Tuesday, July 5, 2011

No. 6

Rasanya sudah lama saya tak main boling. Last saya main masa celebrate Mother's Day pada tahun lepas. Bila diajak masuk pertandingan bowling anjuran tempat kerja saya, saya macam ragu-ragu saja nak masuk. Bukan takut kalah, tapi takut banyak bola yang dibaling masuk longkang. Malulah saya nanti.

Gian punya pasal, saya daftarkan nama juga. Hari pertandingan saya ditemani oleh Haziq. Huzein tak dapat datang sama sebab kena bawa kereta pergi servis. Hadif temankan Huzien. Hana Alesya saya tinggalkan bersama mak saya.

Haziq mulanya malu-malu. Maklumlah tak ada siapa-siapa yang dia kenal di situ.


Lama sikit bila dah selesa barulah dia meninjau ke sana ke mari. Ada kawan pulak tu, anak Kak Roziah, tak adalah dia boring sangat.


Haziq jadi tukang jaga bola boling. Lebih khusus lagi, tukang jaga bola boling saya. Sampaikan bila ada orang pakai bola boling yang saya pakai dia akan cakap, "Eh, itu bola ibu saya!"



Bagus betul anak saya ni!


Eh, apasal muka berkilat-kilat? Duduk dalam aircond pun berpeluh ke? Rasanya salah kamera, salah setting :D

Bila pertandingan tamat, saya adalah pemenang no. 6. Wah, tak sangka dapat juga hadiah walaupun main tak seberapa. Jadilah, rezeki anak-anak.


Haziq Fahmi tanya kenapa saya tak dapat hadiah yang besar? Kecil-kecil pun dapat juga, belajar bersyukur. Insyallah tahun depan ibu menang hadiah lagi besar dari yang ini.

No comments: