tapi rupa-rupanya salah. Teacher Noor tunjukkan cara yang betul.



Selesai kaum bapa memasak, semua serbu makan. Maklumkan dah penat bekerja dan budak-budak pula penat bermain. Kebetulan hujan turun pula tu. Memang sesuai sangat.

Habis makan, semua berkemas. Ada family yang sambung aktiviti mandi. Memandangkan kami sekeluarga akan bertolak ke Cameron Highlands petang tu, saya ambil keputusan tak ajak anak-anak mandi. Lagipun kalau mandi takut lewat bertolak ke Cameron Highlands. Nasib baik anak-anak tak bising. Mungkin sebab keletihan semuanya tertidur dalam kereta dalam perjalanan pulang ke rumah.

No comments: