Thursday, May 5, 2011

TMC Dirty Hand Contest


Untuk program TMC Dirty Hand Contest pada tahun ini diadakan di McDonalds Kulim. Tahun lepas di Kulim Golf Resort. Memandangkan acara bermula awal pagi, saya siapkan Haziq dulu dan minta Huzein hantar dia ke sana. Bersemangat betul Haziq. Lagi bersemangat sebab dapat pensil warna baru.

Tersengih Haziq berposing-posing sebelum acara bermula.



Saya sekeluarga sampai ke McDonalds Kulim sangat lewat sebab acara dah habis bila kami sampai. Kesian pula saya dengan Haziq sebab saya tak ada di sana untuk bagi semangat pada dia. My mistake sebab lembab dan lambat.

McDonalds Kulim punyalah sesak. Ditambah dengan parents yang datang bagi support dekat anak-anak untuk Dirty Hand Contest ini, bertambah-tambahla sesaknya. Nak dapatkan makanan pun kena beratur lama.


Masa ni pemenang akan diumumkan. Tempat sempit, kesian budak-budak bersesak-sesak kat dalam situ.




Haziq Fahmi jadi ketua untuk pasukan biru. Sibuk suruh kawan-kawannya dalam pasukan biru beratur.

Ini pemenang untuk kategeri 6 tahun. Semuanya perempuan. Untuk kategori 4 dan 5 tahun pun ramai perempuan yang menang. Agaknya budak perempuan lebih pandai mewarna dan ada bakat seni daripada budak lelaki.


Walaupun tak menang, Haziq Fahmi tetap tersenyum manis. Mana taknya. Dapat mainan dari McDonalds. Akibatnya saya terpaksa beli lagi 2 untuk Hadif Syahmi dan Hana Alesya.



Tengok budak sorang ni. Orang sibuk hal abang, dia sibuk ajak teman dia main dekat bilik mainan. Ish..ish...ish.....

No comments: