Friday, July 15, 2011

Warung Mak Teh Mee Udang Banjir

Minggu lepas pada 7 Julai 2011, Pulau Pinang cuti umum Hari Warisan. Jadi saya ambil cuti pada hari 8 Julai 2011 (Jumaat) dan kami sekeluarga ke Swiss Garden Resort & Spa di Damai Laut.

Dalam perjalanan kami singgah di Kuala Sepetang nak merasa mee banjir yang sangat popular sampai masuk dalam rancangan Majalah 3. Dekat sini memang ada banyak kedai yang menjual mee udang, tapi pilihan kami adalah Warung Mak Teh Mee Banjir Udang.


Agak-agak cari tak jumpa telefon saja nombor di atas. Warung Mak Teh ni terletak di tepi jalan saja. Senang kot nak cari.



Kami sampai ke situ lebih kurang dalam pukul 1.00petang. Masa tu tengah panas sangat-sangat.


Ini antara menu yang ditawarkan di sini.


Saya dan Huzein order mee banjir. Untuk anak-anak saya ambil mee sup semangkuk share 3 orang. Inilah rupa mee banjirnya. Udang dalam mee ni sangatlah banyak dan besar-besar pulak tu.


Ini adalah mee sup yang telah saya asingkan segala macam isi dalam tu. Anak-anak cuma makan mee dan udang sahaja. Segala macam sayur saya beri pada Huzein.


Kalau macam ni barulah Haziq boleh makan.


Ok, sila makan dan habiskan. Tak baik membazir.


Harga untuk 2 mangkuk mee banjir, 1 mangkuk mee sup, 1 air oren, 1 teh o limau dan 3 ribena mobile adalah RM40.00.

Kalau ke Warung Mak Teh anda bakal berjumpa dengan mereka-mereka ini.


Selamat mencuba!

3 comments:

Wan Anie said...

agak lama teringin nak mkn mee udang di kuala sepetang... ntah bila kan tiba masanya :)

AyuArjuna BiGoshh said...

wah mahalnya mee dier tapi nampak cam sedap :)

Aishah Megahasz said...

Wan Anie: Kalau ke Utara, singgahlah makan. Sedap!

Ayu: Kalau tengok udangnya yang besar-besar rasa berbaloi bayar dengan harga gitu.