Tuesday, September 6, 2011

Muzium Perak

Sebelum start puasa bulan Ogos hari tu kami sekeluarga merancang bercuti-cuti lagi. Bukan jalan jauh sangat pun, pusing Perak saja.

Destinasi kami kali ni adalah melawat Muzium Perak. Orang Perak macam Huzein dan separuh Perak macam Haziq, Hadif dan Hana Alesya harus pergi. Saya? Tumpang sekali sajalah. Muzium Perak ni terletak di Taiping. Satu kawasan dengan Zoo Taiping, Bukit Larut dan Taman Tasik Taiping. Budak-budak sibuk nak pergi Zoo padahal sebelum ni saya dah pernah bawa mereka ke sana (boleh baca DI SINI).



Macam nilah bila anak dah 3. Kalau anak sudah 8, barisannya mungkin lebih panjang lagi.



Sebelum masuk berposing dulu depan Muzium. Gambar pertama Hadif tak ada sebab sibuk nak beli Angry Bird dekat gerai di luar Muzium.


Lepas janji akan beli lepas ni barulah dia datang bergambar. Tupun muka tak berapa manis.


Nama pun Muzium, haruslah tengok bahan pameran sahaja.




Haziq dan Hadif sibuk test meriam. Bunyi meriam sila buat sendiri.




Dipamerkan juga pelamin diraja. Meriah betul. Tapi tak dibenarkan masuk dan duduk. Jadi, tak dapat nak feeling-feeling jadi pengantin diraja.


Lepas boring dengan meriam yang tak berbunyi-bunyi tu, budak-budak ni sibuk main mesin getah pula. Ingat permainan agaknya. Benda tak pernah tengok.




Haziq sibuk membaca, Hadif sibuk meniru konon-konon dia pun pandai baca.


Motif saya tunjukkan kepala badak ini kepada Hana Alesya? Sebenarnya nak bagi dia duduk diam. Sibuk nak ikut abang-abang berlari ke sana-sini. Anak-anak saya biasa buat semua tempat macam rumah sendiri.


Muzium Perak ni ada dua bahagian. Tu baru bahagian pertama yang kami lawati. Bahagian kedua terletak di belakang bangunan. Nak ke bahagian kedua tu kena keluar dari bahagian pertama dulu dan pusing ke belakang bangunan.

Di luar Muzium ada kapalterbang dan keretapi lama.




Bahagian kedua Muzium Perak ada 2 tingkat. Tingkat bawah banyak pameran berkenaan 1Malaysia.


Ini pun motifnya adalah untuk bagi Hana Alesya duduk diam.


Memandangkan budak-budak ni tak berapa nak faham tentang sejarah, jadi mereka pun cepat bosan.


Terus buat aktiviti sendiri, melompat lebih tinggi! Riuh dalam Muzium tu dengan suara anak-anak saya saja.



Ini masa naik ke tingkat atas. Tengok, sayalah ibu yang sangat sibuk itu suruh anak jangan bising sangat.


Di bahagian atas, satu-satunya tempat yang menarik perhatian anak-anak adalah peta negeri Perak.


Terus duduk lepak macam rumah sendiri.




Paling tak tahan, terus tidur, seolah-olah berehat di tepi pantai. Aduh!


Saya pun tumpang sekaki. Bukan tumpang tidur ye, tumpang bergambar je.


Ok, cukuplah tu. Jom kita pegi makan Yong Tau Fu yang sedap di Taiping ni. Ibu dah lapar.

No comments: