Friday, July 15, 2011

Swiss Garden Resort & Spa (Day 1)

Ini merupakan kali kedua kami sekeluarga ke Swiss Garden Resort & Spa, Damai Laut. Sebelum ni, kami menginap di apartment. Kali ni kami ambil keputusan menginap di resort sebab senang nak breakfast. Kami tiba di Swiss Garden Resort & Spa lebih kurang dalam pukul 4.00opetang.

Kenapa kami ke sini? Sebabnya kata Huzein tujuan bercuti adalah nak berehat-rehat. Memandangkan perjalanan dari rumah kami ke Swiss Garden ni taklah jauh sangat, jadi masa tidaklah terbazir sangat. Kalau ke tempat lain yang jauh-jauh, sudahlah penat memandu, dapat berehat sekejap saja. Lagipun Swiss Garden ni jauh di hujung dunia. Bila dah datang sini, malas nak keluar dah. Jadi, tak adalah aktiviti memandu ke sana ke mari dan dapatlah berehat sepuas-puasnya.

Lepas ambil kunci bilik, kami semua dihidangkan dengan air oren. Seorang satu pula tu. Anak-anak memang sukalah sebab letih dan dahaga berjalan jauh.


Bila tengok bilik, saya tak rasa ralat sebab biliknya cantik dan luas.




Patung Pooh dan Kanggaroo wajib bawa sekali bila bercuti. Kalau tidak Haziq dan Hadif tak senang duduk, mesti teringat-ingat.


Bila datang ke hotel aktiviti wajib untuk anak-anak adalah mandi kolam. Petang tu, kami semua ke kolam renang. Umpama hantu air, nampak je air terus lupa daratan anak-anakku ini.




Saya jadi peneman anak-anak main air, especially nak jaga keselamatan Hana Alesya yang masih kecil. Jadi, terpaksalah buat muka tak malu dan turun dalam kolam budak-budak.






Macam-macam gaya dan aksi yang budak-budak ni buat. Kadang-kadang tu sampai terlupakan keselamatan diri. Sayalah yang terjerit-jerit ingatkan.






Bila matahari hampir terbenam, Huzein sibuk ambil gambar permandangan yang cantik di situ.



Haziq dan Hadif tak mahu lansung keluar dari kolam. Jadi, Hana Alesya menjadi mangsa untuk saya dan Huzein ambil gambar.




Lepas bergambar dengan saya, bergambar dengan Huzein pula.




Bila dah penat dan letih, baru ingat nak keluar dari kolam.


Entah apa-apa aksi saya dan Hadif. Hana Alesya pun macam pelik je tengok kami :D


Sebelum balik ke bilik sempat lagi bergambar di tepi kolam.





Dan juga di tepi tangga.



Ini gambar favourite saya, sangat cute!


Malam itu selepas Isyak, kami ke Recreation Centre yang ada di sini. Di sini boleh buat macam-macam aktiviti seperti indoor games dan bersenam (ada gym). Ada aktiviti yang percuma dan ada yang dikenakan bayaran. Pekerja-pekerja di sini pun sangat ramah.



Saya melayan Haziq main karom. Bukan pandai sangat main, tapi bila lagi nak layan anak main.



Huzein layan Hadif dan Hana Alesya.




Di sini juga ada sudut bacaaan. Banyak juga buku dan majalah yang ada. Tapi kebanyakkan buku bukan dalam Bahasa Malaysia ataupun Bahasa Inggeris. Saya pun tak faham apa bahasanya, maybe Rusia atau Jerman. Entahlah!


Hadif bila dah boring main dia tengok orang main snooker pula. Permainan snooker di sini dikenakan bayaran. Yang saya dan keluarga main adalah yang percuma saja :P


Di bilik sebelah boleh main ping-pong. Kami sekeluarga ke bilik sebelah buat kecoh. Haziq main ping pong dengan Huzein.


Hana Alesya pun sibuk nak main sama padahal meja ping pong tu sama tinggi dengan dia.


Hadif bila dah dapat iPhone Huzein sibuk melayan main game dah tak kisah keadaan sekeliling.



Jam 11.00malam kami, kami naik ke bilik untuk tidur. Hajat di hati nak menonton TV tapi terlelap macam tu je saya. Keletihan agaknya.

No comments: