Wednesday, August 3, 2011

Sebelum Bermulanya Ramadhan

2-3 minggu sebelum Ramadhan bermula saya diserang penyakit rajin memasak. Macam tak kena saja letak entry pasal makanan di bulan puasa ni. Tapi, memandangkan saya sangat kagum dengan diri sendiri yang tiba-tiba rajin memasak, saya nak kongsi apa yang saya masak.

Hari Sabtu minggu lepas saya buat sayur baby kailan goreng. Goreng ala-ala goreng kangkung goreng belacan. Sedap, sebab ini memang kegemaran saya (eh, tak malu puji diri sendiri)


Masakan kedua, ikan masak stim. Ikan terpaksa di potong dua sebab tak muat periuk stim. Maklumlah orang bujang, perkakas dapur yang ada pun ala kadar saja.



Last sekali, sotong goreng berempah yang tak berapa nak jadi sebab terlebih kuah. Sepatutnya kuahnya kering. Tapi bila dah habis licin tu kira sedaplah :D


Hari Ahad pula saya buat ikan masak 3 rasa. Jangan minta resepinya dengan saya sebab saya masak main campak-campak apa yang ada di rumah.


Food presentation tu penting walaupun rasanya kurang sikit. Tapi Huzein cakap sedap. Eh! apa yang tak sedap bagi dia??

Pastu ada ayam goreng. Siapa curi makan pun tak tahulah, tiba-tiba je tengok ayam ni togel sikit.


Last sekali saya buat bihun soto. Kuah soto boleh juga anak-anak makan dengan nasi sebab tak pedas. Gambar bihun lupa nak ambil. Seperiuk tu, gigih betul memasak. Nasib baik habis licin.


Nak lagi kick, makan dengan sambal kicap.


Tapi bulan puasa ni saya tak berkesempatan lagi memasak betul-betul. Cuma goreng sayur saja pada hari pertama puasa. Insyallah weekend ni boleh masa something yang special untuk berbuka.

Dan saya bercita-cita nak buat biskut raya dengan anak-anak tahun ini. Buat biskut yang senang saja. Saja nak mengembalikan kenangan masa kecil-kecil dulu masa saya sibuk-sibuk menolong mak buat kuih saya. Insyallah, harapnya menjadi.

No comments: