Friday, June 10, 2011

CH: Ladang Teh Boh Sungei Palas

Sebenarnya di Cameron Highlands terdapat 2 ladang teh Boh. Satu lagi adalah di Sungei Palas. Rasanya di Sungei Palas lagi besar.

Perjalanan ke sini juga berliku-liku dan rasa macam jauh sangat nak sampai. Dalam perjalanan boleh tengok permandangan ladang teh yang sangat cantik.



Saya cakap dengan Huzein, "Mana semua pekerja ladang ni? Tak pernah nampak pun."

Tiba-tiba je nampak seorang pekerja ladang. Tapi kenapa seorang saja?


Kereta tidak dibenarkan naik sampai ke atas. Jadi kami terpaksa parking kereta di tempat khas yang disediakan dan berjalan kaki ke atas. Boleh tahan juga jauhnya.


Dalam penat-penat berjalan sempat lagi nak bergambar.



Bila dah sampai di atas, mulut boleh ternganga tengok permandangan di ladang teh yang cukup luas dan cantik. Rasa berbaloi berjalan jauh. Eh, mana semua pekerja ni? Tak nampak pun.



Kami lepak-lepak sambil menikmati permandangan. Penat weh jalan jauh! Anak-anak buat permintaan nak makan aiskrim. Jadi, semua dapat seorang satu.





Di sini tempatnya lebih cantik dan teratur dari ladang teh yang kami lawati sebelum ini. Ada cerita mengenai Cameron Highlands dan Ladang Teh Boh diletakkan di sepanjang kawasan penjalan kaki. Kalau rajin boleh baca.


Menariknya boleh tengok poster iklan Teh Boh yang lama. Saya pula yang teruja bila nampak gambar Noor Kumalasari sewaktu aktif menjadi model. Cuba teka mana satu Noor Kumalasari?


Haziq, Hadif & Hana Alesya happy tak kira masa dan tempat. Itulah seronoknya jadi budak-budak.



Kami singgah ke kedai yang menjual produk Teh Boh dan cenderamata. Niat di hati memang tak mahu beli apa-apa. Cuma nak tengok-tengok sahaja.


Pengunjung diberi cuba produk teh terbaru keluaran Boh. Anak-anak saya haruslah mencuba. Tak cukup satu minta lagi satu.



Keluar dari kedai tu kami ke kawasan kilang teh.


Di luar kawasan kilang, ada satu sudut ambil gambar dengan badan kita menjadi badan orang utan.




Gambar Hana Alesya diambil sambil saya mengendong dia.

Kami bergambar sekeluarga di luar kawasan kilang. Minta tolong dengan salah seorang pekerja di situ.


Tapi kami tak masuk pun ke dalam kilang. Saya tak selesa dengan bau teh yang sangat kuat. Boleh pening kepala dibuatnya.

Sebelum turun pulang ke kereta, haruslah bergambar banyak-banyak buat kenangan.




Bergambar dalam ladang teh adalah sangat best! Rasa tenang saja di kelilingi kehijauan.




Bila tiba giliran ambil gambar dengan Huzein, anak-anak dah boring.


Terus Haziq dan Hadif lari main dekat padang bola berdekatan situ.


Nasib baik Hana Alesya ada. Jadi, dialah yang meneman Huzein ambil gambar.

No comments: