Tuesday, September 6, 2011

Eh, sudah 2 tahunlah!

28 Ogos 2011 yang lepas, cukup umur Hana Alesya 2 tahun. Alhamdulillah saya masih lagi menyusukan dia hingga ke hari ni. Saya menyusukan Hana Alesya dengan susu ibu tanpa campur dengan susu lain hingga umurnya setahun lebih. Kemudian campur dengan fresh milk hinggalah sekarang. Bila nak berhenti menyusu? Saya pun tak pasti lagi. Biarlah perlahan-lahan. Lagipun sekarang ni dia hanya akan menyusu bila nak tidur sahaja.



Memandangkan birthday Hana Alesya jatuh pada bulan puasa, jadi tiadalah acara potong kek. Hadiah pun belum ada kesempatan lagi nak pergi beli sebab sibuk beraya.


Tengok Hana Alesya dalam gambar ni. Nampak nakal je. Penat ibu berposing ayu. Oh, kenapa ibu nampak sungguh tembam??

No comments: