Wednesday, July 6, 2011

Infant Adjustable SSC

Ini bukan SSC saya. Kebelakangan ini, nafsu untuk membeli baby carrier semakin berkurangan. Mungkin sebab Hana Alesya sudah semakin besar dan sudah masuk fasa "NAK TUWUN, NAK TUWUN". Jadi cukuplah dengan apa yang ada sekarang. Mungkin bila dapat baby baru, kegilaan membeli baby carrier akan menjadi-jadi semula :D

SSC ini adalah travelling SSC dari Yasmin. Saya turut serta dalam travelling yang dibuat dibuat oleh Yasmin di forum Malaysian Babywearers.

Kenapa adjustable?


(Gambar kredit to Yasmin)

Body panel untuk SSC ini boleh dikecil atau dibesarkan mengikut saiz baby. Kalau baby kecil, ikat saja tali di body panel SSC ini. Jadi tak adalah baby terkangkang sangat.

Action picture dari saya di pagi hari sebelum pergi kerja. Muka pun sembab lagi.



Hana Alesya bergaya macam agen pengintip James Bond.



Oh..oh...lemak diperutku itu nampak jelas! Sila abaikan ye. Tumpukan perhatian anda kepada SSC yang cantik ini. Saya suka sangat SSC ni. Rasa macam nak beli saja dari Yasmin. Tapi sebelum ini Yasmin beritahu SSC ni sudah ada orang yang 'chop'. Melepas saya.


Sejak Hana Alesya semakin berat, saya rasa SSC yang paling sesuai untuk carry dia sebab saya perlu back carry Hana Alesya. Dengan Mei Tai saya sudah cuba tetapi susah sedikit sebab tangan tak sampai dan ikatan tak berapa kemas. Haish...tiba-tiba rasa menyesal sebab jual semua SSC dalam simpanan.

No comments: