Tuesday, July 19, 2011

Pusat Pengurusan Penyu, Pasir Panjang Segari, Perak

Kami tahu pasal Pusat Pengurusan Penyu ini dari GPS. Bila keluar dari Swiss Garden, Huzein tanya saya nak ke mana? Saya minta dia tengok dari GPS tempat yang menarik yang boleh kami pergi.

Perjalanan ke sini melalui kebun kelapa sawit dan sangat jauh ke dalam. Saya pun dah cuak, betul ke tempatnya? Dari jauh, kami tengok macam tutup. Jadi, kami ambil keputusan berpatah balik dan ke masjid dahulu supaya Huzein boleh solat Jumaat. Lepas solat, kami singgah beli kuih dan bertanya kepada penduduk tempatan, tentang Pusat Pengurusan Penyu ini. Jadi, dengan penuh yakin kami pergi sekali lagi ke sini. Rasa lega bila nampak papan tandanya.

Masa kami sampai, tempatnya nampak memang sunyi sepi dan lengang. Nasib baik ada 3 orang pelawat Cina. Jadi taklah rasa pelik sangat.



Sedih pula saya tengok tempat ni. Macam tak terjaga. Kalau dijaga elok dan dipromosikan, mesti ramai yang datang melawat. Memandangkan tiada orang yang jaga, masuk ke sini adalah percuma.





Jom kita tengok apa yang ada di sini. Dah namanya tempat pengurusan penyu, mestilah ada penyu :D





Penyu-penyu ini diletakkan di dalam kolam buatan dan ditempatkan di tempat yang terbuka. Muka satu-satu saya tengok sedih saja. Ke saya yang kesian lebih-lebih?

Baby penyu ditempatkan di kolam yang berasingan. Kolam baby penyu ini dalam pagar dan tak boleh masuk. Cuma boleh tengok dari luar saja.




Tempat penetasan penyu terletak di hujung sekali. Kawasan ini juga tidak dibenarkan masuk.


Kami masuk ke dalam bangunan kecil yang ada di sini. Sebenarnya ini adalah tempat pameran.



Malangnya tiada apa yang dipamerkan di sini. Cuma yang ada poster-poster berkenaan penyu sahaja.




Memandangkan tak ada apa lagi yang boleh ditengok, kami pun keluar. Di luar anak-anak sibuk tengok papan tanda pasal haiwan di laut. Bagi galakan pada Haziq untuk baca papan tanda. Kasi tajam skil membaca dia.


Saya rasa tempat ini akan dikunjungi ramai jika dijaga rapi dan dipromosikan. Mungkin boleh dikenakan bayaran kepada pengunjung sekiranya tempat ini elok. Tak perlu pergi jauh ke Terengganu kalau nak tengok penyu. Di Perak pun ada.

Ok, jom balik!

5 comments:

KH Lim said...

Saya orang Taiping dan anak perempuan saya minta saya bawa dia ke pusat penyu, saya rasa sedih komen awak kerena pusat itu tidak dijaga dengan baik

Aishah Megahasz said...

Saya pun sedih dengan tempat tu. Sepatutnya tempat ni boleh menjadi tarikan pelancong tapi terbiar macam tu saja.

Anonymous said...

Terima kasih kerana sharing. Memang banyak information saya dapat dari blog awak. Harap saya juga dapat cari tempat ini, tapi macam susah...kena beli peta ke?

Aishah Megahasz said...

Memang susah sikit nak cari sebab papan tandanya pun kecik sangat. Lepas tu kena masuk dalam baru sampai, pulak tu kiri kanan kebun kelapa sawit. Cuak jugakla. Masa cari tu saya guna GPS. Guna peta silap2 tak jumpa...hehehehe

rayan iskandar said...

Ingat nak pergi esok tapi rasa tak jadi lah nampak nya