Tuesday, July 19, 2011

Rosegar @ Roti Segar

Kami singgah di Rosegar dalam perjalanan balik ke kampung Ipoh.



Rosegar (atau roti segar) merupakan syarikat Bumiputra yang sangat terkenal di Perak ni. Huzein dari kecil lagi suka sangat singgah membeli di sini bila balik ke kampung Opah di Setiawan.



Ada pelbagai produk bakery yang dijual di sini. Di sini juga ada restoran, kalau nak singgah makan pun boleh. Yang paling popular di Rosegar adalah donutnya. Ada pelanggan yang saya tengok, datang ke sini semata-mata nak beli donut sahaja. Banyak pula yang dia borong.

Nak tahu pasal Rosegar boleh KLIK DI SINI. Singgahlah kalau datang ke kawasan sini. Mesti jatuh cinta dengan donutnya yang sedap!

6 comments:

Musliza Hasni said...

Disinilah 1st time hasben sy ternampak sy! kami ditemukan disini.. (",)

Hayati Azwin said...

nostalgia tempat nih...balik kg je msti singgah mkn roti sardin...sedap btoll

Aishah Megahasz said...

Muzliza: Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bertemu cinta...hehehehehe

Yati: Benda sedap mesti ingat sampai bila-bila.

AyuArjuna BiGoshh said...

teringin nak pegi !!!!

Huda said...

kami asal balik kg gajah je mesti singgah beli :) umh sy kat manjung je kak :)

Aishah Megahasz said...

Huda: Kalau Manjung dekatla, senanglah nak makan kalau teringin :D