Thursday, July 14, 2011

Bergambar Di Sawah Padi

Bila jalan-jalan di Kedah terutamanya, anda boleh tengok permandangan sawah padi yang sangat cantik di kiri dan kanan jalan. Saya ke Kedah untuk menghadiri kenduri. Balik dari kenduri, kami sekeluarga singgah di sawah padi, entah siapa yang punya tumpang bergambar. Masa ni sawah tengah menghijau. Memang cantik sungguh permandangannya.

Dah tengok permandangan cantik macam ni, tiba-tiba je terdengar lagu selingan Riwayat Petani nyanyian Ogy Ahmad Daud....

lihatlah kemesraan
sawahku bersama hidupku
lihatlah kemesraan
padiku bersama hatiku

dicelah lumpur yang ku langkah
bersama peluh yang mengalir
kulerai padi yang tersikat
kiranya pedih hati riang.....


Sesi bergambar dimulakan dengan Hana Alesya. Mula dengan gambar muka boring.





Sampai aksi 1Malaysia pun dia buat. Punyalah susah nak ambil gambar yang cantik-cantik. Penat saya mengajar begitu dan begini. Mesti orang yang lalu-lalang pelik tengok saya yang terlebih aksi.

Bila tiba giliran Hadif, lagilah macam-macam aksi yang diberinya. Hadif ni tak payah nak ajar pandai je dia buat macam-macam aksi (kebanyakkannya aksi merepek).





Bila tiba giliran Haziq untuk bergambar, bertambah-tambah lagilah aksi merepek yang keluar. Saya yang ketawa guling-guling dekat situ tengok gelagat anak-anak.





Gambar beramai-ramai banyak yang tak jadi. Susah nak dapatkan gambar yang sempurna. Semua nak buat gaya sendiri.



Sebagai memenuhi permintaan saya, Huzein ambil gambar yang saya idam-idamkan iaitu gambar babywearing di tepi sawah padi.




Saya suka sebab gambar yang Huzein ambil memang cantik. Saya memang suka simpan koleksi gambar babywearing yang cantik-cantik, buat menjamu mata.

Buat yang belum tahu, saya mengendong Hana Alesya (masa ni 1 tahun 10 bulan) dalam wrap conversion ring sling. Kain wrapnya adalah Girasol Symphuo.



Bila tiba giliran Huzein bergambar, anak-anak dah kurang memberi kerjasama terutamanya Hadif yang sibuk main PS2. Ini sajalah gambar yang cantik.



Ini gambar yang paling cantik saya ambil. Tapi Hana Alesya masa ni dah meragam nak turun.


Semua dah sibuk nak berlari dan bermain-main dalam kawasan sawah padi ni.



Bila Hadif tengok semua dah masuk ke dalam kawasan sawah padi, barulah dia tinggalkan PS2 dan join kami semua.




Sebelum tuan sawah padi ni datang, baik kita berangkat sekarang. "Jom kita balik" - baca ala-ala Nora dalam lagu Desa Tercinta.



Apa? Tak nak? Geletek skit kasi insaf supaya selalu dengar cakap ibu.

4 comments:

putrimayasari said...

Hi.
Cute gyrasol wrap..
For sale ka?
Thanks

Aishah Megahasz said...

Putrimayasari: Wrap ini telah menjadi ring sling. Sorry tak jual la kot, sayang :D

Anonymous said...

cantek tempat ni....kat mn ni..tenang je..tertanya2 kenapa Aishah suka bergambar kat sawah.....

Aishah Megahasz said...

Sawah padi cantik, jadi kalau ambil gambar di sini cantiklah jadinya :D